 |
|
 |
|
Minyak Argan Baik Untuk Diet
Harian |
Ia disajikan untuk sarapan
pagi bersama-sama dengan
roti bakar, dicelup ke dalam
Minyak Argan serta madu.
Hidangan tradisional
Maghribi, Amlou Sweet,
dianggap sebagai makanan
istimewa sebenar. Ia terdiri
daripada Minyak Argan yang
dicampur madu dan badam,
memberikan tenaga serta
kekuatan, juga dikenali
sebagai aprodisiak. Dalam
masakan di rumah serta di
restoran, Minyak Argan
ditambah pada makanan yang
dikukus, digoreng atau
dipanggang. Dengan cara ini,
ia akan meningkatkan rasa
serta menyediakan beberapa
vitamin tambahan yang
diperlukan oleh badan. |
|
Minyak Argan Untuk Kesihatan
Dalaman & Luaran |
Minyak Argan yang ajaib dan
kaya dengan khasiat ini
digunakan untuk kegunaan
harian. Untuk rawatan
dalaman serta luaran. Ia
juga digunakan pada kulit
bayi untuk melindungi
daripada unsur-unsur bahaya
dan 'chafing'. Rawatan
minyak badan merupakan
rawatan perubatan Ayurvedic
India Kuno yang dapat
memberi tenaga kepada tubuh
badan dan meningkatkan
kesihatan seseorang. |
|
Minyak Argan Dan Anti
Oksidan |
Kandungan Vitamin E yang
tinggi, 2 kali ganda lebih
banyak dalam Minyak Zaitun.
Vitamin E adalah penting
untuk membangunkan dan
mengekalkan fungsi saraf dan
sistem otot. Minyak Argan
mengandungi lebih daripada
80% mono dan asid lemak poli
tak tepu, yang mempunyai
kesan yang baik pada keadaan
reumatik dan penyakit
kardiovaskular. |
|
|
 |
Meneutralkan radikal
bebas. |
|
|
 |
Melindungi tisu-tisu
pengantara. |
|
|
 |
Merangsang oksigen
dalam badan. |
|
|
 |
Meningkatkan
keupayaan otak. |
|
|
 |
Mempunyai pengaruh
yang baik terhadap
hati dan pencernaan. |
|
|
 |
Membantu mengawal
tahap darah
kolesterol. |
|
|
|
Kajian telah menunjukkan
bahawa 16 g (2 sudu teh)
Minyak Argan memenuhi
keperluan harian badan untuk
asid linoleik penting dan
kandungan tinggi asid
linoleik dalam Minyak Argan
membantu mengawal tahap
darah kolesterol. |
|
|
 |
|
Fatty acids |
Unsaturated fatty acids: |
|
% |
Palmitic acid |
14 |
Stearic acid |
5 |
|
|
Polyunsaturated fatty acids: |
|
% |
Linoleic acid |
37 |
Alpha-linolenic acid |
< 0.6 |
|
|
Monounsaturated fatty acids: |
% |
Oleic acid |
43.5 |
|
|
Sterols: |
% |
Schottenol |
48 |
Spinasterol |
42 |
Delta 7 Avenosterol |
5 |
Sigmastra-8, 22-dien |
5 |
|
|
Proportions: |
mg/kg |
Tocopherols |
720 |
Polyphenols |
60 |
Sterols |
3200 |
Triterpene alcohols |
1800 |
|
|
 |
|
|
Minyak Argan Untuk Kulit
Berjerawat |
|
 |
|
Katakan "Selamat Tinggal"
kepada kulit berjerawat.
Masalah jerawat anda akan
dapat diatasi secara efektif
dengan penggunaan Minyak
Argan BioAsli yang
mengandungi 100% Minyak
Argan. Sehingga kini,
berjuta-juta individu
mengalami masalah jerawat
yang menyebabkan individu
tersebut menjadi malu dan
kurang selesa dengan
penampilan diri, terutama
ketika berhadapan dengan
orang ramai. Mengapa? Ini
kerana lapisan permukaan
kulit terganggu dan
menyebabkan perubahan kepada
tekstur kulit semulajadi
lalu mengakibatkan
kemunculan jerawat,
'blackhead' dan 'whitehead'.
Di antara kesemua pilihan
rawatan, kebanyakkan
individu lebih yakin
menggunakan bahan semulajadi
seperti Minyak Argan yang
membantu masalah jerawat. |
|
Mengapakah jerawat terhasil
? |
|
 |
|
Jawapannya adalah mudah.
Kelenjar sebum yang
kebanyakkanya terdapat di
wajah dan bahagian belakang
badan menghasilkan sebum (cecair
berminyak) yang berfungsi
mengekalkan kelembapan kulit.
Ianya bertindak seperti
bahan pelincir yang
mengelakkan kulit daripada
kehilangan kelembapan
semulajadi. Kelenjar ini
berhubung terus dengan
folikel rerambut. Sebum yang
terhasil akan melalui liang
folikel ini untuk sampai ke
permukaan kulit.
