|
desaku_bioasli@yahoo.com |
|
+603-3224 8721 |
|
No.
15 Jalan PPSL 1, Pusat Perniagaan Sungai Lias, 45300
Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan |
|
|
|
|
|
|
|
|
PENGENALAN HERBA
STEVIA |
|
|
|
|
|
|
Nama Tempatan |
: Stevia |
|
|
Nama Saintifik |
: Stevia Rebaudiana |
|
|
Nama Lain |
: Teh Manis, Sweet
Leaf Of Paraguay,
Caa-He-Éé, Kaa Jheéé,
Ca-A-Jhei, Ca-A-Yupi,
Azucacaa, Eira-Caa,
Sinonim: Eupatorium
Rebaudianum Capim
Doce, Erva Doce,
Sweet-Herb, Honey
Yerba, Honeyleaf,
Yaa Waan, Candy
Leaf, Sugarleaf |
|
|
Keluarga |
: Astereacea |
|
|
Asal |
: Paraguay |
|
|
|
Klasifikasi Saintifik |
Kingdom |
: Plantae |
Division |
: Magnoliophyta |
Class |
: Magnoliopsida |
Order |
: Asterales |
Family |
: Asteraceae |
Genus |
: Stevia |
|
|
Stevia merupakan genus yang
terdiri daripada 150 spesies
herba daripada keluarga
bunga matahari (Astereacea).
Ia secara rasminya ditemui
pada kurun kesembilan belas
oleh Dr. Moises Santiago
Bertoni. Beliau menamakannya
Stevia Rebuadiani Bertoni,
sebagai penghormatan kepada
Ahli kimia Paraguay, Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan
sub-tropika di Amerika
selatan dan Amerika Tengah.
Stevia yang digunakan secara
meluas sebagai pemanis ialah
stevia dari
Spesis Rebaudiana.
Ia
juga dikenali sebagai
sweetleaf, sugarleaf ataupun
sweet herb.
Ia merupakan sejenis
tumbuhan herba berbatang
lembut. Untuk menanamnya,
medium yang digunakan ialah
dari jenis poros supaya
tiada air yang akan
bertakung selepas ia
disiram.Tumbuhan ini
memerlukan air yang
mencukupi dan perlu disiram
2 kali sehari dalam cuaca
panas. Ia akan cepat kering
dan mati jika kekurangan
air. Daunnya berbentuk bujur.
Batangnya halus dan
bergerutu. Dalam keadaan
optimun stevia boleh
mencapai ketinggian sehingga
1 meter atau lebih. Ia
mengeluarkan bunga kecil
berwara putih. Bentuk
bunganya menyerupai
bunga-bunga aster yang lain,
cuma saiznya kecil. Bunga
ini akan menghasilkan biji
benih apabila matang.
Pembiakan selalunya
menggunakan keratan batang.
Keratan batangnya mudah
mengeluarkan akar. Walaupun
ia boleh juga membiak
menggunakan biji benih,
namun kadar percambahan biji
benihnya amat rendah
sehingga ia jarang dibiakkan
dengan menggunakan biji
benih.
Bahan aktif yang
bertanggungjawab ke atas
rasa manis pada daun stevia
dikenali sebagai steviol
glycosides yang mengandungi
stevioside dan rebaudioside.
Bahan aktif ini stabil pada
suhu tinggi, nilai pH yang
stabil dan tidak merangsang
tindak balas
glycemic,
menjadikan ia semakin
digemari orang ramai
terutamanya untuk yang ingin
menghadkan pengambilan
karbohidrat dan mengelakkan
diabetes. Selain itu, stevia
juga didapati boleh merawat
tekanan darah tinggi,
mengurangkan tahap asid urik
dan obesiti.
