Laman Utama   I   Produk   I   Syarikat   I   Usahawan Online   I  Galeri  I  Tips Produk   Testimoni   I  Hubungi Kami

Now...everybody can business online...click here... to go your Business Web pages...

Kategori Produk

 

 Kesihatan
   Kosmetik & Kecantikan
   Makanan & Minuman
   Suami Isteri
   E-load & SMS
   Blog & Kedai Online
 
 
MINYAK KELAPA DARA ASLI
 
 
 
Bookmark and Share
    Definisi Minyak Kelapa Dara     Minyak Kelapa Dara (Untuk Kesihatan)  
             
    Komposisi Kimia     Kenyataan Pakar  
             
  Standard Kualiti   Minyak Kelapa Dara & H1N1
             
    Khasiat Minyak Kelapa Dara     Tips Penggunaan Minyak Kelapa Dara  
             
    Testimoni Pengguna     Video Testimoni  
             
    Tips Penggunaan Suami Perkasa     Tips Penggunaan Isteri Anggun  
             
    Kajian (Tocotrienol dalam Minyak Kelapa Dara)     Kes Study Alzheimer (Nyanyuk)- Malay / English  
             
    Sumber Rujukan :- Buku     Panduan Produk (Herba & Penyakit)  
             
    Beli Produk     Download Flyers  
 
 Minyak Kelapa Dara Double Premium (VCOP)
 Minyak Kelapa Dara Perisa Pandan (VCOPD)
 Minyak Kelapa Dara Perisa Lemon (VCOL)
 Minyak Kelapa Dara Perisa Halia (VCOG)
       
 
 

Apakah kebaikan dan kelebihan Minyak Kelapa Dara untuk Kesihatan Anda ?

Kenapa minum Minyak Kelapa Dara ? (Mesti baca)   Resdung & Alahan
Kelebihan VCO   Retak pada tumit kaki
Penyembuhan Alami   Luka kemalangan, luka dan kudis
Metabolisma dan Energi   Kelemumur dan rambut gugur
Perlindungan dari penyakit   Buang lemak berlebihan-Kegemukan
Pencernaan dan penyerapan zat   Pembesaran Prostat
Ibu sedang mengandung   Ulser dan sembelit
Ibu dan bayi -susu   Pencegah sakit jantung
Susu ibu & MCFA   Darah tinggi
Bayi anda   Kencing Manis(Diabetes)
Parut pada kulit(bersalin)   Kelelahan Kronik & Athma
Awet Muda   Kanser
Keanjalan kulit   AIDS Treatment
Melindungi dan merawat kulit   Others Reserch
 
 

How to get a Faster Metabolism with Coconut Oil

 
 

BAGAIMANA JIKA DI SANA ADA PENYEMBUH UNTUK PENYAKIT ALZHEIMER’S, SEDANG IA TIDAK DIKETAHUI OLEH SESIAPA…..?

Satu kajian oleh Dr. Mary Newport ;  22hb Julai 2008

Umum mengetahui bahawa kini wabak atau masalah obesiti, Type II diabetes dan penyakit kardiovaskular semakin meningkat, dan dianggarkan sekitar 15,000 orang di Amerika, akan mengidap penyakit Alzheimer  pada tahun 2050.

Pada tahun 2001, Dr. Richard L. Veech dari NIH, dan beberapa orang lagi pakar, telah menerbitkan satu rencana , bertajuk ; ‘Ketone bodies - potential therapeutic uses.’ ( ketone bodies - potensi kegunaan dalam perubatan ) Sementara pada tahun 2003, George F. Cahill, Jr. and Richard Veech mengarang

‘Ketoacids? Good Medicine? Pada tahun 2004 Richard Veech menerbitkan satu kaji selidik berkaitan dengan kesan pengubatan ‘ketone bodies.’  Artikel berkenaan tidak ditemui didalam mana-mana journal, (yang biasa ditemui oleh kebanyakan doktor perubatan biasa, apatah lagi bagi kebanyakan masyarakat umum. Berani saya katakan anda tidak akan menemui maklumat ini, kecuali anda membuat carian berkaitan tajuk berkenaan).

Suami saya Steve, berusia 58, telah mengalami petanda meningkatnya gejala dementia, sekurang-kurangnya 5 tahun kebelakangan ini. Beliau telah menjalani MRI pada tahun 2008, yang menunjukkan evolusi perubahan pada bahagian ‘frontal’ dan ‘parietal lobes’ otak dan sedikit perubahan pada bahagian otak kiri, manakala pada bahagian kanan ‘amygdale’. Manakala bahagian ‘hippocamdal atrophy’ tiada menunjukkan tanda-tanda perubahan, yang dapat membantu rawatan klinikal  terhadap penyakit Alzheimer.   Bagi kalangan yang bukan mahir dalam perubatan, keadaan ini bermakna suami saya telah mengalami pengecutan  bahagian otak. Banyak dari hari-hari beliau, dan ada waktunya  berterusan dalam beberapa hari, beliau dalam keadaan keliru, tidak mampu menemui sudu, atau tidak ingat bagaimana untuk mengeluarkan air dari peti sejuk. Ada waktunya tidak terlalu ketara, masih seperti biasa, ceria dengan sifat kelakarnya yang unik, kreatif dan sarat dengan idea.

Pernah satu hari saya bertanya, samada ada menerima panggilan (yang memang saya nantikan). Jawapannya adalah “Tidak”. Namun dua hari kemudian  beliau akan dapat mengingati pesanan dari siapa dan siapa, dari beberapa hari sebelumnya, termasuk kandungan pesanan berkenaan.  Agak ganjil, beliau tidak punya ingatan jangka pendek, tetapi menyimpan maklumat berkenaan disuatu tempat pada otaknya.

 Pada perkiraan saya, pemakanannya mungkin ada kaitannya dengan  keadaan tidak menentu itu. Saya pasti  ia terkunci di mana-mana bahagian otak, dan perlukan kunci untuk membuka kawasan otak itu.

