|
desaku_bioasli@yahoo.com |
|
+603-3224 8721 |
|
No.
15 Jalan PPSL 1, Pusat Perniagaan Sungai Lias, 45300
Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan |
|
|
|
|
|
|
|
|
PENGENALAN HERBA
HEMPEDU BUMI |
|
|
|
|
|
|
Nama Saintifik |
: Andrographis
Paniculata (Bum. f.)
wall.ex Nees |
|
|
Nama Lain |
: Hempedu Tanah,
Akar Cerita, Pokok
Cerita (Malaysia),
King Of Bitter,
Creat, Green Chireta
(Inggeris), Kalmegh
(India), Kirta
(Sanskrit), Chuan
Xin Lian, Yi Jian
Xi, Lan He Lian
(China), Sambiloto
(Indonesia) |
|
|
Famili |
: Acanthaceae |
|
|
Lokasi Dijumpai |
: Malaysia,
Thailand, India ,
Indonesia |
|
|
|
Pokok Hempedu Bumi juga dikenali
sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi
banyak dijumpai di China, India, Thailand dan
gugusan kepulauan Melayu serta senang di jumpai
di tanah gambut. Hempedu Bumi merupakan satu
tumbuhan herba yang tumbuh menegak. Herba
semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan
ketinggian sehingga 70-90 cm. Daunnya berwarna
hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di
bawah permukaannya, licin dan tersusun secara
bersilang. Daun Hempedu Bumi juga mempunyai
bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di
pangkal. Batangnya pula berwarna hijau,
berbentuk empat segi dan berbuku seta mempunyai
banyak dahan. Setiap buku mempunyai dua helai
daun. Bunganya pula kecil dan berwarna ungu.
Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang
dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai
berwarna hijau muda dan apabila matang menjadi
coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan
menyebarkan benih di sekitarnya. |
|
|
|
PENUAIAN HASIL |
-
Kematangan
Tanaman : 2
Bulan
-
Cara Mengutip
Hasil : bahagian
pokok di atas
permukaan tanah
di tuai secara
manual sebelum
pokok berbunga.
Kutipan hasil
berikutnya
dilakukan
selepas 1.5 - 2
bulan.
|
|
|
KEGUNAAN & KHASIAT |
|
Daun Hempedu bumi boleh dijadikan
ubat untuk menurunkan darah tinggi, disamping
merawat kencing manis, antiradang, antibakteria,
antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia
juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air
besar, menghapuskan cacing dalam sistem
pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.
Cara menjadikannya ubat ialah
merebus daun tersebut untuk mengambil airnya
supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh
merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun
tersebut dan letakkannya pada luka. Kandungan
bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan
molekul- molekul lemak yang ada disekeliling
salur darah yang tersumbat yang menyebabkan
tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun
ini yang pahit telah merangsangnya supaya
memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang
tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat
dan masam agak sukar dipisahkan dengan alam
perubatan herba tempatan.
Tetapi rasa sebegitu sememangnya
tidak begitu menarik minat sebahagian besar
masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa
manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan
masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit
tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan
perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.
Tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan
gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah
ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan.
Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga
itu.
Tetapi ia lebih popular dalam
merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara
yang sering diamalkan adalah kita perlu
mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan
terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu
dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air
panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah
perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya
bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi
harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang
lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari.
Cukup untuk minum sekali sehari. |
|
|
|
|
SENARAI HERBA ASLI
TEMPATAN |
|
|
|
|
Nota : Segala
info yang
dikongsikan di laman
web ini hanya
sekadar pengetahuan
umum serta untuk
tujuan pembelajaran
sahaja. Kami tidak
menjual sebarang
bahan mentah herba
ini. Harap Maklum. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PEMBAYARAN |
|
|
KHIDMAT PENGHANTARAN |
|
|
|
PELANGGAN BARU BIO-ASLI? |
Langgan Risalah Bio-Asli |
|
Anda akan menerima maklumat
terkini mengenai Bio-Asli
menerusi email. |
|
|
|
|
The
information on this website is not
intended to diagnose, treat, cure or
prevent disease or to replace a
one-on-one relationship with a
qualified health care professional
and is not intended as alternative
to medical advice or other
professional healthcare provider. It
is intended as a sharing of
knowledge and information from the
research and experience of herbal
practitioner and our community. If
you may be suffering from any
medical condition or experiencing
symptoms or health problems, you
should seek immediate medical
attention, consult your qualified
health care professional. Never
delay seeking medical advice,
disregard medical advice or
discontinue medical treatment
because of information on this
website. |
|
|
MENU BIO-ASLI |
|
|
VISITOR ONLINE:
1653 Persons |
Total visitor =
|
|
Bioasli Traffic Rank in the world
|
|
|
|
|
RANGKAIAN SYARIKAT |
|
IBU
PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan
PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel:
+603-3224 8721 Faks : +603-3224 2321
Email :
desaku_bioasli@yahoo.com
DESAKU
MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1,
IKS Taman Sri BNO
45200
Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel:
+603-3213 8046 HP: +6016-620 2284
|
|
|
|
BioAsli © Copyright 2024 All Rights
Reserved |
|