SYAMPU KELAPA DARA
Diperkaya
dengan nutrien Minyak Kelapa Dara, Tocotrienol dan Bio-Enzim. Minyak
Kelapa Dara yang terdiri daripada MCFA, adalah sumber tenaga ampuh bagi
pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat, selain sifat anti virus, anti
bakteria, anti kulat dan anti protozoa yang sangat baik untuk melindungi
kulit kepala. Sementara Tocotrienol merupakan anti oksida terbaik bagi
menghalang tindakbalas radikal bebas, manakala Bio Enzim berfungsi
sebagai "catalyst" kepada seluruh aktiviti sel-sel kulit dan rambut. Ia
benar-benar membersihkan, menyegarkan dan memelihara rambut dan kulit
kepala serta mencegah kelemumur. Ia sesuai untuk semua jenis rambut.
Syampu
Kelapa Dara BioAsli merupakan pilihan anggun. Ekstrak tulen daripada
minyak kelapa dara, terkenal sebagai "terapi rambut semulajadi".
Kualitinya yang melindungi rambut serta kulit kepala mengikut struktur
semulajadi. Ekstrak tersebut bertindak sebagai pelincir pada rambut
serta melembutkan struktur rambut.
MINYAK KELAPA DARA
Merupakan
salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam
pertumbuhan rambut yang sihat. Urutan kepala dengan minyak kelapa dara
memastikan bahawa kulit kepala bebas daripada kelemumur, kutu dan telur
kutu, bahkan jika kulit kepala anda kering. Minyak kelapa dara banyak
digunakan di benua India untuk rawatan rambut. Ia merupakan penyejuk
yang sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang
rosak. Ia juga berkhasiat dan menyediakan protein penting yang
diperlukan untuk rambut rosak.
TOCOTRIENOL
Adalah
anti-oksidan yang mampu melindungi kulit dari kesan tindakbalas radikal
bebas, meningkatkan kesihatan kulit dan mencegah penuaan kulit. Selain
itu juga, ia amat berkesan membantu meningkatkan imuniti badan dan
menghindarkan penyakit. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam
kawalan sistem imunisasi badan serta berkeupayaan mengurangkan
kolesterol dan kesan anti-kanser.
MADU
Adalah
campuran beberapa jenis gula dengan air dan mengandungi sedikit
bahan-bahan seperti logam, asid dan enzim. Madu yang dihasilakan pula
mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk
meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Madu berfungsi untuk
menjadikan rambut berkilau. Selain itu, madu juga mampu menjaga dan
menyihatkan kulit kepala serta rambut.
MINYAK ZAITUN
Kaya
dengan zat dan mineral. Ia dikenali sebagai "Penawar Herba" kepada
rambut dan kulit kepala. Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam
minyak zaitun dapat menembusi kulit kepala dengan mudah serta
menyihatkan, melindungi dan melembutkan rambut serta sentiasa
mengekalkan kesuburan rambut. Kandungan vitamin A dan E, membantu
mencegah sinaran matahari dari merosakkan rambut.
BIO-ENZIM
Adalah
merupakan "catalyst" yang mampu meningkatkan keampuhan dan kesihatan
sel-sel kulit. Enzim terdiri daripada pelbagai jenis protein yang
bekerja untuk mendorong reaksi kimia yang diperlukan untuk tindakan
tertentu atau gizi. Bagi penggunaan kosmetik, enzim yang digunakan mampu
untuk membantu sel kulit bertindakbalas terhadap sebarang radikal dan
masalah.
Penggunaan Syampu Kelapa Dara secara berterusan menjadikan rambut anda :-
- Lembut dan bermaya.
- Lebih hitam dan bersinar.
- Lebih mudah diurus.
- Menghuraikan masalah rambut kasar.
- Membantu memperbaiki tekstur rambut rosak akibat perwarnaan, pengeringan dan pelurusan rambut.
BAHAN-BAHAN
Air,
Sodium Laureth Sulphate, Cocamidopropyl Betaine, PEG-120 Methyl Glucose
Trioleate, Methylchloroisothiazolinone, PEG-40 Hydrogenated, Castor
Oil, Minyak Kelapa Dara, Bio-Enzim, NaCI dan Pewangi.
BERAT : 500ml
*Untuk Kegunaan Luaran Sahaja.
CARA PENGGUNAAN
Tekan sedikit pada tapak tangan dan oleskan pada rambut, biarkan sehingga 5 minit dan kemudian dibilas.