Laman Utama   I   Produk   I   Syarikat   I   Usahawan Online   I  Galeri  I  Tips Produk   Testimoni   I  Hubungi Kami

Now...everybody can business online...click here... to go your Business Web pages...

Kategori Produk

 

 Kesihatan
   Kosmetik & Kecantikan
   Makanan & Minuman
   Suami Isteri
   E-load & SMS
   Blog & Kedai Online
 
 
TONIK RAMBUT BIOASLI
 
 
Bookmark and Share
    Tonik Rambut (Minyak Kelapa Dara)     Tonik Rambut (Minyak Argan)  
             
    Tonik Rambut Lelaki (T-POLO)     Tonik Rambut Wanita (T-HUGO)  
             
    Kelemumur Rambut     Keguguran Rambut  
             
    Tips Penggunaan     Testimoni Pengguna  
             
    Beli Produk     Leaflet Tonik Rambut  
   
 Tonik Rambut Lelaki (T-POLO)
 Tonik Rambut Wanita (T-HUGO)
       
 
 

 

 

Rambut adalah mahkota buat wanita. Menjaganya bukan sukar namun tidak juga mudah. Tidak kena gaya ia mudah rosak, berkelemumur, gugur dan beruban sebelum masanya. Biar berkerudung, penjagaan rambut tetap diutamakan apatah lagi ia memerlukan lebih perhatian berbanding mereka yang tidak. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu mengundang masalah kelemumur yang serius.

Setiap individu perlu mengetahui analogi, fisiologi dan punca biasa untuk lebih memahami dan menjaga kesihatan rambut. Biasanya masalah kelemumur ini disebabkan beberapa perkara :

 
   

 

Seborrheic dermatitis (gatal-gatal, kulit kepala berminyak)
    Punca biasa menyebabkan kelemumur. Ia kelihatan merah, kulit kepala berminyak diselaputi keruping putih atau kuning. Ia bukan sahaja berlaku pada kulit kepala malah di kawasan kulit yang mengandungi liang minyak, seperti kening, tepi hidung, belakang telinga, tulang dada, celah kelangkang dan kadangkala pada bahagian ketiak.

Seborrheic dermatitis juga boleh berlaku dari usia bayi dilahirkan (ruam lampin) dan beransur hilang pada usia satu tahun. Bagi mereka yang dijangkiti HIV, masalah ini lebih serius berbanding biasa. Biasanya doktor boleh mengenal pasti pesakit yang menghidap HIV berdasarkan keadaan kulit kepala mereka yang mengalami kegatalan serius hingga merebak ke bahagian lain. Stres juga boleh mengundang masalah seborrheic dermatitis menjadi lebih teruk.

     
   

 

Kulit Kepala Kering, Gatal & Berkeruping
    Ia disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.
     
 

Kurang Mencuci Rambut
    Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.
     
 

Psoriasis
    Masalah kulit berpunca daripada pengumpulan sel kulit mati yang menghasilkan keruping berwarna perak. Ia biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala.
   

 

 

Ekzema
    Jika anda penghidap ekzema, kelemumur adalah masalah biasa.
     
   

 

Sensitif Pada Sesetengah Produk
    Kadangkala sensitif kepada sesetengah jenis produk rambut menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.
     
 

Jangkitan Yis Malassezia
    Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun kadangkala, ia berkembang tanpa terkawal, merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil.

Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda.

Walaubagaimanapun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah sarah seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap dan semua masalah menyumbang kepada kelemumur.

 
 

 

 

Masalah keguguran rambut yang berisiko terjadi kepada setiap orang berkenaan turut mendorong ramai penyelidik untuk tampil menjalankan kajian. Antaranya, beberapa ahli akademik dari 2 universiti di Jerman iaitu Universiti Bonn dan Universiti Dusseldorf menjalankan kajian mengenainya. Mereka mendapati gen botak sememangnya diwarisi.

 

Sekumpulan penyelidik di Victoria, Australia mendapati, keguguran rambut di bahagian tengah dan hadapan kepala meningkat selari mengikut usia. Ia memberi kesan sehingga 57% wanita dan 73.5% kepada lelaki yang berusia 80 tahun ke atas. Laman web Perpustakaan Medem Medical turut melaporkan, kira-kira 40 juta lelaki di Amerika Syarikat berdepan dengan masalah MPHL.

