Minyak Argan
adalah minyak yang
dihasilkan dari biji pokok
Argan yang penuh dengan
khasiat semulajadi untuk
kosmetik dan kesihatan
tubuh badan manusia secara
dalaman dan luaran. Pokok
Argan tergolong dalam
spesies randa dapat hidup
dalam cuaca dan keadaan muka
bumi yang kering-kontang di
bahagian barat daya Maghribi
menjadikan ianya sangat
istimewa dan unik serta amat
sukar untuk di biakkan atau
di tanam di mana-mana
bahagian Maghribi ataupun
negara lain.
Pokok Argan atau nama
saintifiknya
Argania Spinosa
pernah meliputi Afrika Utara
dan kini terancam serta
berada di bawah perlindungan
United Nations Educational,
Scientific and Cultural
Organization
(UNESCO). Pokok Argan
tumbuh meliar di semi-padang
pasir dengan sistem akar
yang dalam, dapat membantu
melindungi hakisan tanah di
Utara Sahara. Tumbuhan unik
ini hidup di kawasan yang
meliputi dataran
Intramontane yang luas lebih
daripada 2,560,000 hektar,
yang bersempadan dengan
High Atlas dan Little
Atlas Mountains dan
terbuka kepada Atlantik
di barat. Minyak Argan kekal
salah satu daripada minyak
yang jarang ditemui di dunia
disebabkan oleh
kawasan-kawasan yang semakin
kecil dan sangat khusus.
Pokok
Argan
Biji
Argan
Minyak
Argan
Kambing
Argan
Fakta Menarik Mengenai
Minyak Argan
Fakta 1
"Pada tahun 1867, delegasi
pertama Maghribi menyertai
satu persidangan
antarabangsa di Paris.
Mereka membawa bersama
produk terbaik mereka, serta
yang paling penting iaitu
kacang argan yang membawa
satu perkara sensasi di
persidangan tersebut".
Fakta 2
Pokok Argan (Argania Spinosa)
adalah salah satu daripada
beberapa spesies pokok yang
masih hidup dari Era Pra
Sejarah (hampir 65 juta
tahun yang lalu) dan hanya
boleh dijumpai di Selatan
Barat Maghribi. Pokok liar
ini tumbuh dari 7 hingga 10
meter tinggi dan dianggap
satu keajaiban Maghribi
kerana ciri-ciri yang luar
biasa. Ia tidak takut dengan
kemarau dan mampu menahan
suhu yang tinggi sehingga
50oC.
Satu pokok Argan boleh hidup
dari 150 hingga 200 tahun
dan jika ia mati, ia boleh
kekal aktif dan kemudian
boleh hidup kembali dalam
masa 7 tahun. Oleh kerana
sistem akar yang kukuh,
pokok Argan amat berkesan
dalam mencegah hakisan,
sekaligus mengekalkan
kesuburan tanah dan
menghadkan pergerakan pasir
di kawasan padang pasir.
Fakta 3
Minyak Argan diekstrak dari
buah Argan melalui Proses
Tekanan Sejuk dan dianggap "emas
cecair" yang mempunyai
seribu khasiat faedah
kesihatan. Dari segi sejarah,
Phoenicia telah terlibat
dalam perdagangan Minyak
Argan Maghribi. Pokok Argan
pertama kali disebut dalam
surat dan dokumen
perdagangan antarabangsa
yang ditulis oleh seorang
doktor terkenal Mesir, Ali
Ibn Radouane pada abad
ke-11. Ini merupakan zaman
ketika perdagangan produk
perubatan sudah merebak ke
seluruh dunia. Doktor Ali
Ibn Radouane menyebut
mengenai rawatan telinga dan
perut dengan Minyak Argan,
yang telah dibawa ke Mesir
dari Maghribi, negara di
Afrika Utara. Maghribi
terletak diantara
Pergunungan Atlas dengan
Laut Mediterranean.
Fakta 4
Pada abad ke-18, semasa
pemerintahan Sultan Sidi
Mohamed Ben Abdellah,
seorang diplomat Perancis,
De Chenier berdedikasi dalam
menarik perhatian mengenai
pokok Argan di dalam
laporannya. Thomas Barkely,
seorang diplomat Amerika,
yang ditugaskan oleh
Presiden Amerika Syarikat,
George Washington untuk misi
menamatkan perjanjian damai
di antara kedua-dua negara,
mengatakan ia berminat pada
pokok Argan pada tahun 1786.
Kemudian pada tahun 1867,
delegasi pertama Maghribi
menyertai satu persidangan
antarabangsa di Paris.
