<% id = Request.QueryString("id") %>
 Login                

 

 Katalaluan  
 Masuk

 

Home Syarikat Produk Testimoni Kenyataan Pakar Herba Terpilih SMS
Menu Sijil Halal Beli Iklan TV Banner  Anda Stokis Akhbar
Daftar -Free Hadiah-Free Pos-Free World Poo-Free Komisyen-20 Level Pertanyaan Katalog
 Bahasa Malaysia English Version
 

 
MENU
 

.Teh Herba Mas Cotek + Stevia

.Jus Mas Madu

. Herba Mas Cotek

. Herba Misai Kucing

. Madu Asli

. Buah Rozel

. Bijirin Habatus Sauda

 

No Telefon Syarikat

 
Darah Tinggi Tairoid Hilang berat badan Sakit Kulit Kronik Buasir Lemah & Lesu

 
Baru-Jus Herba Mas Madu

Khasiat Herba & Tenaga Segera !!!

Kandungan : Herba Mas Cotek + Misai Kucing + Habbatus Sauda + Rozal + Madu Asli

 

MISAI KUCING : Orthosiphon stamineus, Benth/ Orthosiphon aristatus

 

 

PENGENALAN

Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, berukuran 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

 Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Pokok Misai Kucing

Nama Tempatan    :  Misai kucing

Nama Saintifik      :   Orthosiphon aristatus /stamineus benth

Nama Lain            :  Kumis kucing, cat whisker, kabling gubat, remujung, Javatee,             

                              Lamiaceae, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher

                              Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea, Koemis

                              Koetjing and Yaa Nuat Maeo.

Latin name           :  Orthosiphon spicatus

Famili                  :  Lamiaceae     

Keterangan:   

Tumbuhan yang pada asalnya dari klasifiksi liar ini mula banyak ditanam dan popular sebagai tumbuhan taman kerana bunganya yang cantik. Mudah membiak melalui keratan batang dan memerlukan medium yang agak lembab untuk hidup dengan subur. Misai kucing ialah herba bukan semusim dan ia boleh hidup lama.Ia kaya dengan kalium. Tumbuhan ini mula menarik perhatian para pengkaji antarabangsa apabila ia mula diperkenalkan sebagai teh di Eropah pada awal kurun ke20.

Klasifikasi pokok misai kucing

Division

Magnoliophyta

Kelas

Magnoliophyta

Oder

Lamiales

Famili

Labiatae@Lamiaceae@Lippenblutengewachse

Genus

Orthosiphon

Spesies

O. Stamineu

Nama binomial

Orthosiphon stamineus, Benth

 

Kegunaan

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah),  Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

Huraian

Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang. Kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang. Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita.  

Penyelidikan semasa telah mengenal pasti kesan-kesan Misai Kucing sebagai berpunca daripada komponen fenolik dan flavonoid. Sebatian-sebatian ini merangsang pembersihan sel dan perlindungan yang lebih baik melalui beberapa kaedah. Pertama, ia meningkatkan pembuangan asid metabolik dan natrium melalui ginjal (buah pinggang), yang dipanggil diuresis, dengan cara yang tidak memudaratkan ginjal. Ini menjadikannya antara bahan diuretik paling selamat di kalangan ubatan herba. Sesetengah daripada hasil penyelidikan awal terhadap herba ini telah dibuat berhubung usaha menilai kegunaannya sebagai rawatan tradisional untuk menghapuskan batu karang. Ia merupakan salah satu daripada segelintir bahan herba yang telah diluluskan oleh kerajaan Jerman untuk meningkatkan isi padu air kencing bagi mencegah batu karang. Ia disyorkan khusus untuk mencegah pembentukan batu karang akibat asid urik. Dos saranan untuk herba kering ialah 300 - 800 mg sehari, yakni kira-kira 1.5 - 4 gram daun segar.