Stevia telah digunakan
sebagai pemanis semulajadi
oleh masyarakat di Brazil
dan Paraguay sejak
beratus-ratus tahun dahulu
lagi. Ia mula digunakan oleh
kaum Red Indian Guarani di
Paraguay sejak 1500 tahun
yang silam. Ia digunakan
terutamanya untuk memaniskan
teh herba mereka. Selain
daripada itu ia juga
digunakan untuk memaniskan
makanan mereka. Mereka juga
menggunakan Stevia sebagai
penawar terutamanya untuk
menurunkan tekanan darah
tinggi, melawaskan kencing
dan merawat luka terbakar. |
|
|
|
DI MANA STEVIA DI
TANAM ? |
|
|
Pada mulanya stevia tumbuh secara meliar
di dataran tinggi
terutamanya di Utara
Paraguay dan Selatan Brazil.
Ia kemudiannya ditanam untuk
digunakan sebagai pemanis
sehingga tebu diperkenalkan
oleh orang Sepanyol dan
Portugis.
Walau bagaimanapun,
penggunaan stevia di
kebanyakan negara telah
dihadkan. Sebagai contoh,
pada 1990-an, Amerika
Syarikat telah mengharamkan
penggunaan stevia kecuali
yang telah dilabelkan
sebagai suplemen. Kini,
Amerika dan Kanada telah
menjadikan stevia sebagai
dietary supplement, tetapi
bukan sebagai makanan
tambahan. Selain itu,
pemanis stevia juga telah
meluas penggunannya di Jepun.
Ia telah dihasilkan secara
komersial di Jepun sejak
tahun 1971 oleh syarikat
Morita Kagaku Kogyo Co., Ltd
dan telah digunakan dalam
produk makanan serta dalam
minuman ringan. Pada masa
kini, stevia telah ditanam
dan digunakan secara meluas
di seluruh dunia dalam
industri makanan di Asia
Timur termasuk China (sejak
1984), Taiwan, Korea,
Thailand dan Malaysia,
sehingga
Amerika Selatan,
Eropah, India, Ukraine dan
Amerika Utara. |
|
|
|
KEGUNAAN STEVIA |
|
|
Kegunaan stevia sebagai
pemanis mula disedari oleh
orang Eropah pada kurun
ke-16. Sejak itu ia mula
digunakan dengan meluas di
Eropah sehinggalah dibawa ke
Asia. Walaubagaimanapun
kajian terhadap Stevia hanya
mula dilakukan pada awal
kurun ke 19 apabila para
pengkaji di Brazil mendengar
cerita yang sehelai daun
stevia boleh memaniskan
sebiji buah peria dan juga
secawan teh herba yang kelat.
Ia mula dikaji oleh seorang
ahli botani Paraguay bernama
Moises S. Bertoni yang
kemudiannya menulis antara
artikel-artikel awal
mengenai Stevia pada awal
kurun ke 19.
Ciri paling unik mengenai
Stevia ialah ia merupakan
pemanis semula jadi yang
tidak mengandungi kalori.
Dipercayai secara tradisional,
stevia mengandungi sifar
kalori, lemak, kolestrol,
gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300
kali lebih manis dari gula
biasa. Ciri ini telah
menarik minat para pengkaji
untuk menjalankan kajian
terhadap Stevia. Kajian
terhadap kandungan toksidnya,
mendapati kandungan utama
yang menyebabkan ia manis
iaitu
Steviosid tidak toksid.
Ia juga didapati tidak
menyebabkan mutasi sel, ia
juga tidak memberi apa-apa
kesan terhadap kesuburan.
Walaubagaimanapun terdapat
konflik terhadap kajian
kesuburan yang dikaitkan
dengan Stevia. Satu kajian
mendapati ia tidak memberi
apa-apa kesan terhadap
kesuburan, manakala satu
kajian lain mendapati air
yang diekstrak daripada daun
stevia didapati menurunkan
paras testostron dan
bilangan sperma bila diuji
pada tikus jantan.