Steve memiliki BSBA dalam perakaunan, melakukan billing, bookkeeping dan perakaunan untuk perniagaan neonatologi saya, dari rumah, Dengan itu membolehkan beliau dapat bersama dengan anak kecil perempuan kami di rumah. Beliau penggemar komputer, dan pantas menaip.  Beliau berkeupayaan membaiki semua masalah komputer sendiri, dan mahir memasang sebarang komponen tanpa sebarang panduan. Jika beliau tiada alatan (tool), beliau akan menciptanya sendiri. Selain itu Steve gemar berkayak. Untuk menjadikan pergerakan kayaknya lurus, Steve merekabentuk dan memasang  sesuatu pada kayaknya.

Namun sekitar lima tahun yang lalu, Steve mula mengalami kesukaran untuk menguruskan kerja-kerja perakaunannya.  Beliau akan kelihatan cuba melengah-lengahkannya. Satu ketika beliau melakukan kesilapan dalam kiraan gaji.  Saya cuba membantu memperbaikinya. Pada sangkaan saya, kesilapan tersebut adalah lantaran perniagaan kami telah menjadi semakin rumit, lantaran pertambahan pekerja. Namun beliau sedar bahawa ada sesuatu yang tidak kena, dan dengan itu tekanan perasaan bermula. Kami membawa beliau menemui pakar neurologi sekitar 4 tahun yang lalu, dan telah dilakukan ‘Mini Mental Status Exam (MMSE). Bacaan ujian MMSE Steve adalah 23 dari 30 markah penuh, mengesahkan sebagai pengidap dementia peringkat sederhana. (Dalam ujian ini semakin rendah bacaan MMSE, bermaksud semakin parah tahap dementianya). Wakti itu bacaan MRI Steve, adalah normal.

Sekitar 3 tahun yang lalu, Steve  mula mengambil Aricept, manakala Namenda sejak 2 tahun yang lalu. Kami berharap, agar  ianya dapat memperlahankan kadar penurunan fungsi otaknya. Kemudian bertukar lagi dari mengambil Aricept kepada Exelon pada sekitar Ogos 2007, setelah kehilangan berat badan sebanyak 10 pounds dalam hanya beberapa minggu. Dalam 12 bulan yang terakhir ini, perubahan dirinya semakin ketara. Steve tidak dapat lagi memasak untuk dirinya, tidak dapat mengingat, mengambil  makanan yang baik,  tidak mampu menggunakan kalkulator, dan lebih parah tidak berupaya menyelesaikan masalah matematik yang paling mudah – tambah. Walaubagaimanapun  Steve masih sibuk dengan kerja-kerja hariannya di keliling rumah dan di garaj, tubuhnya masih baik. Sekarang saya melakukan semua kerja memasak, untuk lelaki yang selama ini sentiasa memasak untuk semua ahli keluarganya.  Saya memberikannya ubat-ubatan kerana Steve sudah tidak dapat mengingat untuk mengambilnya, apatah lagi untuk memilih pills atau ubatan yang betul. Setiap malam kami akan berpegangan tangan sebelum kami tidur, dan saya tidak pasti berapa kali lagikah kami boleh berbuat begitu.

Sebenarnya  menyaksikan Steve kehilangan daya fikir dan ketidakupayaan untuk berbuat sesuatu  adalah satu pengalaman yang sangat menakutkan. Steve sebenarnya sangat memaklumi keadaannya, dan kami sering membincangkannya bersama.  Walaubagaimanapun Steve tidak lagi rasa tertekan, mungkin kerana bantuan kaunselor, Lexipro dan Wellbutrin.

Saya berlanggan  dengan beberapa sumber yang dapat memberikan maklumat, dan sentiasa meninjau di laman sesawang www.clinicaltrials.gov untuk mengetahui apa-apa juga kajian ubatan yang sesuai untuknya. Dua tahun yang lalu kami cuba untuk melibatnya dalam kajian anti-radang, Flurizan, tetapi beliau tidak layak kerana beliau memiliki sejarah  kemurungan dan tertekan dalam dua tahun yang lalu.  Bagaimana tidak tertekan jika anda mengetahui bahawa anda adalah pengidap AlZheimer, bahkan kemurungan adalah antara simptom atau pertanda awal Alzheimer.

Hanya baru-baru ini sahaja saya mendapat maklumat dan melihat potensi  penggunaan medium chain triglycerides (MCT oil) atau ‘Ketone bodies’   (juga dikenali sebagai ketoacids)  produk terakhir dalam metabolism, yang dikatakan bukan sahaja merawat , tetapi mampu menghalang penyakit Alzheimer.

Selanjutnya ia juga dikatakan berpotensi bagi merawat penyakit Parkinson, penyakit Huntington, berbagai sclerosis dan amyotrophic lateral sclerosis (ALS atau penyakit Gehrig), drug resistant epilepsy, brittle type I diabetes dan diabetes type II, dimana terdapat rintangan insulin. Katone bodies dapat membantu otak pulih dari kesan kehilangan oksigen pada bayi  melalui ibunya, membantu jantung untuk pulih selepas serangan akut, mampu mengecutkan sel-sel kanser.

Kanak-kanak yang mengalami ‘drug resistant epilepsy’, ada waktunya bertindak balas pada ketogenic diet yang rendah kandungan  kabohidratnya. MCT didapati sangat berguna dalam membantu kehilangan berat badan, sementara  ahli bina badan telah lama menggunakannya untuk memperbaiki  pembinaan otot mereka.  Ahli sukan dan anggota tentera boleh menggunakan MCT sebagai sumber tenaga segera apabila tubuh mereka kekurangan karbohidrat, terutama sewaktu makanan tidak  tersedia.

Apakah sebenarnya persamaan antara keduanya ? Sel tubuh kita mampu menggunakan ‘ketone bodies’ sebagai sumber alternatif disaat ketiadaan glucose. Sel otak , terutamanya neuron, sangat terhad dalam penggunaan sumber tenaga yang digunakan , untuk mengekalkan ia hidup dan berfungsi.  Lumrahnya ia memerlukan glukosa , tetapi ia juga  boleh menggunakan ‘ketone bodies’. Tubuh manusia sebenarnya tidak mempunyai ‘ketone bodies’ yang beredar dan senantiasa ada untuk digunakan oleh otak. ‘Ketone bodies’ hanya akan ada, jika tubuh manusia telah mengalami kelaparan untuk beberapa hari atau lebih lama, atau pun mengambil diet katogenik (diet yang mengandungi karbohirat yang rendah) seumpama Atkins.  

