PENGENALAN HERBA
SIREH |
|
|
|
|
|
|
Nama Tempatan |
: Sirih |
|
|
Nama Saintifik |
: Piper Betle L. |
|
|
Nama Lain |
: Sirih Jawa, Betel
Leaf |
|
|
|
Klasifikasi Saintifik |
Division |
: Magnoliophyta |
Class |
: Magnoliopsida |
Order |
: Piparales |
Family |
: Piperaceae |
|
|
Sireh merupakan sejenis tumbuhan
memanjat (boleh mencapai ketinggian 10-15 kaki).
Membiak melalui keratan batang dan anak yang
akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah.
Sireh selalunya dikaitkan dengan semangat pada
zaman kepahlawan melayu. Dalam upacara
pertunangan dan perkahwinan pula, sireh junjung
dijadikan kepala hantaran dan merupakan bahan
wajib bagi masyarakat melayu. Dalam perubatan
tradisional pula sireh banyak digunakan
khususnya untuk penyakit yang dikatakan berpunca
dari gangguan makhluk halus. Sireh juga
dijadikan sejenis snek oleh orang-orang tua
melayu dan india. |
|
|
|
KANDUNGAN KIMIA |
|
Sireh terbukti secara saintifik
mengandungi minyak sari (kadinen, kavikol,
sineol, eugenol, karvakol) ini digunakan untuk
mengubati keputihan, nafas @ badan berbau, batuk,
radang selaput lendir mata, trauchoma, jantung
berdebar-debar, kemurungan, demam selepas
bersalin, air susu terlampau banyak dan sariawan.
Minyak atsiri dari daun sireh
mengandung minyak terbang (betIephenol),
seskuiterpen, pati, diatase, gula dan zat samak
dan chavicol yang memiliki daya mematikan kuman,
antioksida, antifungus dan anti kulat. |
|
|
|
KEGUNAAN |
|
1.
Batuk
2. Sariawan
(penyakit mulut & kerongkong)
3. Bronchitis
4. Jerawat
5. Keputihan
6. Gigi Berlubang, gusi
bengkak dan pendarahan gusi
7. Demam
berdarah
8. Bau mulut
9. Haid
tidak teratur
10. Asma
11. Radang kerongkong
12.
Luka terbakar
13. Kudis, kurap kaki
14.
Bisul
dan menghilangkan gatal
15. Sakit mata
|
|
|
|
KAEDAH PENGGUNAAN
|
|
Untuk mengubati hidung berdarah,
cuci 2 helai daun sireh segar, digulung kemudian
dimasukkan ke dalam lubang hidung.
Untuk penyakit keputihan beberapa
helai daun sireh yang telah dibersihkan di rebus
dalam air hingga mendidih dan airnya dibiarkan
suam. Air ini digunakan untuk mencuci vagina
terutamanya setiap kali selepas kencing.
Untuk Nafas berbau pula ada dua
cara, satu cara dengan mengunyah daun sireh yang
telah dibersihkan hingga lumat dan biarkan
berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan.
Satu cara lagi ialah dengan merebus beberapa
helai daun sireh hingga mendidih, setelah itu
disejukkan dan ditapis, gunakan untuk berkumur
dua kali sehari, pagi dan malam.
Untuk gusi bengkak pula 5-6 helai
daun sireh direbus dengan 3
gelas air hingga mendidih,
setelah itu masukkan sedikit
garam. Biarkan hingga suam
dan gunakan untuk berkumur
dua hingga tiga kali sehari.
Untuk menghilangkan bau badan, 2
hingga 3 helai daun sireh direbus dengan 1/2
gelas air hingga mendidih, angkat daunnya dan
masukkan gula batu sebelum diminum. Jika tidak
mahu minum airnya, kaedah lain ialah dengan
mengambil sehelai daun sireh dan di calit
sedikit kapur sireh. Ramas daunnya dan sapukan
pada ketiak. |
|
|
|
PRODUK
BERASASKAN HERBA
SIREH |
|
|
|
Cara
Penggunaan |
Sapu
&
urut
dengan
lembut
apabila
perlu |
*
Untuk
isteri
sahaja |
|
Kegunaan |
Digunakan
untuk
melembap,
melembutkan, |
melicinkan
dan
menyegarkan. |
|
|
|
LOSYEN
SUTRA |
KOD
:
GST-SL |
Berat
:
40ml |
Harga
Runcit
: RM
50.00
(inc.
GST6%) |
|
Bahan-bahan |
Aqua,
Minyak
Kelapa
Dara,
Sireh,
Gliserin,
Neolone |
Carbopol,
Mas
Cotek,
Manjakani,
Novemer
EC |
Xanthan
Gum,
Red
Cherry
Colour,
Fragrance |
|
|
|
|
|
|