<% id = Request.QueryString("id") %>
 Login                

 

 Katalaluan  
 Masuk

 

Home Syarikat Produk Testimoni Kenyataan Pakar Herba Terpilih SMS
Menu Sijil Halal Beli Iklan TV Banner  Anda Stokis Akhbar
Daftar -Free Hadiah-Free Pos-Free World Poo-Free Komisyen-20 Level Pertanyaan Katalog
 Bahasa Malaysia English Version
 

 
MENU
 

.Teh Herba Mas Cotek + Stevia

.Jus Mas Madu

. Herba Mas Cotek

. Herba Misai Kucing

. Madu Asli

. Buah Rozel

. Bijirin Habatus Sauda

 

No Telefon Syarikat

 
Darah Tinggi Tairoid Hilang berat badan Sakit Kulit Kronik Buasir Lemah & Lesu

 
Baru-Jus Herba Mas Madu
Khasiat Herba & Tenaga Segera !!!

Kandungan : Herba Mas Cotek + Misai Kucing + Habbatus Sauda + Rozal + Madu Asli

 

Mas cotek / Ficus deltoidea  Mistletoe fig (Moraceae)

 

 

PENGENALAN

Mas cotek atau nama saintifiknya, Ficus deltoidea ” dari famili moraceae ” adalah sejenis tumbuhan meliar yang menumpang di atas pokok lain (epifit). Biasanya hidup di kawasan perbatuan dan pergunungan. Merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dikalangan pengamal perubatan tradisional. Terdiri dari jenis jantan dan betina dengan pelbagai bentuk daun mengikut habitat asalnya. Selain Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila), mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan. Selain dicampur antara daun jantan dan betina dari pelbagai jenis, bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan, juga  berkesan untuk perawatan berbagai penyakit.

Mas cotek dikenali juga dengan berbagai nama seperti sempit-sempit dan agoluran bagi penduduk Sabah, Serawak dan kepulauan Kalimantan, tabat barito, bagi masyarakat Indonesia, dan beberapa nama lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera bagi masyarakat di beberapa daerah lain. Di Afrika, ia dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Sementara di beberapa daerah lain ia juga dipanggil sebagai emas cotek, pokok barito, pokok raja ubat dan secotek emas. Dalam bidang botani dinamakan sebagai Ficus deltoidea

Nama mas cotek diberi atas sebab terdapatnya bintik-bintik halus berwarna emas pada permukaan atas setiap helaian daunnya. Malah pada buahnya terdapat titik yang berwarna merah muda. Di Malaysia, telah dikenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis yang tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea. Tumbuhan yang dikenali sebagai ara juga merupakan salah satu spesis keluarga Ficus deltoidea. Ficus deltoidea Jack atau Mistleteo fig adalah diantara spesis yang diklasifikasikan secara saintifik dan ianya tergolong dalam keluarga Moraceae. Walaupun begitu emas cotek bukanlah parasit. Benihnya dipercayai disebarkan oleh burung yang memakan buahnya.

Klasifikasi Mas cotek (Ficus Deltoidea)

Division

Magnoliophyta

Class

Magnoliopsida

Order

Rosales

Family

Moraceae

Genus

Ficus

Species

Ficus detoidea

Jenis Tanaman :

Mas cotek adalah sejenis tumbuhan meliar yang menumpang diatas pokok lain (epifit) dan biasa juga hidup kawasan perbatuan di pergunungan. Sebenarnya terdapat lebih dari 80 jenis mas cotek, antaranya mascotek kelitik kering, delima sudu, payudara kecil, telinga beruk, telinga kera, raja mas cotek, pitis sekeleng kecil dan lain-lain lagi. Ia dibezakan melalui bentuk daun, bentuk urat daunnya dan lain-lain lagi. Setiap jenisnya mempunyai peranan masing-masing dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kerana antara kandungan yang terdapat dalam mas cotek ialah Naringin yang tergolong dalam flavonoid dan bersifat antioksida.