Dalam penyakit Alzheimer,  neuron  di dalam beberapa bahagian otak tidak dapat mengambil glukos , kerana ia kalis insulin, dan dalam keadaan tersebut ia akan mati secara perlahan (proses yang berlaku sekitar satu dekad atau lebih sebelum tanda-tanda penyakit semakin jelas) Jika sel-sel berkenaan  berupaya mendapatkan ‘ketone bodies’ ia sebenarnya mempunyai harapan untuk terus hidup dan terus berfungsi.  Didapati mereka   yang mengidap penyakit Parkinson, Huntington dan ALS , sebenarnya memiliki ketidakupayaan menggunapakai glukos , walaupun melibatkan bahagian-bahagian yang berbeza di dalam otak atau saraf tunjang.      

MCT  dihadhamkan oleh tubuh dengan cara yang berlainan berbanding dengan lemak-lemak yang lain. Hati mengubah terus MCT, menjadi ‘ketone bodies’, yang sedia digunakan sebagai tenaga. Memasukkan  MCT, samada secara oral atau secara intravenous, akan menghasilkan ‘hiperketonemia’ atau ‘ketone bodies’ yang beredar yang mampu di manfaatkan oleh otak sebagai tenaga, semasa ketiadaan glukos, bahkan semasa kehadiran glukos. Tambahan pula hiperketonemia menghasilkan pertambahan (sekitar 39%) aliran darah di bahagian cerebral. Hasilnya keadaan tersebut dapat mengurangkan  ‘cognitif dysfunction’ yang sering dikaitkan dengan ‘systemic hypoglycemia’ pada manusia kebanyakan.

Sekitar 2 bulan yang lalu kami membawa Steve ke Johnny B. Byrd, Jr. Alzheimer’s Institute at University of South Florida (USF) di Tampa, Florida, bagi penilaian tahunan dan saringan bagi kajian vaksin. Steve mendapat 12 bagi bacaan MMSE, bacaan yang dikira terlalu rendah untuk layak bagi kajian vaksin – (diperlukan bacaan minimum 16). Kami sangat kecewa, tetapi dinasihatkan supaya kami datang kembali  dan mencuba sekali lagi, memandangkan Steve memenuhi kriteria yang lain.

Kami membuat temujanji pada pertengahan Mei 2008 di St Petersburg, Florida untuk membuat saringan penilaian bagi ‘Eli Lilly gamma-secretase inhibitor’, dan membuat satu lagi temujanji untuknya bagi saringan  untuk mendapatkan kajian Elan di USF, pada hari berikutnya.  Pada petang tersebut, sebelum saringan pertama di St. Pete, saya membuat kajian dan carian berkaitan dengan kedua-dua jenis ubat, bagi memudahkan saya memilih dan menentukan ubat yang sesuai, sekiranya Steve sesuai untuk kedua-duanya. Dalam pada itu saya menemui sejenis ubat lain, Ketasyn, atau AC-1202. Penelitian lanjut, saya mendapati  rawatan ini memberikan kesan memberangsangkan bagi jangka masa melebihi 90 hari, sekitar separuh dari jumlah keseluruhan dari mereka yang memiliki profil genetik (APOE2 atau APOE3). Bagi kumpulan yang memiliki profil genetik APOE4, keadaan tetap sama, manakala yang lain (mereka yang mengambil placebo)menunjukkan keadaan yang menurun. Keputusan lebih memberangsangkan bagi  mereka yang sudah mengambil ubat-ubatan bagi masalah Alzheimer sebelumnya. Dalam kajian awal pada setengah orang, ujian keatas ingatan mereka semakin baik dengan hanya pada dos yang pertama.  Lantaran pencarian saya berkaitan Ketasyn  di internet itu, saya menemui  permohonan patent Januari 2008 (lihat www.freepatentsonline.com), sambungan permohonan tahun 2000, sepanjang 75 mukasurat, dengan tulisan dan keterangan yang jelas berhubung fakta-fakta sains tentang penyakit Alzheimer dan juga keterangan tentang ‘penciptaan’, termasuk keputusan kajian tersebut, dan beberapa formulasi yang berpotensi , dan digabungankan dengan bahan lain yang memungkinkan dapat menambah kesan yang lebih baik.

Saya dapati bahan kandungan dalam Ketasyn yang sangat memberikan harapan itu ialah MCT (MCT oil), dan ia cuma sekitar 20ml atau 4 sudu teh bagi dos 20 gram (untuk menghasilkan keputusan yang baik itu).  Minyak MCT yang digunapakai oleh penyelidik  tersebut telah diambil dari Stepan Company, mengandungi 6 dan 8 rantai karbon. Walaubagaimanapun bagi mereka, MCT pada sebarang kombinasi rangkaian sedang (medium chain-6 hingga 12 rantai karbon) akan juga berkesan. Pengarang mengatakan bahawa MCT berkenaan dihasilkan dari buah kelapa atau buah kelapa sawit (ini tidak betul, pengarang sepatutnya menyatakan dari isi rung kelapa sawit) 

Pada waktu itu saya tidak mengetahui bahawa saya boleh dengan mudah dapat membeli minyak MCT secara online, jadi saya membuat carian di internet dan mendapati minyak kelapa mengandungi 60 % medium chain fatty acids (MCFA), tidak mengandungi kolesterol dan juga mengandungi asid lemak omega-6 ,dan beberapa asid rantai pendek (short chain) dan asid rantai panjang (long chain) sehingga asid yang mengandungi 18 rantai karbon. Minyak kelapa boleh ditemui dalam banyak kedai pemakanan kesihatan , bahkan terdapat juga di setengah kedai runcit. Adalah penting untuk menggunakan minyak kelapa yang tidak terhidrogen dan tidak mengandungi transfat. Di luar sana sebenarnya terlalu banyak salah faham terhadap minyak kelapa. Dikatakan ia adalah minyak penyumbat urat (artery clogging oil) istilah yang di war-warkan  oleh Proctor and Gamble, pengeluar Crisco dan minyak sayuran terhidrogen, sekitar pertengahan tahun 1900. Dari kajian awal, terhadap haiwan menggunakan minyak kelapa terhidrogen  yang sekarang kita telah ketahui sebagai minyak yang berkhasiat, asid lemak assential yang telah kita jauhkan dari pemakanan.

