Delima Collagen | BIO-ASLI

Delima Collagen

Delima Collagen

RM 80.00 RM 70.00
Not Available

Kod : DCOLLAGEN Berat : 500 gram Share :
Delima Collagen

DELIMA COLLAGEN

Delima Collagen diformulasi dengan esktrak buah-buahan terbaik seperti buah delima, manggis serta diadun bersama Pure Marine Collagen dan Vitamin C (di ambil dari buahan) untuk membantu tubuh melawan sel-sel kanser dan radikal bebas dari udara persekitaran. Gabungan hebat ini membantu tubuh menjadi lebih aktif, sihat, bertenaga, lebih putih serta menawan.


PURE MARINE COLLAGEN


Kolagen secara semulajadi adalah satu komponen protein penting dalam tubuh manusia yang terdapat dalam tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Menurut kajian, 30% dari jumlah protein dalam keseluruhan tubuh manusia adalah terdiri daripada kolagen. Kulit manusia akan mengendur selari dengan perubahan usia. Selain itu, radikal bebas dari udara sekeliling juga menyebabkan struktur kulit rosak. Untuk melambatkan proses kedutan dan menghalang radikal bebas ini, sel-sel kulit memerlukan protein kolagen yang banyak dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan sel-sel baru yang kuat dan sihat. Pure Marine Collagen mengandungi kolagen yang terbaik, di ambil dari komponen tubuh ikan yang terpilih dan ditangkap di laut Korea Selatan. Diproses dengan teknologi terkini tanpa menghilangkan keaslian dan kualiti protein kolagen tersebut. Pengambilan kolagen ini dapat menambah kuantiti protein kolagen semulajadi dalam tubuh manusia dan menjadi lebih aktif untuk menjadikan kulit awet muda dan tegang.


VITAMIN C


Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pada sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat. Kekurangan vitamin c boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif. Vitamin C adalah penting untuk metabolisma yang sihat kepada fungsi tubuh badan dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita. Tubuh manusia tidak boleh menghasilkan Vitamin C. Ia perlu diambil dari luar seperti pemakanan sayur-sayuran serta buah-buahan.


BUAH DELIMA


Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan di makan dalam mengimbangi pemakan sempurna dari kelas buah-buahan. Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia samada sebagai buah-buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar.


BUAH MANGGIS



Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Terutama di bahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an. Dan manggis telah dihasilkan dalam bentuk jus supaya enak diminum selain dari mendapatkan hasil yang menakjubkan. Pelbagai masalah penyakit dapat diatasi dengan minum jus manggis asli. Tiada pengawet, perisa asli dan tidak ditambah gula. Khasiat XANTHONE iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti ekzema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, melecur, penyakit darah tinggi, kencing manis, kolesterol, keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak serta pelbagai lagi masalah.

FAKTA NUTRISI

Saiz Hidangan / Serving Size : 30g
Hidangan Per Pek / Serving Per Package : 12
Jumlah Purata (Average Amount)Setiap Hidangan (Per Serving)Setiap 100g (Per 100g)
Tenaga / Energy115kcal(481kJ)382kcal(1604kJ)
Karbohidrat / Carbohydrate24.4g81.5g
Lemak / Fat0.0g0.0g
Protein4.2g14.0g

BAHAN-BAHAN

Gula, Pure Marine Collagen, Vitamin C, Ekstrak Buah Delima, Ekstrak Buah Manggis dan Kondisioner Makanan Yang Dibenarkan.
Berat : 30 g x 12 sachet

TIPS PENGAMBILAN DELIMA COLLAGEN

  1. Campurkan 1 sachet Delima Collagen bersama 200 ml air masak.
  2. Kemudian, kacau sehingga sebati dan sedia untuk diminum.
  3. Pengambilan adalah 2X sehari, pada waktu tengahari 30 minit sebelum makan tengahari, semasa perut kosong kerana memudahkan nutrisi untuk menyerap ke dalam tubuh dan waktu malam sebelum tidur.
  4. Setelah 1-2 minggu atau sudah nampak kesan, pengambilan delima collagen boleh dikurangkan dengan 1X sehari pada waktu malam sebelum tidur.
*Selepas pengambilan Delima Collagen, elakkan minum minuman yang mengandungi kafein dan berkarbonat.

Bio-Asli HQ
No. 15 Jalan PPSL 1,
Pusat Perniagaan Sungai Lias,
45300 Sungai Besar, Selangor
+(6017) 538-8482
Isnin-Jumaat
8:30 pagi - 5.30 petang
desaku_bioasli@yahoo.com
24 X 5 online support
TOP