|
desaku_bioasli@yahoo.com |
|
+603-3224 8721 |
|
No.
15 Jalan PPSL 1, Pusat Perniagaan Sungai Lias, 45300
Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan |
|
|
|
|
|
|
|
|
PENGENALAN HERBA
KAYU MANIS |
|
|
|
|
|
|
Nama Tempatan |
: Kayu Manis |
|
|
Nama Saintifik |
:
Cinnamomum Zeylanicum |
|
|
Nama Lain |
:
Cinnamon, Ceylon
Cinnamon, Gui, Gui
Zhi (China), Cassia ,Wood |
|
|
Famili |
: Lauraceae |
|
|
|
Kayu manis adalah sejenis pokok
yang biasa di tanam sebagai pokok hiasan dan
pokok teduhan kerana daunnya yang cantik dan
kulit batangnya yang kemerah-merahan. Kulit ini
apabila dikeringkan akan menjadi rempah yang
kita kenali sebagai kulit kayu manis, yang
digunakan dengan meluas dalam semua jenis
masakan, kulit kayu manis mempunyai rasa pedas
dan manis, berbau wangi serta bersifat hangat. Pada
zaman mesir purba kulit kayu manis dicampur
dalam kebanyakan masakan untuk mengelakkan
makanan dari cepat menjadi basi. Pucuknya yang
baru berwarna merah terang, bunganya pula kecil
dan berwarna putih manakala buahnya pula
berwarna ungu. Pokok kayu manis boleh mencapai
ketinggian hingga 30 kaki dan ia termasuk dalam
kelompok pokok kecil. |
|
|
|
KANDUNGAN KIMIA |
|
Beberapa bahan kimia yang
terkandung dalam kayu manis antaranya minyak
asiri eugenol, safrole, sinamaldehide, tannin,
kalsium, oksalat, damar & zat penyamak. Minyak
pati/sari dari kulit kayu manis mengandungi 2
jenis fenilpropanoid iaitu cinnamaldehyd dan
eugenol. |
|
|
|
KEGUNAAN |
|
Minyak pati ini banyak digunakan
dalam perubatan aroma terapi. Ia digunakan untuk
menghasilkan kesan yang menenangkan jiwa. Satu
kajian terbaru menunjukkan dengan mengamalkan
pengambilan setengah sudu serbuk kayu manis
setiap hari dapat menurunkan paras gula dalam
darah pesakit diabetis. Kesan pengurangan gula
ini juga boleh dicapai dengan merendam sepotong
kulit kayu manis ke dalam sebarang minuman
terutamanya teh. Kegunaan lain kayu manis dalam
perubatan ialah seperti melawaskan pembuangan
najis, penawar cirit birit (membunuh bakteria
e-coli) dan penahan sakit. Ia juga merupakan
anti bakteria semula jadi yang dapat mencegah
pembentukan plak gigi dan kerosakan gigi. Ia
juga dapat melegakan senak perut dan juga
menghilangkan rasa mual dan loya terutamanya
pada wanita hamil. |
|
|
|
|
SENARAI HERBA ASLI
TEMPATAN |
|
|
|
|
Nota : Segala
info yang
dikongsikan di laman
web ini hanya
sekadar pengetahuan
umum serta untuk
tujuan pembelajaran
sahaja. Kami tidak
menjual sebarang
bahan mentah herba
ini. Harap Maklum. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PEMBAYARAN |
|
|
KHIDMAT PENGHANTARAN |
|
|
|
PELANGGAN BARU BIO-ASLI? |
Langgan Risalah Bio-Asli |
|
Anda akan menerima maklumat
terkini mengenai Bio-Asli
menerusi email. |
|
|
|
|
The
information on this website is not
intended to diagnose, treat, cure or
prevent disease or to replace a
one-on-one relationship with a
qualified health care professional
and is not intended as alternative
to medical advice or other
professional healthcare provider. It
is intended as a sharing of
knowledge and information from the
research and experience of herbal
practitioner and our community. If
you may be suffering from any
medical condition or experiencing
symptoms or health problems, you
should seek immediate medical
attention, consult your qualified
health care professional. Never
delay seeking medical advice,
disregard medical advice or
discontinue medical treatment
because of information on this
website. |
|
|
MENU BIO-ASLI |
|
|
VISITOR ONLINE:
2266 Persons |
Total visitor =
|
|
Bioasli Traffic Rank in the world
|
|
|
|
|
RANGKAIAN SYARIKAT |
|
IBU
PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan
PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel:
+603-3224 8721 Faks : +603-3224 2321
Email :
desaku_bioasli@yahoo.com
DESAKU
MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1,
IKS Taman Sri BNO
45200
Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel:
+603-3213 8046 HP: +6016-620 2284
|
|
|
|
BioAsli © Copyright 2024 All Rights
Reserved |
|