Selain itu, daun misai kucing juga digunakan sebagai rawatan sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam. Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai bahan antialergi, gout, athritis (radang sendi) dan reumatik (sengal-sengal atau lenguh) kerana ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot. Bila asid-asid ini terkumpul secara berlebihan pada tisu-tisu, ditambah pula dengan sistem pengedaran yang lemah, itulah yang menyebabkan kesakitan dan radang pada sendi dan otot. Disamping itu juga, misai kucing digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Penyelidikan juga telah mendapati ianya bersifat antiseptik.

Para penyelidik daripada Fakulti Farmasi, Universiti Fukuyama, Jepun telah mendapati bahawa sesetengah daripada sebatian herba ini menggalakkan penurunan secara berterusan terhadap tekanan darah sistolik melalui tindakan vasodilasi (pengembangan pembuluh darah), penurunan keluaran kardiak dan tindakan diuretik dalam penghapusan natrium. Ini menerangkan dengan jelas kesan-kesan positif herba ini dalam rawatan hipertensi yang mana telah berlaku penggunaan herba ini secara berdokumen sebagai rawatan tradisional di Indonesia selama ratusan tahun yang lalu. Dalam satu kajian yang hasilnya diterbitkan pada tahun 2007 oleh Pusat Kajian Sains Farmaseutik di Universiti Sains Malaysia herba ini didapati mengandungi sifat-sifat antioksidan dan penghapus radikal bebas. Ini juga mengesahkan penggunaannya secara tradisional dalam merawat masalah hati, kerana ia telah terbukti merangsang perlindungan hati daripada keracunan bahan toksik secara bergantung pada dos (dosedependent).

Pakar ubatan herba tradisional Indonesia juga telah menggunakan herba ini untuk merawat diabetes (kencing manis) dan kesannya disahkan apabila pada tahun 2007 para penyelidik daripada Jabatan Farmakologi, Universiti Chulalongkorn di Bangkok, Thailand menerbitkan laporan berhubung kesan Orthosiphon terhadap glukosa darah pada tikus yang diaruh supaya berpenyakit diabetes. Kajian berkenaan menunjukkan bahawa dalam satu ujian ketahanan glukosa, pati Orthosiphon (0.2 - 1.0g/kg) menurunkan kepekatan glukosa plasma dengan ketara secara bergantung pada dos (dose-dependent) pada tikus biasa dan tikus berdiabetes. Menjelang tamatnya kajian ini profil lipid juga telah bertambah baik dengan kepekatan gliserida plasma lebih rendah pada tikus berdiabetes yang dirawat dengan pati ini berbanding tikus yang tidak dirawat, manakala tahap kolesterol Lipoprotein Ketumpatan Tinggi (kolesterol baik) juga naik secara ketara pada tikus berdiabetes yang dirawat dengan pati ini. Ini merupakan satu contoh baik penggunaan ubat tradisional yang disokong dengan pengesahan saintifik bagi setiap kegunaannya secara tradisional. Paling penting   sekali, herba ini menawarkan rawatan sokongan yang selamat dan berkesan bagi masalah berhubung penuaan yang paling sering berlaku, yakni sakit dan sengal sendi, hipertensi, diabetes dan kolesterol tinggi.

Secara ringkasnya kepentingan daun misai kucing adalah seperti berikut:

  • Mengandungi sifat-sifat anti alergi, antihipertensi, anti inflamatori dan diuretik.
  • Digunakan untuk merawat areriosklerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), ghout, batu karang, batu hempedu, diabetes dan reumatisme. Bersifat anti fungi dan anti bakteria.
  • Salah satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kecil pesakit.
  • Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran kencing).

 Sila klik : Kebaikan Misai Kucing

Kandungan  kimia misai kucing dan khasiat kesihatannya

#

Bahan aktif

Kesan Pharmakologi / Aktiviti biologi

1.