 
 

Pengeluar terbesar minyak kelapa ialah Filipina, dimana kelapa dan minyaknya adalah antara sumber pengeluaran utama negaranya. Minyak juga dikeluarkan di India, Thailand dan beberapa negara Asia Tenggara, di kepulauan Caribbien, bahkan di selatan Florida. Filipina dilapurkan adalah negara yang  terendah mencatat  kes penyakit jantung di dunia. Kajian menunjukkan bahawa jumlah nisbah kolesterol berbanding HDL bertambah baik dengan minyak kelapa yang tidak terhidrogen. Orang yang tinggal di bahagian dunia itu juga senantiasa memakan ikan, (ikan membekalkan mereka asid lemak omega-3) yang juga menyumbang terhadap rendahnya kes sakit jantung. Seorang kawan saya, seorang jururawat di Filipina memberitahu saya , bahawa banyak keluarga di sana apabila memasak di rumah, semuanya menggunakan minyak kelapa, dan setiap hidangan mereka tidak terkecuali mesti mengandungi minyak kelapa.

Saya juga mendapat maklumat selain minyak kelapa dan minyak isi rung sawit, susu badan juga mengandungi rantai sederhana triglycerides yang banyak. Ia juga ditemui dalam susu kambing, susu lembu dan juga mentega dari kedua susu berkenaan.   Hakikatnya kita telah menambahkan minyak MCT , ke dalam formula susu untuk bayi pramatang untuk menambahkan kalori padanya, sekitar 20-25 tahun yang lalu. Kini minyak MCT, kelapa dan minyak kelapa sawit  telah ditambahkan kedalam rumusan formula susu untuk bayi pramatang, rumusan biasa susu bayi, bersama dengan ARA dan DHA untuk menjadikan khasiatnya mirip susu ibu.

Berbalik pada Steve,  sebenarnya sudah agak terlewat sewaktu saya menemui minyak kelapa sebelum ujian saringan yang pertama. Dalam perjalanan, saya berulang kali mengingatkannya bahawa   kami di St Petersburg, di daerah Pinellas. Semasa MMSE, Steve dapat mengingati nama bandar, tetapi gagal untuk mengingat nama daerah. Tidak dapat mengingati musim, bulan atau hari-hari dalam satu minggu, apatah lagi tarikh, walaupun Steve diperlukan untuk menandatangani  dan menulis tarikh pada beberapa mukasurat pada borang kebenaran sebelum MMSE. Steve perlu diperingatkan pada setiap helaian mukasurat, dimana dia perlu menurunkan tandatangan, dan tarikh , bahkan sehingga bagaimana menulis tarikh tersebut.  Steve mendapat markah 14 , bacaan yang terlalu rendah untuk mendapatkan kajian tersebut. Dr margarita Nunez menghabiskan  agak banyak juga masa dengan kami dan meminta Steve untuk melukis jam (lihat jam # 1), yang mana katanya ia adalah merupakan satu bentuk ujian khusus bagi pesakit Alzheimer. Dr Margarita berbisik kepada saya bahawa ‘jam’ berkenaan menandakan bahawa  keadaan  Steve adalah lebih mendekati keadaan parah. Kenyataan yang merentun hati saya, walaupun saya tidak terperanjat, memandangkan saya adalah isterinya selama 36 tahun, dan sekarang adalah pengasuhnya.

Namun saya masih berfikiran positif.  Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami singgah disebuah kedai makanan kesihatan. Saya mengambil satu quart, 100% tulen minyak kelapa dara. Saya mengira bahawa untuk memberikan 20gm MCT,  Steve  perlu mengambil 35ggm atau lebih sedikit dari 2 sudu makan (35 ml =7 sudu teh ) minyak kelapa. Pagi berikutnya, sekitar pukul 9.00 pagi, saya menyediakan oatmeal untuk sarapan dan mencampurkan 2 sudu makan minyak kelapa dalam bahagiannya. Saya juga memasukkan sedikit ke dalam bahagian saya, kerana saya berpandangan tidak wajar memberikan orang lain sesuatu yang kita sendiri tidak sukakannya.

Sebelum saringan jam 1.00 ptg, saya cuba mempersiap Steve dengan menyoalnya tentang musim,  bulan, hari-hari  dalam seminggu, serta memperingatkan dia bahawa kami dalam perjalanan ke Tampa, daerah Hillsborough.  Steve tidak dapat mengingat perkataan ‘Spring’, menyebut April  bagi May untuk bulan-bulan dalam tahun, setiap kali saya bertanyakannya.  Steve juga tidak dapat mengingati hari Rabu.  Sepanjang perjalanan yang panjang itu, kami mengulanginya sekurang-kurangnya 10 kali, namun Steve masih gagal mengingatinya. Sejurus selepas kami sampai, dia dipanggil masuk untuk ujian, iaitu sekitar 4 1/2  jam selepas mengambil minyak kelapa dara. Apabila selesai , Steve melahirkan rasa dukacitanya  berhubung pencapaiannya. Laura, koordinator penyelidikan  kemudian muncul, dan mula mengambil petanda-petanda penting  serta tekanan darah tinggi, dia mengharapkan agar kami dapat meneruskan ujian saringan berkenaan. Saya bertanyakan samada beliau sudi berkongsi pencapaian Steve dengan kami. Dia sebaliknya bertanya ; “Dia tak beritahu awak?” “Dia dapat 18 ! melebihi apa yang diperlukannya.”  Steve dapat mengingati ‘spring’, dan bulan itu adalah Mei, sementara hari itu adalah hari Rabu, sedar juga bahawa dia sedang berada di Tampa, dalam daerah Hillborough  dan sedang berada di Byrd Institute. Ingat semua fakta yang dia tidak dapat ingat sewaktu di USF. Berdasarkan keputusan tersebut Steve positif APOE4. 

Berdasarkan kajian Ketasyn, keadaan Steve bukan sebenarnya bertambah baik, tapi kekal sama.  Mulai dari itu dia diuji semula untuk ujian ubat Eli Lilly, dan mendapat 17 bagi bacaan MMSE – bahkan kali ini dia dapat mengingat tarikh 2hb Julai 2008. Kami memutuskan untuk meneruskan ubatan Eli Lilly, setelah melihat potensi kesan sampingan  vaccine berkenaan terhadap APOE4+ manusia .