Mereka membawa bersama
produk terbaik mereka, serta
yang paling penting iaitu
kacang Argan yang membawa
satu perkara sensasi di
persidangan tersebut.
Fakta 5
Pada tahun 1998, UNESCO
meletakkan pokok Argan dalam
senarai Warisan Dunia dan
pada tahun 2001, institut
dalam dan luar negara (kebanyakkan
mereka adalah NGO) telah
menganjurkan satu festival
yang didedikasikan untuk
pokok Argan. Banyak
keputusan penting telah
dicapai semasa festival
tersebut, antaranya seperti
pembangunan jangka panjang
untuk kawasan mundur di
Berber, perlindungan alam
sekitar dan pemeliharaan
pokok Argan.
Cara Tradisional Ekstrak
Minyak Argan
Minyak Argan secara
tradisinya diekstrak oleh
kaum Berber dari biji Argan
yang telah dipecahkan dengan
menggunakan alat khas. Biji
Argan telah dikisar dan
ditekan oleh wanita kaum
Berber untuk mengeluarkan
minyak dengan bau dan rasa
kacang. Batu yang digunakan
untuk menekan biji Argan
adalah berbeza-beza
bentuknya dan batu gilingan
tangan digunakan untuk
menekan biji Argan yang
mengandungi minyak. Ia
adalah satu proses yang
sangat panjang dan mengambil
masa beberapa hari untuk
disiapkan.
Tetapi terdapat 2 kelebihan
utama apabila menggunakan
kaedah ini. Pertama,
keseluruhan proses
pengeluaran dari lepas tuai
untuk perahan minyak
dilakukan oleh orang yang
sama, penggunaan biji Argan
yang terbaik untuk
pengeluaran minyak boleh
dijamin ketulenannya. Kedua,
masalah pengoksidaan biji
yang terdedah tidak berlaku
kerana pemprosesan biji yang
dilakukan segera tanpa perlu
bertangguh. Sebaliknya,
dalam kaedah industri estrak
biji yang moden, ia lebih
terdedah kepada pengoksidaan
kerana terdedah kepada
persekitaran yang lebih
panjang.
Cara Mekanikal Ekstrak
Minyak Argan
Kaedahmekanikalkini lebihmaju dan
canggihdigunakanuntukperahan
minyakArgan.
Apabila
kepentingan komersialusahawantempatan
dan multinasionalswastameningkatdi dalam
pengeluaran minyakArganpada awal1990-an,
keperluanuntukkaedah
pemuliharaanyang lebihcekapdan masabagi
pengekstrakanminyakArganpadaperingkat
komersil perlu dipertingkat.
Minyak
Argandiekstrak
menggunakan kaedah inidapat
dikekalkanselama12 hingga18bulan.
Dalam
kaedahini
biji
ditekantanpa
mencampurkandengan air.
Airtidakdiperlukanuntuk
memprosesbiji
kerana ia
akan menyebabkan minyak
menjadi seperti bubur.
Iahanya
mengambil masabeberapajamuntuk
mengeluarkansatu literminyak
menggunakan kaedah
ini.
Cara Penggunaan Bahan Kimia
Untuk Ekstrak Minyak Argan
Kaedah inidigunakanapabilaminyakyang
diperlukan untuktujuan
perindustrian ataumakmal.
Dalam
kaedahini,
minyak
secara langsungdiserapdalam
pelarutkimia darikerneltanah.
Minyakyang
diekstrak
menggunakan kaedah ini
tidak boleh digunakan untuk
tujuan kosmetik berbanding
dengan kaedah tradisional
dan mekanikal, tetapi kaedah
ini dapat menghasilkan
kuantiti yang tertinggi
dalam 3 kaedah tersebut.
Peta Hutan Argan
The information on this website is not intended to
diagnose, treat, cure, or prevent disease or to replace
a one-on-one relationship with a qualified health care
professional and is not intended as alternative to
medical advice or other professional healthcare
provider. It is intended as a sharing of knowledge and
information from the research and experience of herbal
practitioner and our community. If
you may be suffering from any medical condition, or
experiencing symptoms or health problems, you should
seek immediate medical attention consult your qualified
health care professional.
Never delay seeking medical advice, disregard medical
advice or discontinue medical treatment because of
information on this website.
IBU
PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan
PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel:
+603-3224 8721 Fax : +603-3224 2321
Email :
desaku_bioasli@yahoo.com
DESAKU
MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1,
IKS Taman Sri BNO
45200
Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel:
+603-3213 8046