Kini anda boleh menggunakan aplikasi Whatsapp @ Viber @ WeChat @ LINE untuk menghubungi kami

 +6019-772 5338 (Cik Nor)

 

Ingin Tahu Cara & Info Delima Collagen - Anda boleh chat bersama khidmat pelanggan

 

Nama Cik Nur Atiqah
Whatapp / Viber 019-6184745
H/P 019-6184745
 
 
 
     
 
 
 
 
Laman Utama   I   Produk   I   Syarikat   I   Usahawan Online   I  Galeri  I  Tips Produk   Testimoni   I  Hubungi Kami

Now...everybody can business online...click here... to go your Business Web pages...

Kategori Produk

 

 Kesihatan
   Kosmetik & Kecantikan
   Makanan & Minuman
   Suami Isteri
   E-load & SMS
   Blog & Kedai Online
 
 
DELIMA COLLAGEN
 
 
Bookmark and Share
     Delima Collagen         Kelebihan Delima Collagen  
             
    Buah Delima     Buah Manggis  
             
    Vitamin C     Pure Marine Collagen  
             
    Sijil Analisa Makmal     Testimoni Pengguna  
             
    Petua Pecah Kelambu     Set Kecantikan BioAsli  
             
     Beli Produk         
   
  Delima Collagen (D-COLLAGEN)
       
 
 

 
 
 
 

Delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Di dalam Al-Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud :-

"Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima". (Surah Al Rahman, ayat 68).

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah Al An'am, ayat 99 dan ayat 141. Di dalam ayat 99, Surah Al-An'am, Allah berfirman yang bermaksud :-

"Dan Dialah yang menurunkan hujang. Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami Keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan" Al-An'am : 99

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :-

"Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima syurga di dalamnya" (HR Abu Nu'aim)

"Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut" (HR abu Nu'aim dan Al-Jauzi)

Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang lain menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, "Aku benar-benar percaya bahawa tidak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandungi satu biji dari salah satu biji dari syurga. Barangkali biji ini adalah yang dari syurga itu". (Kisah Sahabat).

Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, magnesium dan kalsium.

(Download Artikel Buah Delima)

 
 
 
 

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Punica Granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa A.S lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Nama botani delima iaitu Punica Granatum diambil dari perkataan Perancis yang bermakna epal yang berbiji. Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keungguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah S.W.T. Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat, sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, penuaan serta barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

 
 
 
 

Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan peach. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.

Al-Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah S.W.T di mana ia terbentuk seperti kantung-kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang nipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan rekabentuk sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit berfungsi menjaga daripada masalah hama.

 
 
 
 

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan. Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah-buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar.

Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu, ia amat baik untuk menguatkan perut serta melegakan batuk. Sepertimana sabda Nabi Muhammad S.A.W daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud :-

"Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman".

Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu, buah delima tidak disaranakan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan arthritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah-olah dibiarkan begitu sahaja.

Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal bebrapa jenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan, tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan kualiti yang baik.

Jika dikaji faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.

 
 
 
 

1) Anti Oksidan

Buah delima kaya dengan antosianidin yang mempunyai khasiat anti oksidan dan anti inflamasi. Anti Oksidan melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah anti oksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk anti oksidan.

 

2) Mencegah Penyakit Jantung

Delima dapat mencegah arteri dari tersumbat seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah pembentukan plak di arteri dan dapat merawat pembentukan plak yang terdahulu.

 

3) Menstabilkan Paras Kolesterol

Anti Oksidan dalam buah delima dapat mengurangi oksidasi LDL (kolesterol jahat). Ia mampu menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik). Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolesterol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolesterol yang baik di samping menurunkan kolesterol yang jahat.

 

4) Menurunkan Tekanan Darah

Satu kajian menunjukkan bahawa minum 50 ml jus delima setiap hari, dapat menurunkan tekanan darah sebanyak 5%

 

5) Mencegah & Mengubati Barah

Buah delima dipercayai memiliki khasiat mencegah dan mengubati penyakit barah.