Semasa penulisan ini, sebenarnya telah 60 hari Steve mengambil minyak kelapa dara (21 hb Mei 2008). Dia berjalan ke dapur setiap pagi dengan sedar , ceria, ramah serta membuat jenaka.  Langkah dan pergerakannya kelihatan masih janggal dan tidak teratur. Tubuhnya yang menggetar sudah tidak berapa ketara. Dia sudah boleh memberikan tumpuan pada sesuatu yang dia ingin lakukan disekitar rumah dan di lading serta kekal dengan sesuatu tugasan.  Padahal sebelumnya , (sebelum mengambil minyak kelapa dara) Steve dengan mudah akan terganggu, dan jarang dapat menyelesaikan tugasan, kecuali saya mengawasinya  secara terus.

Setelah hampir 2 minggu, (selepas 37 hari pengambilan minyak kelapa dara) saya sekali lagi menyuruhnya melukis jam (sila lihat ‘jam’ 2 dan ‘jam’ 3). Kelihatan jelas perbezaannya. Saya setulusnya, ingin menyatakan bahawa saya langsung tidak membantunya.  Steve memberitahu saya , bahawa dia langsung tidak dapat menggambarkan bagaimana bentuk jam semasa saringan di St Pete, tetapi bagi dua percubaan terakhir , dia sangat  prihatin bahawa angka 6 adalah bersetentangan angka 12, manakala angka 9 bersetentangan dengan angka 3, pada pemuka sebuah jam. Steve melukis jejari untuk mensejajarkan angka-angka berkenaan.

Sebenarnya Steve sudah tidak mampu menaip sekitar 2 tahun. Tetapi sekarang dia rasa boleh menggambarkan akan kedudukan huruf-huruf di atas papan kekunci (keyboard). Bagaimanapun, buat masa ini dia takut untuk duduk dan mencuba  untuk menaip, bimbang kalau dia akan kecewa dan putus asa jika dia gagal. Kami juga memikirkan untuk  mencuba  therapi pekerjaan, untuk menilai , apakah dia boleh mempelajari semula sebahagian dari kemahirannya yang hilang. Saya sebenarnya tidak dapat menerangkan mengapa dia menjadi semakin baik, kecuali kemungkinan kepentingan rantaian karbon 10 dan 12, ataupun orang APOE4 yang berada dalam kajian Ketasyn, tidak mengambil asid lemak omega 3. Kami memakan ikan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu, dan mengambil supplimen minyak pati ikan sebanyak 2 kali sehari dan telah kami lakukan hal tersebut semenjak 2 tahun yang lalu. Saya juga telah melakukan carian di internet , tentang semua perkara berkaitan minyak kelapa,  minyak MCT, asid lemak, ketone bodies, kandungan asid lemak dalam susu ibu, ketones dan beberapa penyakit. Semasa  saya mengkaji ketone bodies, saya bertemu nama Dr. Richard Veech dari Institut Kesihatan Kebangsaan.  Saya menghubungi beliau, bertanyakan tentang semuanya , dan dia terlalu baik, bercakap dengan saya, mengirimkan email kepada saya artikel yang beliau telah tulis tentang semua subjek berkenaan.  Sedang  saya punya berbagai soalan dan idea, beliau berterusan membekalkan saya  jawapan serta bahan bacaan yang semakin banyak. Saya bukan sahaja memikirkan mereka yang mengalami masalah penyakit neurodegenerative, seperti suami saya, bahkan bayi yang sakit dan pramatang   dan semua pesakit yang berpotensi. Dalam pada itu saya sangat musykil tentang amalan   penyusuan, apakah sesuatu yang penting telah telah hilang dari formula bayi, dan dari pemakanan wanita-wanita yang menyusukan anak.

Beta-hydroxybutyrate ialah primari ketone bodies , iaitu produk akhir dari metabolism asid lemak, dan ia bertindak melindungi neuron, disaat ketiadaan glukos. Dr Veech mampu menghasilkan beta-hydroxybutyrate bentuk ester, dari minyak MCT di dalam makmalnya. Ia boleh diambil melalui mulut dan ditukar ke dalam bentuk tenaga  oleh neuron dan sel-sel lainnya. Paras ketone bodies yang lebih tinggi  boleh dicapai dengan mengambil terus beta-hydroxybutyrate. Dr Veech telah melakukan kajian terhadap haiwan, cumanya beliau perlu menghasilkan lebih banyak beta-hydroxybutyrate jika ingin melakukan kajian terhadap manusia.  Jika beliau mendapat pembiayaan, beliau boleh melakukannya pada tahun ini. Untuk membina kilang bagi menghasilkan beta-hydroxybutyrate, beliau memerlukan 15 juta dollar. Ia dikirakan satu jumlah yang besar, namun jika diambil kira 1dollar bagi setiap orang yang mungkin mengidap Alzheimer pada tahun 2050 ia bukanlah terlalu besar.

 

Kami melawat Cincinnati pada penghujung Jun dan semua keluarga saya, juga keluarga Steve perasan perbezaan ketara ketika dia beriteraksi dengan mereka berbanding setahun yang lalu.  Walaupun dia kelihatan tidak fokus, tetapi dia bergaul dan nampak berminat  dengan perbualan mereka. Dia mengenali keluarga (ipar, anak-anak saudara) dengan nama, sesuatu yang tidak dapat dilakukannya setahun yang lalu. Jelas kelihatan ekspressinya melalui mimik mukanya . Steve terlibat aktif dalam perbualan, memahami jenaka  dengan cepat, malah ada waktunya dia sendiri yang mengeluarkan komen kelakar. Begitupun Steve kadang-kadang masih menghadapi kesukaran untuk mencari, memikirkan sesuatu perkataan untuk diucapkan, walaupun dia mampu menuturkan dalam bentuk ayat, malah dalam bentuk ayat yang  bersambung-sambung. Diwaktu paginya Steve akan datang ke dapur, dan mengajak saya untuk berjalan jalan di “big hill” bersamanya bersenam sebelum sarapan. Beliau kini adalah manusia yang berlainan berbanding setahun yang lalu. Steve sebenarnya mengalami ‘atrophy ‘ yang parah di dalam otaknya, dan beliau tidak akan tidak akan kembali ‘normal’, tetapi sekarang kami sangat gembira dengan keadaannya. Jika minyak kelapa yang sebenarnya menjadi punca menghalang atau memperlahankan penyakitnya, maka dapat saya tegaskan bahawa setiap titis minyak kelapa yang diambilnya adalah sangat bernilai.

