Minyak Kelapa Dara Perasa Halia | BIO-ASLI

Minyak Kelapa Dara Perasa Halia

Minyak Kelapa Dara Perasa Halia

RM 47.74 RM 37.74
Not Available

Kod : GST-VCOG Berat : 200 gram Share :
Minyak Kelapa Dara Perasa Halia

PENGENALAN MINYAK KELAPA DARA

Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa. Pakar-pakar merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam buah kelapa yang dipanggil asid lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia, sebab itulah penduduk kepulauan pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung dan kanser.

Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids)iaitu caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, palmitic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia.

Kini BioAsli maju setapak ke hadapan dengan memperkenalkan 4 perasa terbaru iaitu, Lemon, Halia, Pandan dan Kelapa Muda. Dengan penambahan perasa ini, akan memberi lebih pilihan kepada pengguna untuk merasai minyak kelapa dara dengan perasa pilihan.

Minyak Kelapa Dara Berperasa ini sangat sesuai untuk diminum serta disapu ke seluruh badan anda.


MINYAK KELAPA DARA PERASA HALIA

Diesktrak daripada pati halia, memberikan aroma kesegaran yang berpanjangan serta menjadikan hidup anda lebih cergas.

KELEBIHAN VCOG

  1. Melegakan loya.
  2. Menyelesaikan masalah penghadaman.
  3. Masalah arthritis.
  4. Melancarkan peredaran darah.
  5. Melegakan masalah kekejangan perut.

BAHAN-BAHAN

Minyak Kelapa Dara dan Perasa Halia

BERAT : 150ml


Cara Pengambilan Minyak Kelapa Dara Perasa Halia Mengikut Peringkat Umur

Kanak-kanak 5 bulan - 1 tahun : Titiskan sedikit dalam susu formula / susu tepung / mulut bayi.
Kanak-kanak 2 ke 6 tahun : Gunakan sebanyak 2 sudu teh, setiap pagi dan malam.
Kanak-kanak 7 ke 12 tahun : Gunakan sebanyak 4 sudu teh setiap pagi dan malam.
Untuk Dewasa : Ambil 1 @ 2 sudu makan setiap pagi dan malam.

Ambil selepas makan. Sebaiknya jarakkan sekitar 1/2 jam dari pengambilan makanan.

Bagi mereka yang kali pertama mengambil Minyak Kelapa Dara Perasa Halia, Mulakan dengan 1 sudu teh dengan setiap hidangan. Sebahagian orang mengalami perkumuhan yang lancar untuk beberapa hari.

Bagi mereka yang mengalami citarasa atau perut sensitif pula, boleh dicampur dengan jus buah-buahan, yogurt atau ditambah pada hidangan makanan lain seperti Oat yang dimasak. Dan bagi bayi atau kanak-kanak yang tidak boleh minum minyak kelapa dara perasa halia, ia boleh dicampurkan pada makanan bayi seperti dalam susu formula / susu tepung.

Minyak Kelapa Dara Perasa Halia adalah selamat digunakan bagi ibu-ibu yang mengandung dan semasa penyusuan bayi.

Bio-Asli HQ
No. 13 Jalan PPSL 1,
Pusat Perniagaan Sungai Lias,
45300 Sungai Besar, Selangor
+(6011) 3556-0149
Isnin-Jumaat
8:30 pagi - 5.30 petang
bioasli.hq23@gmail.com
24 X 5 online support
TOP