Daun :

Daun mas cotek berbentuk lebar dan permukaannya licin berkilat. Tepi daun berombak dan garisan halus berwarna jingga. Dipermukaan atas daun, berwarna hijau muda. Manakala bahagian bawah daun pula hijau kejinggaan.

Batang :

Batangnya tumbuh menegak ke atas, bulat, licin, berwarna kelabu dan agak rapuh.

Buah :

Buahnya kelihatan bersegi dan menarik. Berbentuk hampir bulat dan bewarna hijau muda. Dihujung buah mas cotek terdapat tanda merah muda. Tunas batang pada buahnya pendek dan tumbuh jarang-jarang antara satu sama lain

Pengkelasan mas cotek 

Secara tradisi, nama tempatan serta pengkelasan jenis mas cotek dilakukan mengikut spesis seperti delima sudip, serapat angin, telinga gajah, telinga kera, telinga beruk dan sebagainya. Di Malaysia, spesis serapat angin banyak terdapat di bahagian pantai timur Semenanjung terutamanya di negeri Terengganu. Spesis telinga beruk dan telinga gajah pula, banyak terdapat di negeri Kelantan. Delima sudip boleh diperolehi di kawasan tengah dan selatan semenanjung, manakala telinga kera banyak terdapat di bahagian utara Semenanjung.

Secara tradisinya mas cotek boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu:

 a)     Mas cotek jantan

 b)     Mas cotek betina

Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat diantara spesis mas cotek jantan dan spesis mas cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daunnya. Jenis yang berdaun kecil, tirus, nipis dan ringan lebih dikenali sebagai pokok mas cotek jantan. Bahagian belakang daun mas cotek jantan juga terdapat bintik berwarna merah. Pada kebiasaannya, daun-daun ini mempunyai satu bintik merah, namun terdapat juga daun yang mempunyai dua dan tiga bintik merah.

Bagi mas cotek jenis betina pula, rupa bentuk daunnya adalah lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibandingkan dengan spesis jantan. Sama seperti daun jantan, daun betina juga mempunyai bintik pada bahagian belakang daunnya. Warna bintik pada daun betina bukannya berwarna merah, akan tetapi ianya berwarna hitam. Selain itu, urat daun betina kelihatan lebih jelas di bahagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan.

Mengikut konsep ‘Doctrine of signature’, bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan mas cotek menggambarkan kegunan herba itu untuk rawatan penyakit. Secara tradisi, daun mas cotek digunakan oleh golongan wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim, memperbaiki peredaran darah, mengembalikan tenaga, merawat masalah berkaitan peredaran darah, dan dijadikan sebagai minuman herba untuk kesihatan serta kecantikan.

Bagi pengamal perubatan tradisional, mas cotek juga berupaya  mencegah dan menyembuh beberapa jenis penyakit sekiranya diamalkan dengan betul seperti penyakit paru-paru berair, kencing manis, lemah jantung, darah tinggi dan cirit-birit. Dalam hal ini, kebanyakan pengamal perubatan tradisional mensyorkan mas cotek diamalkan sebagai minuman teh herba.

 

Sebatian Semulajadi dalam mas cotek

 

Kajian yang pernah dibuat oleh Universiti Malaya (UM) serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) tumbuhan ini mengandungi empat bahan aktif yang diperlukan badan manusia iaitu :

Kandungan

Kegunaan

Flavonoid

Anti-oksida yang kuat, yang mana membantu mengekalkan peredaran darah yang sihat, anti-radang, anti-rival, melindungi hati dan estrogen

Tannins

Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan (cirit-birit) dan melindungi tisu rosak seperti exzema  atau melecur

Triterpenoids

Membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu penyerapan nutrien

Phenols

 

Kurang serta menghilangkan bengkak dan anti-septik

Kajian  menunjukkan bahawa mas cotek mengandungi lima bahan aktif yang sangat diperlukan oleh sistem tubuh badan manusia iaitu Flavonoid, Tannins, Triterpenoids, Proanthocyanins dan Phenols. Bahan-bahan ini disahkan berkemampuan membantu minda dalam mengingat dan menumpukan perhatian serta merawat masalah kurang daya tumpuan. Juga mampu melancarkan keberkesanan Vitamin C didalam rangkaian Anti-Oksida, mengawal Nitrit Oksida dan peredaran darah, mengawal pengoksidanan LDL (kolestrol jahat) dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

 

Kegunaan dan khasiat mas cotek

 

Mas cotek dikatakan merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun mas cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar.