Saudara perempuan saya Lois memberitahu seorang rakan kerja perempuannya, berkenaan minyak kelapa serta tindak balas Steve terhadapnya. Bapanya mula memberikan minyak kelapa kepada ibunya  yang mengidap Alzheimer , dan hasilnya memberikan tindak balas yang serupa, malah lebih peka, berbual dan ada waktu berjenaka.

Pada 9hb Julai 2008, beberapa sampel darah Steve diambil beberapa kali sebelum dan selepas sarapan serta makan malam. Manakala pada setiap hidangannya pada hari itu adalah 35ml minyak kelapa. Sepanjang waktu selebihnya, pada hari itu, dia tidak menerima apa-apa minyak kelapa lain atau apa-apa produk berasaskan kelapa .  Biasanya dia akan menerima banyak minyak kelapa berbanding hari hari biasa. Paras ‘ketone bodies’ Steve mula meningkat selepas sarapan sehingga 3 jam, tetapi agak rendah , jatuh lagi sebelum makan malam, dan ia meningkat secara konsisten  3 jam selepas makan malam. Kami tidak mengetahui paras puncaknya kerana kami tidak mengambil apa-apa sampel bagi mengukur parasnya selepas itu.  Dr Veech menyatakan, adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila Steve bertambah baik dalam keadaan  paras ketonenya yang rendah. Kajian tersebut memberikannya keyakinan bahawa adalah perlu untuk meneruskan pengeluaran serta ujian ‘ketone body beta-hydroxy butyrate ester’nya, memandangkan paras ketone bodies yang tinggi, dapat dikawal dengan masa mampu dicapai – lebih ketone boleh didapati untuk digunakan oleh neuron, jadi pemulihan yang lebih ketara dapat dijangkakan.

Oleh itu pembiayaan adalah sesuatu yang mendesak untuk  menyegerakan (pembinaan kilang bagi menghasilkan beta-hydroxybutyrate ) demi jutaan manusia yang ketika ini, juga akan datang  menderitai penyakit Alzheimer, Parkinson, Huntington’s chorea, multiple sclerosis, ALS, type I dan type II diabetes, termasuk apa juga keadaan yang melibatkan masalah kegagalan sistem tubuh menghantar bekalan glukos kepada neuron dan sel-sel lain.

Sehingga  beta-hydroxybutyrate Dr. Veech dapat diuji serta dapat digunakan, mereka yang sudah mengidap penyakit tersebut  atau mereka yang percaya mereka berisiko terhadap penyakit-penyakit tersebut,  akan dapat membuat perubahan dengan hanya menukar sedikit pemakanan mereka kepada minyak kelapa. 

Untuk mendapatkan persamaan  dengan dos pengambilan MCT dalam kajian Ketasyn, 7 sudu teh perlu diambil pada setiap kali pengambilan (satu kali sehari), cukup untuk peredaran ketone bodies bagi tempoh 24 jam. Saya tidak tahu apakah perlu mengambilnya sebanyak itu dalam satu masa atau perlu membahaginya kepada beberapa pengambilan bagi satu hari. Kajian pastinya diperlukan bagi menentukan perkara ini. Kami sebenarnya memberikan kadar tersebut kepada Steve, sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk mempastikan tiada masa tanpa ketone bodies beredar ditubuhnya. Banyak hari juga Steve menerima lebih dari 50% kadar tersebut. Kadar yang kami gunakan sebenarnya bukanlah berlebihan bagi mereka yang tinggal di negara yang menjadikan kelapa sebagai tanaman dan makanan utama. Adalah sesuatu yang  baik, jika sesaorang mampu untuk mengambilnya (minyak kelapa) lebih. Sebagai pilihan, sesaorang boleh mengambil 4 sudu teh minyak MCT sekali atau dua kali sehari  atau lebih jika tubuhnya boleh menerima.

Sebahagian manusia akan mengalami perasaan seakan ‘kekenyangan’, bahkan kadang-kadang cirit-birit selepas mengambil  banyak minyak kelapa untuk permulaan.  Masalah tersebut boleh diatasi dengan memulakan hanya dengan satu atau dua sudu teh, kemudian ditingkatkan jumlahnya  selepas seminggu atau lebih sehingga maksima. Kami menambahnya kedalam oatmeal, mecampurkanya dalam menu salad, menggunakannya semasa memasak, menggunakannya sebagai ganti mana-mana menu yang menggunakan butter, seperti kentang, keledek, nasi, pasta atau mee. Sementara  itu ais cream kelapa boleh dibeli di kedai-kedai Asia, mengandungi minyak kelapa yang saya kira kaedah yang paling mudah untuk menghasilkan ketone bodies.  Manakala santan kelapa  adalah gabungan minyak kelapa dan air kelapa dan ia boleh didapati dibahagian barangan Asia dan susu pekat dikebanyakan kedai barangan dapur. Ia adalah pengganti  yang baik bagi susu, boleh dicampurkan sebagai alternatif susu, umpama ‘scrambled eggs’, ‘ French toast’, dan  kentang putar.  Anda boleh bayangkan dan mencongak nisbah saiz berbagai gabungan makanan yang mengandungi  kelapa dan minyak kelapa, bersamaan 35gm lemak dari minyak kelapa.

Jika anda menggunakan sebarang jenis minyak sayuran terhidrogen atau sebarang minyak yang mengandungi  transfat, jangan gunakan lagi, dan jauhilah ia. Manakala minyak zaitun tulen, mentega serta minyak yang tidak terhidrogen dari sumber asli, boleh digunakan bersama minyak kelapa. Sebenarnya minyak kelapa boleh digunakan menggantikan sebarang jenis minyak. Walaubagaimanapun oleh kerana minyak kelapa tidak mengandungi asid lemak omega-3, maka adalah penting untuk memakan ikan salmon dua kali seminggu, ataupun mendapatkan asid lemak omega -3 dari sumber-sumber lain yang kaya  denganya seperti kapsul minyak ikan, hidangan flax, minyak flax (bukan untuk dimasak) ataupun walnut.

Adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan, potensi pemakanan pencegah dan penawar  Alzheimer, dan penyakit neurodegenerative, sudah ditemui untuk beberapa tahun yang lalu , tetapi kehadirannya tidak disedari. Besar kemungkinan penyakit- penyakit yang ujud sekarang ini adalah disebabkan oleh amalan pemakanan yang ada sekarang. Sebagai contoh amalan pemakanan rakyat Amerika telah berubah secara drastik dari amalan mereka sejak tahun 1950, ketika mana ibubapa dan datuk nenek kita menggunakan ‘lard’ dan minyak kelapa untuk memasak. Penyakit jantung jarang kedengaran pada awal kurun ke 20, tetapi sekarang bilangannya melonjak, bersama  dengan mendadaknya penyakit-penyakit lain, seperti Alzheimer, diabetes type II dan obesiti,  semenjak pengeluaran secara besar-besaran, dan penggunaan minyak sayuran terhidrogen yang mengandungi trans-fat dalam diet pemakanan, menggantikan lemak asli.

Agak menyedihkan juga kejadian serangan jantung dan penyakit-penyakit kronik lainnya seakan perkara lumrah dikalangan peduduk seluruh dunia, terutama mereka yang telah menukar  makanan tradisi asli kepada makanan barat.

Saya merancang untuk memberitahu semua orang , dan menyampaikan semua maklumat ini bagi sesiapa juga yang mungkin berkaitan, dengan harapan Dr Veech dan para penyelidik minyak MCT dan ‘ketone body’ memperoleh pembiayaan . (Silakan membuat salinan dan edarkan tulisan ini)

Jika ada sesaorang, kesayangan anda adalah pengidap, atau sesiapa yang lain mengidap Alzheimer, atau penyakit-penyakit ‘neurologic degenerative’ ,   semuanya harus di beri peluang dan mencuba minyak kelapa.  Dr Veech mencadangkan, sebaiknya dapat dirakamkan sebelum sesaorang memulakan pengambilan minyak kelapa, dan juga beberapa peringkat selepas menggunakannya, supaya dapat didokumenkan sebarang perubahanyang belaku. Beliau juga mencadangkan segmen yang perlu dirakamkan adalah muka pesakit, pertuturan, dan gerak langkah pesakit. Beliau juga menasihatkan agar paras ketone bodies di sukat.

Kesimpulannyanya dengan melakukan semuanya itu, anda tidak akan rugi apa-apa.

Dr. Mary New­port

10030 Or­chard Way

Spring hill, FL 34608

Home: (352) 666-1025

Cell: (352) 428-0251

 Pre­emiedoc­tor@aol.com

Co­conut oil and MCT oil web­sites: www.co­conu­toil­re­search.com www.nu­ti­va.com • www.ama­zon.com www.trop­ical­tra­di­tions.com www.oils­by­na­ture.com www.cheap­vi­ta­mins.com Palm ker­nel oil web­site: www.oils­by­na­ture.com Co­conut oil and co­conut milk are al­so avail- able at most health food stores and many gro­cery stores. Ref­er­ences:

1. “Ke­tone bod­ies, po­ten­tial ther­apeu­tic us­es,” RL Veech, B Chance, Y Kashi­waya, HA Lardy, GC Cahill, Jr., IUBMB Life, 2001, Vol. 51 No.4, 241-247

2. “Ke­toacids? Good Medicine?” George F. Cahill, Jr., Richard L. Veech, Trans­ac­tions of the Amer­ican Clin­ical and Cli­ma­to­log­ical As­so­ci­ation, Vol. 114, 2003.

3. “The ther­apaeu­tic im­pli­ca­tions of ke­tone bod­ies: the ef­fects of ke­tone bod­ies in patho­log­ical con­di­tions: ke­to­sis, ke­to­genic di­et, re­dox states, in­sulin re­sis­tance, and mi­to­chon­dri­al metabolism,” Richard L. Veech, Prostaglandins, Leukotrienes and Es­sen­tial Fat­ty Acids, 70 (2004) 309-319.

4. “Di­min­ished glu­cose trans­port and phos­pho­ry­la­tion in Alzheimer’s Dis­ease de­ter­mined by dy­nam­ic FDG-​PET,” M Piert, et.al., The Jour­nal of Nu­cle­ar Medicine, Vol.37 No.2, Febru­ary 1996, 201-208.

 5. “Glu­cose metabolism in ear­ly on­set ver­sus late on­set Alzheimer’s Dis­ease: an SPM anal­ysis of 120 pa­tients,” EJ Kim, et. al., Brain, 2005, Vol. 128, 1790-1801.

6. “Cere­bral glu­cose metabolism in Parkin­son’s dis­ease with and with­out de­men­tia,” RF Pep­pard, et.al., Archives of Neu­rol­ogy, Vol. 49 No.12, De­cem­ber 1992.

7. “Cor­ti­cal and sub­cor­ti­cal glu­cose con­sump­tion mea­sured by PET in pa­tients with Hunt­ing­ton’s dis­ease,” Brain, Oc­to­ber 1990, Vol 113, part 5, 1405-23.

8. “Re­duced glu­cose metabolism in the frontal cor­tex and basal gan­glia of mul­ti­ple scle­ro­sis pa­tients with fa­tigue: a 18F-​flu­orodeoxyglu­cose positron emis­sion to­mog­ra­phy study,” U Roel­cke, et. al., Neu­rol­ogy, 1997, Vol. 48, Is­sue 6, 1566-1571.

9. “ALS-​linked Cu/Zn-​SOD mu­ta­tion im­pairs cere­bral synap­tic glu­cose and glu­ta­mate trans­port and ex­ac­er­bates is­chemic brain in­jury,” Z Guo, et. al., Jour­nal of Cere­bral Blood Flow Metabolism, March 2000, Vol. 20 No. 3, 463-8.

10. “Com­bi­na­tions of medi­um chain triglyc­erides and ther­apeu­tic agents for the treat­ment and pre­ven­tion of Alzheimer’s dis­ease and oth­er dis­eases re­sult­ing from re­duced neu­ronal metabolism,” Unit­ed States Patent 20080009467, In­ven­tor Samuel T. Hen­der­son, Ac­cera, Inc., Broom­field, Col­orado (Ke­ta­syn).