 

6) Melindungi Otak Bayi

Kajian mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima mempunyai asid folik yang sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Jus delima mengandungi "potassium" di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

 

7) Mencegah Osteoarthritis

Keadaan di mana sendi terasa sakit akibat inflamasi ringan yang timbul kerana geselan hujung tulang sendi dan keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan penghidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Kajian menunjukkan sari buah delima dapat mencegah kerosakan tulang rawan.

 

8) Mencegah Penyakit Alzheimer

Buah delima mungkin mampu mencegah dan melambatkan penyakit Alzheimer. Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang minum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76% tanda penyakit Alzheimer daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

 

9) Melindungi Gigi

Minum jus delima merupakan salah satu cara semulajadi untuk mencegah plak gigi.

 

10) Sumber Nutrisi

Buah delima memiliki 40% keperluan Vitamin C harian yang disyorkan untuk orang dewasa, bersama dengan asid folik, serat, kalium, niasin dan vitamin A serta E. Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja yang terkandung di dalamnya.

 

11) Merangsang Tenaga Batin

Buah delima kaya dengan anti oksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai "natural viagra", dapat meningkatkan tenaga batin secara semulajadi.

 

12) Menguatkan Sistem Pertahanan Badan

Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Ia dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap anti oksidan yang tinggi akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan ape jua jenis penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

 

13) Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis

Buah delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati, pesakit kencing manis yang minum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteri).

 

14) Merendahkan Tekanan Darah

Kandungan anti oksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

 

15) Mengurangkan Batuk & Asthma

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah delima merupakan agen anti-keradangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada penghidap asthma dan lelah.

 
 
 
 
 
  • Melawan penyakit gout.
  • Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak.
  • Merawat 'sinus'.
  • Meningkatkan tenaga.
  • Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan.
  • Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya.
  • Menormalkan fungsi hati.
  • Menstabilkan peredaran darah.
  • Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi.
  • Mencuci darah kotor
 
 
 
 
 
  • Mencantikan, merawat dan mencerahkan kulit.
  • Membuang lemak-lemak berlebihan terutama lemak di bahagian perut.
  • Memperbaiki rahim.
  • Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang kemas.
  • Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid.
  • Membakar kalori dengan cepat, dapat mengelakkan pertambahan berat badan.
  • Awet muda.
 
 

 

The information on this website is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent disease or to replace a one-on-one relationship with a qualified health care professional and is not intended as alternative to medical advice or other professional healthcare provider. It is intended as a sharing of knowledge and information from the research and experience of herbal practitioner and our community.  If you may be suffering from any medical condition, or experiencing symptoms or health problems, you should seek immediate medical attention consult  your qualified health care professional. Never delay seeking medical advice, disregard medical advice or discontinue medical treatment because of information on this website.

 
IBU PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3224 8721  Fax : +603-3224 2321 
Email : desaku_bioasli@yahoo.com
DESAKU MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1, IKS Taman Sri BNO
45200 Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3213 8046
BioAsli    Copyright 2005-2014  All Rights Reserved

 

Rangkaian Ahli

Kami menyediakan pelbagai menu untuk kemudahan anda

  Lupa ID & Kata Laluan
  Malay Version
  English Version
  Arabic Version

Ikut Kami Di

 

Keajaiban Delima Collagen

Video : Klik Foto

Kebaikan Buah Delima

Buah Delima Untuk Kesihatan

Penawar Penyakit

Buah Delima Untuk Penawar Penyakit

Kelebihan Buah Delima

Kelebihan Buah Delime ; Live Fox 25

Khasiat Buah Delima

Khasiat Buah Delima

Apa Itu Buah Delima

Pengenalan Buah Delima

Khasiat Buah Manggis

Khasiat Buah Manggis Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Manggis

Bual Bicara Khasiat Buah Manggis Untuk Kesihatan

Kelebihan Buah Manggis

Kelebihan Buah Manggis

Pure Marine Collagen

Rahsia Kecantikan Pure Marine Collagen

Bagaimana Collagen Bertindak

Collagen Bertindak

Collagen Untuk Kulit

Kegunaan Collagen Untuk Kulit Manusia

Apa Itu Collagen?

Pengenalan Mengenai Collagen