Pada
tahun 2002, telah dilaporkan satu kajian tentang
kaitan antara kanser payudara dengan
antiperspiran ketiak dan deodoran. Hasil kajian
berkenaan tidak menunjukkan peningkatan risiko
kanser payudara pada wanita yang menggunakan
antiperspiran ketiak atau deodoran. Keputusan
kajian juga menunjukkan tidak ada peningkatan
risiko kanser payudara untuk wanita yang
menggunakan pisau pencukur (bukan elektrik) dan
antiperspiran atau deodoran ketiak, atau untuk
wanita yang dilaporkan menggunakan deodoran
antiperspiran di ketiak atau dalam 1 jam
pencukur dengan pisau pencukur. Kesimpulan ini
didasarkan pada wawancara dengan 813 wanita yang
mengidap kanser payudara dan dengan 793 wanita
tanpa sejarah kanser payudara.
Namun
pada tahun 2003, dalam sebuah kajian yang
berbeza, telah dikeluarkan satu penemuan
berhubung dengan kekerapan mencukur ketiak dan
penggunaan antiperspiran/deodoran oleh 437
mangsa kanser payudara. Kajian ini mendapati
bahawa umur wanita yang mendapat rawatan kanser
payudara secara signifikan lebih awal pada
wanita yang menggunakan produk berkenaan dan
melakukan pencukuran ketiak mereka lebih kerap.
Selain itu, wanita yang telah melakukan
kebiasaan mencukur ketiak dan menggunakan
antiperspiran dan deodoran sebelum usia 16
tahun didapati mengidap kanser payudara pada
usia lebih awal berbanding mereka yang melakukan
kebiasaan tersebut lebih lambat.
Walaupun
keputusan ini menunjukkan bahawa tabiat mencukur
ketiak dan penggunaan antiperspiran serta
deodoran mungkin ada kaitannya dengan kanser
payudara, namun ia tidak menunjukkan keputusan
yang konklusif, berkenaan dengan hubungan
diantara kebiasaan amalan berkenaan (tabiat
mencukur ketiak dan penggunaan antiperspiran
serta deodoran) dengan kanser payudara.
Sumber Rujukan
-
Jones J. Can rumors cause
cancer?
Journal of the National Cancer Institute
2000; 92(18):1469–1471.
-
Darbre PD. Underarm cosmetics
and breast cancer.
Journal of Applied Toxicology
2003; 23(2):89–95.
-
Darbre PD. Aluminium,
antiperspirants and breast cancer.
Journal of Inorganic Biochemistry
2005; 99(9):1912–1919.
-
Harvey PW, Everett DJ.
Significance of the detection of esters of
p-hydroxybenzoic acid (parabens) in human
breast tumours.
Journal of Applied Toxicology
2004; 24(1):1–4.
-
Darbre PD, Aljarrah A, Miller
WR, et al.
Concentrations of parabens in human breast
tumours.
Journal of
Applied Toxicology
2004; 24(1):5–13.
-
Mirick DK, Davis S, Thomas
DB. Antiperspirant use and the risk of
breast cancer.
Journal of the National Cancer Institute
2002; 94(20):1578–1580.
-
McGrath KG. An earlier age of
breast cancer diagnosis related to more
frequent use of antiperspirants/deodorants
and underarm shaving.
European Journal of Cancer
2003; 12(6):479–485.
-
Fakri S, Al-Azzawi A, Al-Tawil
N. Antiperspirant use as a risk factor for
breast cancer in Iraq.
Eastern Mediterranean Health Journal
2006; 12(3-4):478–482
|