Kajian saintis Brazil pada
tahun 1991 mendapati
Steviosid berkeupayaan untuk
menurunkan tekanan darah
pada tikus. Daripada
penemuan ini, satu lagi
ujian dilakukan pada tahun
2000. Kali ini subjeknya
merupakan 106 orang
berbangsa Cina (lelaki dan
perempuan) yang mengalami
penyakit darah tinggi. 60
subjek diberikan kapsul yang
mengandungi 250mg steviosid
3 kali sehari. Pemeriksaan
terhadap subjek dilakukan
sebulan sekali selama satu
tahun. Selepas 3 bulan ,
tekanan darah sistolik dan
diastolik telah menurun
dengan ketara dan kesannya
berkekalan sepanjang tahun.
Hasil dari kajian ini
saintis merumuskan steviosid
yang diambil secara oral
adalah berkesan untuk
menurunkan tekanan darah dan
ia mungkin boleh
dipertimbangkan sebagai
bahan altenatif atau
suplemen untuk pesakit darah
tinggi. Satu kumpulan
saintis lagi melakukan ujian
terhadap kesan hipoglisemik
glikosid yang terdapat dalam
stevia. Mereka juga mengkaji
kesan terhadap pengeluaran
glukos terhadap glikosid,
steviol, isosteviol dan
glukosilsteviol.
Steviol
didapati tidak menghasilkan
glukos. Pada tahun 2000 juga, para
pengkaji di Denmark telah
menjalankan satu kajian yang
menunjukkan tindakan
hipoglisemik in vitro yang
dilakukan oleh steviosid dan
steviol adalah hasil
daripada keupayaan
kedua-duanya menghasilkan
insulin melalui tindakan
terus terhadap sel-sel beta.
Mereka merumuskan hasil
kajian mendapati sebatian
ini mungkin mempunyai
potensi untuk menjadi agen
anti-hipeglisemik dalam
rawatan diabetes mellitus
jenis 2.
Stevia juga digunakan
sebagai tonik untuk
jantung. Ia berfungsi dengan
cara menstabilkan tekanan
darah, ia juga menstabilkan
degupan jantung. Kajian
tentang ini telah dilakukan
pada tahun 1978 terhadap
tikus.
Kini, berjuta-juta pengguna
di Brazil dan Jepun telah
menggunakan Stevia sebagai
perisa makanan dan pemanis
semulajadi. Ia telah
diluluskan sebagai perisa
makanan selama hampir 20
tahun. Jepun merupakan
pengguna yang paling besar
didunia dan Stevia digunakan
untuk memaniskan hampir
kesemua produk makanan termasuk
jeruk, minuman ringan dan
coklat. Syarikat besar
seperti Coca Cola juga
menggunakan ekstrak Stevia sebagai
gantian kepada NutaSweet dan
sakarin untuk produk mereka
yang dipasarkan di Jepun,
Brazil dan negara-negara
lain dimana Stevia merupakan
pemanis yang diluluskan.
Walaubagaimanapun di A.S,
stevia merupakan bahan
larangan yang tidak boleh
digunakan terhadap produk
makanan. Ini mudah difahami,
kerana monopoli pengeluar
pemanis tanpa kalori
sintetik yang terdapat di
sana, dan nilai yang bukan
sedikit dalam pengeluaran
pemanis tiruan tersebut. |
|
|
|
CIRI-CIRI STEVIA |
1) Pemanis Semulajadi
2) Menurunkan Kadar
Gula Dalam Darah.
3) Melawaskan Kencing
4) Menurunkan Tekanan
Darah.