Walaubagaimanapun, masalah
akan timbul apabila kelenjar
tersebut menghasilkan sebum
melebihi jumlah yang
diperlukan. Terlalu banyak
sebum dihasilkan
mengakibatkan pori kulit
tersumbat, menjadikan
bakteria senang membiak di
bahagian tersebut lalu
menyebabkan kemunculan
jerawat dan bintik hitam. |
|
Minyak Argan Untuk Masalah
Jerawat |
|
 |
|
Adakah Minyak Argan boleh
menyembuhkan jerawat? Sudah
tentu. Ianya merupakan
rawatan semulajadi untuk
menyelesaikan masalah kulit.
Kelebihan Minyak Argan
adalah sangat banyak dan
salah satunya ialah
memulihkan masalah kulit
seperti jerawat. Untuk
mengelakkan kemunculan
jerawat, produk-produk biasa
yang terdapat di pasaraya
mungkin tidak berkesan,
namun sesiapapun tidak akan
kecewa apabila menggunakan
Minyak Argan. Menghilangkan
jerawat adalah mudah dengan
Minyak Argan yang mampu
dimiliki semua. |
|
Bagaimana Minyak Argan
Memulihkan Jerawat
? |
|
 |
|
Seperti yang telah
diterangkan, rembesan sebum
yang terlalu banyak adalah
penyebab masalah ini. Jadi
bagaimana Minyak Argan
mengatasi masalah tersebut?
Penggunaan Minyak Argan
menghentikan penghasilan
sebum yang terlalu banyak,
seterusnya mengurangkan
kemunculan jerawat. Dengan
kata lain, Minyak Argan
mengawalatur penghasilan
sebum dan mengelakkan liang
pori dari tersumbat,
seterusnya mengurangkan
risiko kemunculan jerawat.
Penggunaan harian Minyak
Argan menggalakkan
penghasilan sebum yang
terkawal, dengan ini
membantu kulit wajah
menghilangkan jerawat.
Produk yang mengandungi 100%
Minyak Argan telah terbukti
sangat bermanfaat untuk
individu yang mengalami
masalah jerawat. Jika Minyak
Argan digunakan setiap hari
untuk merawat jerawat, dalam
masa 2 minggu sahaja kesan
positif ke atas kulit wajah
boleh dirasai sendiri.
Pastinya jerawat akan hilang
dan seri wajah akan
dikembalikan. |
|
Minyak Argan Untuk
Menghilangkan Masalah Parut |
|
 |
|
Bagi sesetengah
individu, walaupun jerawat telah hilang, namun ianya
meninggalkan parut yang mencacatkan kulit. Parut
kesan jerawat seringkali menyebabkan perubahan warna
kulit kawasan tersebut kepada lebih gelap. Selalunya,
ia akan mengambil masa yang lama untuk kembali ke
warna kulit asal. Kajian saintifik mendapati apabila
minyak Argan digunakan setiap hari, ianya akan
mengurangkan kesan parut. Oleh kerana kandungan
Vitamin E dan asid lemak utama omega 3 minyak Argan
yang tinggi, penggunaan harian menjadikan kulit
semakin lembut dan bebas parut.
Secara
keseluruhannya, kulit wajah yang menawan
meningkatkan keyakinan diri dan menyerlahkan
personaliti menarik. Ini semua akan dapat dinikmati
dengan penggunaan produk penjagaan kulit yang
efektif seperti minyak Argan. Jerawat dan masalah
kulit yang lain tidak akan mengganggu anda sama
sekali jika anda menggunakan minyak Argan dalam
rutin kecantikan setiap hari.
Komposisi Minyak
Argan adalah unik, mengandungi kandungan Vitamin E
dan Asid Lemak Utama (Essential Fatty Acids) yang
tinggi, tambahan lagi keupayaan antioksidan Minyak
Argan telah terbukti jauh lebih baik daripada minyak
zaitun. Kesemua kelebihan ini menjadikan ianya
produk anti-penuaan yang sempurna bagi semua
peringkat umur, sama ada anda berusia 20-an mahupun
pertengahan 40-an. Minyak Argan berfungsi melindungi
kulit dari kesan bahaya persekitaran seperti
pancaran UVA dan UVB dari matahari, dan pada masa
yang sama meneutralkan radikal bebas, mengurangkan
garis-garis halus, kedutan dan mempercepatkan proses
pemulihan parut. Ianya merupakan produk yang terbaik
untuk melembutkan kulit yang kering, termasuklah
menyembuhkan kekeringan kulit akibat keratosis
pilatoris.
Paling unik,
Minyak Argan bukan sahaja boleh digunakan pada kulit,
malahan ianya adalah produk penjagaan menyeluruh
tubuh anda, kerana khasiatnya yang berkesan
memulihkan rambut yang rosak dan bercabang serta
menjadikan rambut lebih sihat dan bersinar. Ianya
juga sangat efektif untuk menguat dan memulihkan
struktur kuku yang rapuh serta membantu melembutkan
kutikel. |
|
|
 |
|
 |
|
|
Minyak Argan juga sesuai digunakan
sebagai minyak urutan bagi mengurangkan rheumatisma
dan sakit arthritis.
Jika sekiranya, anda ingin menyolek
muka anda dengan produk-produk yang lain, dipohon
agar membiarkan dahulu minyak argan ini selama 10
minit (untuk kesan yang maksimum). |
|