Laman Utama   I   Produk   I   Syarikat   I   Usahawan Online   I  Galeri  I  Tips Produk   Testimoni   I  Hubungi Kami

Now...everybody can business online...click here... to go your Business Web pages...

Kategori Produk

 

 Kesihatan
   Kosmetik & Kecantikan
   Makanan & Minuman
   Suami Isteri
   E-load & SMS
   Blog & Kedai Online
 
 
MINYAK ARGAN
 
 
Bookmark and Share
    Pengenalan Minyak Argan     Minyak Argan Untuk Kulit  
             
    Komposisi Minyak Argan     Minyak Argan Untuk Rambut  
             
    Kelebihan Minyak Argan     Minyak Argan Untuk Kuku  
             
    Minyak Argan (Anti-Penuaan)     Video Mengenai Minyak Argan  
             
    Testimoni Pengguna     Beli Produk  
         
 Minyak Argan (ARGAN)
 
    Flyers Minyak Argan (Download)        
        (Flyers Argan)         (Risalah Argan)        
                 
 
 

 

 

Minyak Argan Baik Untuk Diet Harian

Ia disajikan untuk sarapan pagi bersama-sama dengan roti bakar, dicelup ke dalam Minyak Argan serta madu. Hidangan tradisional Maghribi, Amlou Sweet, dianggap sebagai makanan istimewa sebenar. Ia terdiri daripada Minyak Argan yang dicampur madu dan badam, memberikan tenaga serta kekuatan, juga dikenali sebagai aprodisiak. Dalam masakan di rumah serta di restoran, Minyak Argan ditambah pada makanan yang dikukus, digoreng atau dipanggang. Dengan cara ini, ia akan meningkatkan rasa serta menyediakan beberapa vitamin tambahan yang diperlukan oleh badan.

 

Minyak Argan Untuk Kesihatan Dalaman & Luaran

Minyak Argan yang ajaib dan kaya dengan khasiat ini digunakan untuk kegunaan harian. Untuk rawatan dalaman serta luaran. Ia juga digunakan pada kulit bayi untuk melindungi daripada unsur-unsur bahaya dan 'chafing'. Rawatan minyak badan merupakan rawatan perubatan Ayurvedic India Kuno yang dapat memberi tenaga kepada tubuh badan dan meningkatkan kesihatan seseorang.

 

Minyak Argan Dan Anti Oksidan

Kandungan Vitamin E yang tinggi, 2 kali ganda lebih banyak dalam Minyak Zaitun. Vitamin E adalah penting untuk membangunkan dan mengekalkan fungsi saraf dan sistem otot. Minyak Argan mengandungi lebih daripada 80% mono dan asid lemak poli tak tepu, yang mempunyai kesan yang baik pada keadaan reumatik dan penyakit kardiovaskular.

 
  Meneutralkan radikal bebas.  
  Melindungi tisu-tisu pengantara.  
  Merangsang oksigen dalam badan.  
  Meningkatkan keupayaan otak.  
  Mempunyai pengaruh yang baik terhadap hati dan pencernaan.  
  Membantu mengawal tahap darah kolesterol.  
 

Kajian telah menunjukkan bahawa 16 g (2 sudu teh) Minyak Argan memenuhi keperluan harian badan untuk asid linoleik penting dan kandungan tinggi asid linoleik dalam Minyak Argan membantu mengawal tahap darah kolesterol.

 
 
 
Fatty acids
Unsaturated fatty acids:

%

Palmitic acid 14
Stearic acid   5
   
Polyunsaturated fatty acids:

%

Linoleic acid  37
Alpha-linolenic acid < 0.6
   

Monounsaturated fatty acids:

%
Oleic acid 43.5
   

Sterols:

%
Schottenol 48
Spinasterol 42
Delta 7 Avenosterol 5
Sigmastra-8, 22-dien 5
   

Proportions:

mg/kg
Tocopherols 720
Polyphenols 60
Sterols 3200
Triterpene alcohols 1800
 
 
 
Minyak Argan Untuk Kulit Berjerawat
 
 

Katakan "Selamat Tinggal" kepada kulit berjerawat. Masalah jerawat anda akan dapat diatasi secara efektif dengan penggunaan Minyak Argan BioAsli yang mengandungi 100% Minyak Argan. Sehingga kini, berjuta-juta individu mengalami masalah jerawat yang menyebabkan individu tersebut menjadi malu dan kurang selesa dengan penampilan diri, terutama ketika berhadapan dengan orang ramai. Mengapa? Ini kerana lapisan permukaan kulit terganggu dan menyebabkan perubahan kepada tekstur kulit semulajadi lalu mengakibatkan kemunculan jerawat, 'blackhead' dan 'whitehead'. Di antara kesemua pilihan rawatan, kebanyakkan individu lebih yakin menggunakan bahan semulajadi seperti Minyak Argan yang membantu masalah jerawat.