Beta-karyophyllene

Agen Anti-Inflammatory (bukan-steroid)
Antibakterial

Agen Anti-inflammatory yang bukan steroid. Juga punya kesan analgesik, antipyretik, dan platelet-inhibitory actions. Digunakan terutamanya untuk merawat  arthritis kronik dan sebahagian soft tissue disorders yang berkaitan dengan sakit dan radang.

2.

Alpha-humulene

Antitumor
Antibakteria

Induser kepada aktiviti antitumor.

3.

Caryophyllene epoxide

Fungicidal, Anticholinesterase

Fungicidal – menghalang kehidupan fungus.
Anticholinesterase – menghalang aktiviti cholinesterases, termasuk acetylcholinesterase.

4.

Eupatorin

#Antibakteria; Anticarcinomik; Antimalaria; Cytotosik; Emetik; Immunostimulant;Parasiticide; Plasmodicide;

Antioksidan.
Flavonoid yang menghalang oxidative inactivation of 15-lipoxygenase.

5.

Sinensetin

Fungicide, Pesticide

Anti pelekatan terhadap platelet

6.

Scutellarine tetramethyl ethers

 

 

7.

Salvigenin

 

Penenang

8.

7,3',4’-tri-O-methylluteolin

 

 

9.

5-hydroxy-6, 7’,3',4’-tetramethoxyflavone

 

Menghalang dan mengurangkan penyakit cardiovascular dan ketidakselarasannya.

10.

Ladanein

 

 

11.

6-hydroxy-5, 7’,4'-trimethoxyflavone

 

 

12.

2,3-dicoffeoyltartrate

 

 

13.

Rosmarik asid

 

Antiphlogistik, antiexudatif, antiinflammatory, antiallergik, antioksidan

14.

2-caffeoyltartrate

 

 

15.

Terpenoids

 

Masih dalam kajian terhadap sifat antibakteria dan antineoplastiknya

16.

Diterpene ester

 

 

17.

Orthosiphole A to E (diterpene dibenzoyl diacetyl ester of primarane type)

 

 

18.

Neoorthosiphol A and B

Antihipertensif

Rawatan untuk hipertensi

19.

Orthosiphole F to J

 

 

20.

Staminol A and B

 

 

21.

Norstaminol A

 

 

22.

Orthochromene A (benzochromene)

Antihipertensif

 

23.

Aglycone hederagenin (Triterpene saponins)

 

Sapogenin glycosides. Sapogenins adalah beracun terhadape lower forms of life  dan Hemolitik punya kekuatan bila di dalam aliran darah.Mampu menyerap dan mencairkan sel darh merah.

24.

Alpha-carotene

Antioksidan. Anti-carcinogenik.
#Antikancer (liver/paru-paru/kulit)

Sejenis karotenoid. Karotenoids dikenali juga sebagai "provitamin A" kerana tubuh tidak dapat mengubahnya kepada retinol, iaitu satu bentuk vitamin A.

Karotenoids dapat melindungi sel dari kesan kerosakan dari radikal bebas.sumber vitamin A, merangsang fungsi sistem imunisasi dan sistem reproduktif

Penghalang kanser, 10 kali ganda lebih dari anti-karcinogenik/anti-proliferan dari beta-karotene.

25.

Beta-karotene

#Allergenik; Androgenik?; AntiPMS; Antiacne; Antiaging; Antiasthmatik; Antikanser;Antikarsinomik; Antikoronary; Antihiperkeratotik; Antiichithiotik; Antileukoplakik; Antilupus; Antimastitik; Antimutagenik; Antioksidan; Antiozenik; Antiphotophobik; Antipitiriasik; Antiporphirik; Antiproliferant; Antipsoriak; Antiradikular; Antistress; Antitumor; Antiulser; Antixerophthalmik; Kanser-Preventif; Immunostimulant; Interferon-Synergist; Mucogenik; Phagositotik; Prooksidan; Thymoprotektif; Ubiquiot;

Karotenoid adalah perintis kepada VITAMIN A. Ia berperanan untuk mengurangkan keparahan photosensitivity reactions bagi pesakit yang mengidap erithropoietik protoporphiria (PORPHYRIA, ERYTHROPOIETIC). (From Reynolds JEF(Ed): Martindale: The Extra Pharmacopoeia (electronic version). Micromedex, Inc, Engewood, CO, 1995.)