5) Membunuh Bakteria
6) Membunuh Kulat
7) Membunuh Virus
8) Mengurangkan
Keradangan
9) Alat Bantu Untuk
Menurunkan Berat
Badan. |
|
Dos yang biasa digunakan dan
dicadangkan untuk penggunaan
Stevia ini 1/4 sudu makan
daunnya yang telah
dihancurkan digunakan untuk
menggantikan 1 sudu makan
gula biasa. |
|
|
|
PRODUK
BERASASKAN HERBA
STEVIA |
|
|
|
Cara
Penggunaan |
Campurkan
dengan
air
panas,
1
uncang
setiap
hari |
|
Kegunaan |
Sesuai
untuk
diamalkan
oleh
semua
golongan
usia
samada
muda
atau
tua.
Digunakan
untuk
memberi
kesegaran. |
|
|
|
TEH
HERBA
MAS
COTEK+MISAI
KUCING+STEVIA |
KOD
:
GST-THSMM |
Berat
:
2g x
30
uncang |
Harga
Runcit
: RM
40.00
(inc.
GST6%) |
|
Bahan-bahan |
Mas
Cotek |
Misai
Kucing |
Stevia |
|
|
|
|
|
Cara
Penggunaan |
Minum
1 @
2
sachet,
2
kali
sehari
(panas/sejuk) |
Tuangkan
1
sachet
dalam
cawan
200ml
air |
|
Kegunaan |
Sesuai
untuk
diminum,
menambah
tenaga
serta
stamina.
Kopi
ini
dirumus
khas
untuk
melancarkan
peredaran
darah
&
meningkatkan
stamina.
Amat
sesuai
sebagai
DIET
sihat
kepada
semua
golongan
terutama
penghidap
kencing
manis
&
darah
tinggi. |
|
|
|
KOPI
NANDUK
GOLD |
KOD
:
GST-NANDUK-GOLD |
Berat
:
24g
x 12
sachet |
Harga
Runcit
: RM
40.00
(inc.
GST6%) |
|
Bahan-bahan |
Stevia,
Krimer
Bukan
Tenusu,
Susu
Kambing,
Kopi |
Susu
Rendah
Lemak,
Madu,
Susu
Kelapa,
Guarana |
Saw
Palmetto,
Tongkat
Ali,
Aswagandha,
Mas
Cotek |
Tribulus
Terrestis,
Ubi
Jaga
Gunung,
Membara
Merah |
|
|
|
|
|
|
|
SENARAI HERBA ASLI
TEMPATAN |
|
|
|
|
Nota : Segala
info yang
dikongsikan di laman
web ini hanya
sekadar pengetahuan
umum serta untuk
tujuan pembelajaran
sahaja. Kami tidak
menjual sebarang
bahan mentah herba
ini. Harap Maklum. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PEMBAYARAN |
|
|
KHIDMAT PENGHANTARAN |
|
|
|
PELANGGAN BARU BIO-ASLI? |
Langgan Risalah Bio-Asli |
|
Anda akan menerima maklumat
terkini mengenai Bio-Asli
menerusi email. |
|
|
|
|
The
information on this website is not
intended to diagnose, treat, cure or
prevent disease or to replace a
one-on-one relationship with a
qualified health care professional
and is not intended as alternative
to medical advice or other
professional healthcare provider. It
is intended as a sharing of
knowledge and information from the
research and experience of herbal
practitioner and our community. If
you may be suffering from any
medical condition or experiencing
symptoms or health problems, you
should seek immediate medical
attention, consult your qualified
health care professional. Never
delay seeking medical advice,
disregard medical advice or
discontinue medical treatment
because of information on this
website. |
|
|
MENU BIO-ASLI |
|
|
VISITOR ONLINE:
18005 Persons |
Total visitor =
|
|
Bioasli Traffic Rank in the world
|
|
|
|
|
RANGKAIAN SYARIKAT |
|
IBU
PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan
PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel:
+603-3224 8721 Faks : +603-3224 2321
Email :
desaku_bioasli@yahoo.com
DESAKU
MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1,
IKS Taman Sri BNO
45200
Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel:
+603-3213 8046 HP: +6016-620 2284
|
|
|
|
BioAsli © Copyright 2024 All Rights
Reserved |
|