Menurut laman tersebut, seorang daripada 4 lelaki mulai botak pada usia 30 tahun, dua pertiga mulai botak pada usia 60 tahun ke atas. Tambah laman itu, nisbah untuk mendapat gen botak adalah 4 dalam setiap 7 orang. Selain tekanan dan faktor genetik, faktor pemakanan tidak seimbang, penyakit tiroid, masalah sistem imunisasi, pengambilan dadah atau ubat-ubatan tertentu, kurang penjagaan rambut, trauma dan jangkitan kulit kepala boleh menyumbang kepada keguguran rambut dan botak.

 
 

 

 

Pertumbuhan rambut individu dewasa yang dipengaruhi oleh hormon seks iaitu androgen boleh mengalami fasa pertumbuhan di antara 2 hingga 6 tahun dengan kepanjangan kira-kira 0.35 milimeter (mm) sehari. Selepas fasa tersebut, proses pertumbuhan akan berehat untuk beberapa bulan. Rambut yang sihat dan normal memiliki beberapa ciri khas seperti berkilat, mudah lentur, tidak mudah patah dan boleh menyerap air.

Keguguran rambut di antara 50 hingga 100 helai sehari adalah normal namun jika ia tidak dipantau, keguguran mungkin akan menjadi lebih serius lebih-lebih lagi jika individu tersebut berada dalam kelompok berisiko tinggi untuk botak. Jika terdedah kepada persekitaran kotor dan berhabuk, kulit kepala yang sering gatal boleh mendapat jangkitan kuman atau alahan kepada bahan kimia. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, ruam akan timbul dan bagi kes serius, gelembung berisi air kesan daripada radang kulit akan terbentuk. Pada peringkat ini, individu tersebut boleh mengalami kebotakan serius.

 

 

 

 

Untuk mendapatkan rambut yang sihat, amalan mengambil makanan seimbang sangat penting. Meninggalkan diet secara keterlaluan boleh menyebabkan keguguran kerana hampir 90% komponen rambut terdiri daripada protein. Diet yang tidak sihat dan kurang mengambil protein akan menjadikan rambut lemah dan mudah gugur. Banyakkan pengambilan zat seperti kalsium dan zink kerana ia boleh menyihatkan rambut. Penjagaan kebersihan dan kesihatan rambut juga tidak boleh diabaikan. Rutin bersyampu sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dan pemilihan sikat yang sesuai mampu mengurangkan risiko keguguran rambut.

 

 

The information on this website is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent disease or to replace a one-on-one relationship with a qualified health care professional and is not intended as alternative to medical advice or other professional healthcare provider. It is intended as a sharing of knowledge and information from the research and experience of herbal practitioner and our community.  If you may be suffering from any medical condition, or experiencing symptoms or health problems, you should seek immediate medical attention consult  your qualified health care professional. Never delay seeking medical advice, disregard medical advice or discontinue medical treatment because of information on this website.

 
IBU PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3224 8721  Fax : +603-3224 2321 
Email : desaku@streamyx.com
DESAKU MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1, IKS Taman Sri BNO
45200 Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3213 8046
BioAsli    Copyright 2005-2013  All Rights Reserved

 

Rangkaian Ahli

Kami menyediakan pelbagai menu untuk kemudahan anda

  Lupa ID & Kata Laluan
  Malay Version
  English Version
  Arabic Version

Ikut Kami Di

 

Keajaiban Minyak Kelapa Dara

Video : Klik Foto

Dr . Bruce Fife

Kelebihan Minyak Kelapa Dara Untuk Kesihatan Rambut

Tips Rambut

Minyak Kelapa Dara Untuk Rambut

Rawatan Rambut

Minyak Kelapa Dara Untuk Rawatan Rambut

Rambut Sihat

Pertumbuhan Rambut Sekata

Rambut Menawan

Selamatkan Rambut Dengan Minyak Kelapa Dara

Minyak Rambut

Minyak Rambut Kelapa Dara

Rambut Kering

Minyak Kelapa Dara Untuk Rambut Kering

Model Dunia

MKD Untuk Rambut & Losyen Tangan

Argan Oil

The Golden Oil from Morocco

Rahsia Rambut

Rahsia Rambut Dari Minyak Kelapa Dara