Beta-karotene supplemen sedang dikaji keupayaannya untuk mengurangkan sebahagian dari  risiko kanser dan penyakit jantung.

Merangsang sistem imunasi. Berperanan dalam pembentukan dan memperbaiki tisu.

26.

Crptoxanthin

Agen Antikarsinogenik , Antimutagenik

Menghalang dan mengurangkan pembentukan penyakit kanser.

27.

Beta-zeakarotene

Antioksidan

Sejenis karotenoid. Karotenoid dipanggil juga "provitamin A" kerana tubuh boleh mengubahnya kepada retinol, sejenis vitamin A yang aktif.

28.

Neo-beta-karotene

Antioksidan

Sejenis karotenoid.

29.

Alpha-karotene oxide

 

 

30.

Vomifoliol

 

 

31.

Aurantiamide acetate

 

Ia memperlahan pembentukan tumor samada pada peringkat awal atau pada peringkat yang sudah kronik dengan tiada meninggalkan kesan sampingan.

32.

Oleanolik asid

 

Abortifacient; Anti-HIV EC50=1.7 ug/ml; Anti-HIV
Antidiabetik

33.

Ursolic asid

#Analgesik; Anti-HIV EC50=2.0 ug/ml;
Anti-HIV IC50=6.5 ug/ml;
Anti-HIV IC85=18 ug/ml; AntiEBV; Antiarthritik; Antikariogenik;
Antiholestatik 28-100 mg/kg orl;
Antidiabetik; Antiedemik;
Antihepatotoxik 5-20 mg/kg ipr; Antihistaminik; Antihiperlipidemik; Antiinflammatory 1/3x indomethacin; Antiinflammatory IC24=500 mg/kg; Antileishmanic ED50=20 uM; Antileukemik; Antilimphomik; Antimutagenik; Antiobesiti?; Antioksidan; Antiproliferatif IC50=15-20 uM; Antistaphilococcic; Antitumor; Antitumor (Breast) 0.5% diet; Antitumor (Breast) IC50=15-20 uM; Antitumor (Colon); Antitumor (Lung); Antitumor (Stomach) IC50=15-20 uM; Antitumor-Promoter; Antiulcer; Antiviral IC85=18 ug/ml; Aromatase-Inhibitor; CNS-Depressant; Cancer-Preventive; Choleretik 5-20 mg/kg orl; Cytotosik 50 ppm; ED50=3.75 ug/ml; Diuretik; Hepatoprotectif; Hypoglicemik; Lipoxygenase-Inhibitor IC50=0.18 mM; Piscicide; Potassium-Sparing 3 mg/rat; Protease-Inhibitor IC85=18 ug/ml; Protisticide; Sodium-Sparing 3 mg/rat

 

 

 

 

PERINGATAN:-

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa segala maklumat, keterangan dan testimoni yang dipaparkan tidak wajar dijadikan sebagai panduan mutlak (tanpa merujuk kepada ahli perubatan @ doktor) bagi tujuan untuk mengenal pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan khidmat nasihat dan diagnostik ahli perubatan @ doktor yang bertauliah untuk mengenal pasti penyakit dan rawatan. Manakala segala testimoni yang ada, merupakan pengalaman sebenar pengguna. Sebahagiannya sudah diuji secara klinikal, manakala sebahagian lainnya belum lagi diuji sedemikian.   

   

 

.
 
Desaku Maju Marketing
(SA0030870-W)
NO.15 Jalan PPSL1
Pusat Perniagaan Sg.Lias
45300 Sg. Besar, Selangor, Malaysia
Tel : 03-3224 8721  Fax : 603-3224 2321
email : desaku@streamyx.com
© Copyright 2005.   All Right Reserved