 

Mengapakah jerawat terhasil ?

 
 

Jawapannya adalah mudah. Kelenjar sebum yang kebanyakkanya terdapat di wajah dan bahagian belakang badan menghasilkan sebum (cecair berminyak) yang berfungsi mengekalkan kelembapan kulit. Ianya bertindak seperti bahan pelincir yang mengelakkan kulit daripada kehilangan kelembapan semulajadi. Kelenjar ini berhubung terus dengan folikel rerambut. Sebum yang terhasil akan melalui liang folikel ini untuk sampai ke permukaan kulit. Walaubagaimanapun, masalah akan timbul apabila kelenjar tersebut menghasilkan sebum melebihi jumlah yang diperlukan. Terlalu banyak sebum dihasilkan mengakibatkan pori kulit tersumbat, menjadikan bakteria senang membiak di bahagian tersebut lalu menyebabkan kemunculan jerawat dan bintik hitam.

 

Minyak Argan Untuk Masalah Jerawat

 
 

Adakah Minyak Argan boleh menyembuhkan jerawat? Sudah tentu. Ianya merupakan rawatan semulajadi untuk menyelesaikan masalah kulit. Kelebihan Minyak Argan adalah sangat banyak dan salah satunya ialah memulihkan masalah kulit seperti jerawat. Untuk mengelakkan kemunculan jerawat, produk-produk biasa yang terdapat di pasaraya mungkin tidak berkesan, namun sesiapapun tidak akan kecewa apabila menggunakan Minyak Argan. Menghilangkan jerawat adalah mudah dengan Minyak Argan yang mampu dimiliki semua.

 

Bagaimana Minyak Argan Memulihkan Jerawat ?

 

 

Seperti yang telah diterangkan, rembesan sebum yang terlalu banyak adalah penyebab masalah ini. Jadi bagaimana Minyak Argan mengatasi masalah tersebut? Penggunaan Minyak Argan menghentikan penghasilan sebum yang terlalu banyak, seterusnya mengurangkan kemunculan jerawat. Dengan kata lain, Minyak Argan mengawalatur penghasilan sebum dan mengelakkan liang pori dari tersumbat, seterusnya mengurangkan risiko kemunculan jerawat. Penggunaan harian Minyak Argan menggalakkan penghasilan sebum yang terkawal, dengan ini membantu kulit wajah menghilangkan jerawat.

Produk yang mengandungi 100% Minyak Argan telah terbukti sangat bermanfaat untuk individu yang mengalami masalah jerawat. Jika Minyak Argan digunakan setiap hari untuk merawat jerawat, dalam masa 2 minggu sahaja kesan positif ke atas kulit wajah boleh dirasai sendiri. Pastinya jerawat akan hilang dan seri wajah akan dikembalikan.

 

Minyak Argan Untuk Menghilangkan Masalah Parut

 
 

Bagi sesetengah individu, walaupun jerawat telah hilang, namun ianya meninggalkan parut yang mencacatkan kulit. Parut kesan jerawat seringkali menyebabkan perubahan warna kulit kawasan tersebut kepada lebih gelap. Selalunya, ia akan mengambil masa yang lama untuk kembali ke warna kulit asal. Kajian saintifik mendapati apabila minyak Argan digunakan setiap hari, ianya akan mengurangkan kesan parut. Oleh kerana kandungan Vitamin E dan asid lemak utama omega 3 minyak Argan yang tinggi, penggunaan harian menjadikan kulit semakin lembut dan bebas parut.

Secara keseluruhannya, kulit wajah yang menawan meningkatkan keyakinan diri dan menyerlahkan personaliti menarik. Ini semua akan dapat dinikmati dengan penggunaan produk penjagaan kulit yang efektif seperti minyak Argan. Jerawat dan masalah kulit yang lain tidak akan mengganggu anda sama sekali jika anda menggunakan minyak Argan dalam rutin kecantikan setiap hari.