11. Nu­tri­ent anal­ysis of co­conut oil (veg­etable), NDB No: 04047 – www.nal.us­da.gov/fnic/food­comp . 12. “Lipids in (hu­man) milk and the first steps in their di­ges­tion,” M Hamosh, et. al., Pe­di­atrics, 1985, Vol. 75, 146-150.

13. “Nu­tri­tion­al fac­tors and serum lipid lev­els,” EH Ahrens, Amer­ican Jour­nal of Medicine, 1957, vol. 23, 928 (used hy­dro­genat­ed co­conut oil).

14. “Trans fat­ty acids and coro­nary artery dis­ease,” NE­JM, 1999, Vol. 340, 1994-1998.

15. “Ef­fect of mixed fat for­mu­la feed­ing on serum choles­terol lev­el in man,” SA Hashim, Amer­ican Jour­nal of Clin­ical Nu­tri­tion, 1959, Vol. 7, 30-34.

16. “Mod­ified-​fat di­etary man­age­ment of the young male with coro­nary dis­ease: a five-​year re­port,” JL Bieren­baum, JA­MA, 1967, Vol. 202, 1119-1123.

17. “Choles­terol, co­conuts and di­et in Poly­ne­sian atolls-​a nat­ural ex­per­iment; the Puka­pu­ka and Tok­lau is­land stud­ies,” IA Pri­or, Amer­ican Jour­nal of Clin­ical Nu­tri­tion, 1981, Vol. 34, 1552-1561.

18. “Changes in cere­bral blood flow and car­bo­hy­drate metabolism dur­ing acute hy­per­ke­tone­mia,” S.G. Has­sel­balch, et.al, Am J Phys­iol, 1996, Vol. 270, E746-51.

19. “Ef­fect of hy­per­ke­tone­mia and hy­per­lac­ti­cacidemia on symp­toms, cog­ni­tive dys­func­tion, and coun­ter­reg­ula­to­ry hor­mone re­spons­es dur­ing hy­po­gly- cemia in nor­mal hu­mans,” T. Ven­eman, et. al., Di­abetes 43:1311-7 (1994).

20. “D-​b-​Hy­drox­ybu­tyrate pro­tects neu­rons in mod­els of Alzheimer’s and Parkin­son’s dis­ease,” Y Kashi­waya, et. al. in­clud­ing RL Veech, PNAS, May 9, 2000, Vol. 97 No. 10, 5440-5444.

21. “High car­bo­hy­drate di­ets and Alzheimer’s dis­ease,” Samuel T. Hen­der­son, Med­ical Hy­pothe­ses, 2004, Vol 62, 689-700 (An­oth­er ar­ti­cle of in­ter­est).

22. “Ef­fects of b-​Hy­drox­ybu­tyrate on cog­ni­tion in mem­ory-​im­paired adults,” MA Reger, ST Hen­der­son, et. al., Neu­ro­bi­ol­ogy of Ag­ing, 2004, Vol. 25, 311-314.

23. “Breast­feed­ing, in­fant for­mu­la sup­ple­men­ta­tion, and Autis­tic Dis­or­der: the re­sults of a par­ent sur­vey,” ST Schultz, et. al., In­ter­na­tion­al Breast­feed­ing Jour­nal, 2006, Vol. 1 No. 16. Oth­er Im­por­tant Re­sources “Ke­tones: Metabolism’s Ug­ly Duck­ling,” TB Van­Ital­lie, TH Nufert, Nu­tri­tion Re­views, Vol 61, No 10, 327-341. “Fu­el Metabolism in Star­va­tion,” GF Cahill, Jr., An­nu­al Re­views in Nu­tri­tion, 2006, 26:1-22. “Ke­tone Bod­ies as a Ther­apeu­tic for Alzheimer’s Dis­ease,” ST Hen­der­son, Jour­nal of the Amer­ican So­ci­ety for Ex­per­imen­tal Neu­roTher­apeu­tics, Vol 5, 470-480, Ju­ly 2008.

 

 

The information on this website is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent disease or to replace a one-on-one relationship with a qualified health care professional and is not intended as alternative to medical advice or other professional healthcare provider. It is intended as a sharing of knowledge and information from the research and experience of herbal practitioner and our community.  If you may be suffering from any medical condition, or experiencing symptoms or health problems, you should seek immediate medical attention consult  your qualified health care professional. Never delay seeking medical advice, disregard medical advice or discontinue medical treatment because of information on this website.

 
IBU PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3224 8721  Fax : +603-3224 2321 
Email : desaku@streamyx.com
DESAKU MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1, IKS Taman Sri BNO
45200 Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3213 8046
BioAsli  ©  Copyright 2005-2013  All Rights Reserved

 

Rangkaian Ahli

Kami menyediakan pelbagai menu untuk kemudahan anda

  Lupa ID & Kata Laluan
  Malay Version
  English Version
  Arabic Version

Ikut Kami Di

 

Keajaiban Minyak Kelapa Dara

Video : Klik Foto

Dr . Bruce Fife

Cancer & thyroid vs Virgin coconut oil

Dr . Newport

Penyakit Alzhimer sembuh dlm 37 hari

A Case study..click

Dr . Marcola

Experience the many benefit of v.coconut oil

More info..click

Dr.Howard

Virgin Coconut Oil health benefits for the body

Ressa

Weight loss with virgin coconut oil

Wak Saujud

Kencing Manis & Gout

Anak En.Azhar

Eczema sejak kecil, kini berangsur pulih.

Keluhan Isteri

Fahamilah wahai parasuamiku..

Sakit kulit

Psioriasis - kulat

Dr.Bambang

Prostat dan kesihatan

Testimoni

Resdung & Alahan

Prof. Dr.Maray

Vco the best of oil

World Model

VCO for hair & body lotion

Pn.Ana - JB

Luka kemalangan & gestrik

Mr. Alex

Coconut oil - boosts energy, boosts metabolism and is the safest oil

Justin Kunst

How to get a Faster Metabolism with Coconut Oil

Reduce Fat

Coconut Oil & Coffee and Ketosis-Amazing results!

Makes You Younger!

Secret Miracle "Trick"

Coconut Oil Diet 2011

Diet solution

Coconut Oil for Hair

Hair Secrect

Ian Blair Hamilton and Cassie Bond

Our story - Alzheimers' and Coconut Oil