Untuk perubatan, pokok ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Minum airnya bila suam. Ia juga boleh digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair. Selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan (sebanyak 3-5 biji sehari) untuk menyihatkan badan

Air rebusan daun, batang, akar, dan buah mas cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun mas cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.

Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.

 1. Herba mas cotek dipercayai dapat menyembuhkan, membetulkan kerosakan urat saraf dan mengekalkan keayuan serta awet muda.

2. Herba mas cotek dipercayai dapat diminum sebagai tonik kaum wanita dan sering digunakan untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal serta mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.

3. Herba mas cotek dapat dipercayai boleh merawat sakit paru-paru berair, kencing manis, buasir, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit dan meningkatkan keinginan seks lelaki dan wanita.

4. Herba mas cotek dipercayai dapat membantu mengatasi masalah-masalah berkaitan kaum wanita seperti keputihan dan membantu menambah tenaga.

Antaranya penyakit yang dapat dibantu:

1.     Mengeluarkan toksin dalam badan

2.     Melancarkan perjalanan darah

3.     Sakit urat saraf

4.     Gout

5.     Kencing manis

6.     Darah tinggi

7.     Membuang kolestrol dan lemak

8.     Buasir

9.     Migraine /sakit kepala

10.   Paru-paru berair

11.   Pemulih tenaga batin

12.   Sakit puan

13.   Senggugut

14.   Sakit pinggang

15.   Keletihan

16.   Masalah tidur

17.   Rangsangan hormon lelaki

18.   Mengecutkan rahim peranakan

19.   Merapatkan pintu rahim

20.   Sakit lutut

21.   Mencantikkan dan melicinkan kulit

         22.   Demam/ Selesema      

                             

Amalan

 

Cara-cara merebus dan mengamalkannya:

  1. Herba mas cotek hendaklah direbus sebanyak 6 liter air atau bersamaan dengan 4 x 1.5 liter air saiz botol air mineral sehingga mendidih atau selama 45 minit sehingga pati dari batang, daun, buah, ranting dan akarnya keluar.
  2. Tapis air rebusan tadi dan batang daun hasil rebusan mas cotek tadi. Anda boleh menyimpan air rebusan mas cotek ke dalam peti ais (agar tahan lebih lama) atau di luar (habiskan sebelum 3 hari).
  3. Amalkan meminum air rebusan mas cotek sekurang-kurangnya 5 – 6 gelas sehari dan amalkan sebagai minuman harian.
  4. Tiada jangkaan had umur untuk mengamalkan air herba ini.
  5. Minuman seisi keluarga ini sesuai untuk semua jenis jantina.

 

 

PERINGATAN:-

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa segala maklumat, keterangan dan testimoni yang dipaparkan tidak wajar dijadikan sebagai panduan mutlak (tanpa merujuk kepada ahli perubatan @ doktor) bagi tujuan untuk mengenal pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan khidmat nasihat dan diagnostik ahli perubatan @ doktor yang bertauliah untuk mengenal pasti penyakit dan rawatan. Manakala segala testimoni yang ada, merupakan pengalaman sebenar pengguna. Sebahagiannya sudah diuji secara klinikal, manakala sebahagian lainnya belum lagi diuji sedemikian.   

   

 

.
 
Desaku Maju Marketing
(SA0030870-W)
NO.15 Jalan PPSL1
Pusat Perniagaan Sg.Lias
45300 Sg. Besar, Selangor, Malaysia
Tel : 03-3224 8721  Fax : 603-3224 2321
email : desaku@streamyx.com
© Copyright 2005.   All Right Reserved