Komposisi Minyak Argan adalah unik, mengandungi kandungan Vitamin E dan Asid Lemak Utama (Essential Fatty Acids) yang tinggi, tambahan lagi keupayaan antioksidan Minyak Argan telah terbukti jauh lebih baik daripada minyak zaitun. Kesemua kelebihan ini menjadikan ianya produk anti-penuaan yang sempurna bagi semua peringkat umur, sama ada anda berusia 20-an mahupun pertengahan 40-an. Minyak Argan berfungsi melindungi kulit dari kesan bahaya persekitaran seperti pancaran UVA dan UVB dari matahari, dan pada masa yang sama meneutralkan radikal bebas, mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan mempercepatkan proses pemulihan parut. Ianya merupakan produk yang terbaik untuk melembutkan kulit yang kering, termasuklah menyembuhkan kekeringan kulit akibat keratosis pilatoris.

Paling unik, Minyak Argan bukan sahaja boleh digunakan pada kulit, malahan ianya adalah produk penjagaan menyeluruh tubuh anda, kerana khasiatnya yang berkesan memulihkan rambut yang rosak dan bercabang serta menjadikan rambut lebih sihat dan bersinar. Ianya juga sangat efektif untuk menguat dan memulihkan struktur kuku yang rapuh serta membantu melembutkan kutikel.

 
 
 
 
  • Untuk kegunaan kulit : Sapukan 2 hingga 4 titis Minyak Argan dengan rata ke seluruh wajah, leher atau bahagian yang bermasalah yang telah dibersihkan setiap pagi dan sebelum tidur. Urut secara perlahan sehingga ianya diserap dengan baik.

  • Untuk penjagaan kulit kepala dan rambut: Sapukan Minyak Argan pada kulit kepala dan urutkan dengan sekata sehingga ke hujung rambut. Biarkan selama 30 minit dan basuh rambut dengan syampu seperti biasa. Ulangi 2 kali seminggu untuk kulit kepala dan rambut yang sihat.

  • Untuk pemeliharaan kuku: Rendamkan jari dalam campuran Minyak Argan bersama perahan lemon selama sepuluh minit dan kemudian bilas. Lakukan setiap minggu untuk memulihkan kuku yang rosak dan melembutkan jari.

Minyak Argan juga sesuai digunakan sebagai minyak urutan bagi mengurangkan rheumatisma dan sakit arthritis.

Jika sekiranya, anda ingin menyolek muka anda dengan produk-produk yang lain, dipohon agar membiarkan dahulu minyak argan ini selama 10 minit (untuk kesan yang maksimum).

 

 

The information on this website is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent disease or to replace a one-on-one relationship with a qualified health care professional and is not intended as alternative to medical advice or other professional healthcare provider. It is intended as a sharing of knowledge and information from the research and experience of herbal practitioner and our community.  If you may be suffering from any medical condition, or experiencing symptoms or health problems, you should seek immediate medical attention consult  your qualified health care professional. Never delay seeking medical advice, disregard medical advice or discontinue medical treatment because of information on this website.

 
IBU PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3224 8721  Fax : +603-3224 2321 
Email : desaku_bioasli@yahoo.com
DESAKU MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1, IKS Taman Sri BNO
45200 Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3213 8046
BioAsli  ©  Copyright 2005-2014  All Rights Reserved

 

Rangkaian Ahli

Kami menyediakan pelbagai menu untuk kemudahan anda

  Lupa ID & Kata Laluan
  BM Version
  EN Version
  AR Version

Ikut Kami Di

 

Keajaiban Minyak Argan

Video : Klik Foto

Hair-Argan

Moroccan Argan Oil how it works

Eden Allure

Pure Moroccan Argan Oil

Argan Oil Hair Treatment

Review of Organic Argan Oil

Argan Oil

Argan Oil Review

Argan Oil

Reduce & Prevent Stretch Mark

Argan Oil

Anti-Aging

Argan Oil

Pure Argan Oil

Argan Oil

How to made Argan Oil

Argan Oil

BioAsli Argan Oil

Argan Oil

Argan Oil Shampoo