PENGENALAN HERBA
TEMULAWAK |
|
|
|
|
|
|
Nama Tempatan |
: Temu Lawak |
|
|
Nama Saintifik |
: Curcuma
Xanthorrhiza |
|
|
Nama Lain |
: Rhizoma Curcuma
Xanthorrhizae, Shu
Kuat Keung Wong (kantonis),
Giant Curcuma, False
Turmeric, Temu Lawak,
Temulawak, Dilaw,
Dilao, Temu Putih |
|
|
Famili |
: Zingiberaceae |
|
|
Lokasi Dijumpai |
: India, Selatan
China, Afrika dan
Asia Tenggara |
|
|
|
Temulawak (curcuma
xanthorrhiza roxb) adalah tanaman asli
Indonesia yang mengandungi kurkuminoid dan
minyak atsiri yang berkhasiat untuk menjaga
kesihatan dari berbagai penyakit. Di Jawa Barat,
rimpang temulawak lebih dikenal sebagai "Koneng
Gede" dikatakan jauh lebih berkhasiat dari
ginseng.
Tingkat kesesuaian
persekitarannya cukup tinggi, boleh tumbuh di
daerah dengan taburan hujan setinggi 1500 – 400
mm setahun, di berbagai macam jenis tanah pada
ketinggian 5 – 1500 meter dari paras laut.
Tumbuhan ini hampir menyerupai
kunyit, mempunyai bau yang wangi pada
keseluruhan tumbuhan terutama rizomnya. Ia boleh
mencapai ketinggian hingga 2 meter dan biasa
didapati di kawasan belukar yang tidak terlalu
tebal. Bila dimakan ada sedikit rasa pahit dan
manis, mengandungi sebatian volatile oil
(6-11%), curcuminoids (62%) dan kanji (starch)
(30-40%). Tumbuhan ini membiak melalu pecahan
rizom dan sukakan tempat yang agak lembab dan
mempunyai pendedahan terus kepada cahaya
matahari. Temulawak banyak digunakan dalam
pembuatan kosmetik hari ini kerana ia dikatakan
dapat menjadi agen pencegah penuaan dan menjadi
penawar masalah sakit puan bagi wanita.
Temulawak boleh di jadikan ubat, samada dalam
bentuk tunggal mahupun campuran. |
|
|
|
TEMULAWAK DAN KUNYIT |
|
Disamping sebagai ubat
tradisional, temulawak dan kunyit di gunakan
juga untuk rempah-rempah, makanan, minuman,
kosmetik , dan zat pewarna terutama pewarna
makanan.
Bahkan ia boleh dijadikan sebagai
salah satu tanaman ekspot yang cukup berpotensi.
Temulawak dan kunyit telah lama diketahui
mengandung kandungan kimia yang mempunyai
keaktifan fisiologi, iaitu kurkuminoid dan
minyak atsiri.
Kurkuminoid berwarna kuning .
Sedangkan minyak atsiri berbau dan berasa yang
khas.
Kadar kurkumin dan minyak atsiri
kedua tanaman tersebut berbeda. Kandungan minyak
atsiri pada rimpang kunyit adalah 2-7% manakala
rimpang temulawak 3-12%.
Dari komposisi tersebut terlihat
bahawa kandungan minyak atsiri dalam temulawak
lebih banyak, sementara kandungan kurkumin lebih
banyak dalam kunyit.
Sedangkan untuk kurkuminoid,
dalam rimpang kunyit sebanyak 3-5%, manakala
temulawak 1-2%. Untuk mengekalkan kadar tersebut
pemanasan boleh dilakukan hanya pada suhu 50-55
C, supaya tidak merosak zat aktifnya dan untuk
mendapatkan warna yang baik dari kurkuminoid. |
|
|
|
PENANAMAN |
|
|
Pada umumnya penanaman temulawak
ketika ini masih tidak dilakukan secara
besar-besaran.
Untuk memenuhi keperluan
temulawak ketika ini masih bergantung kepada
sumber dari hutan yang tumbuh liar. Jika keadaan
ini berterusan, tidak mustahil peristiwa tragis
menghilangnya beberapa spesies jenis kayu ,
terjadi juga pada temulawak.
Ini terbukti jumlah temulawak
liar di Nusantara, sudah banyak berkurang
dibandingkan beberapa puluh tahun lalu. Maka
usaha penanamannya secara intensif sudah
semestinya perlu dilaksanakan segera.
Demikian pula kegiatan
inventarisasi, penelitian – penelitian biologi,
fitokimia, farmakologi, serta teknologi
penanamannya perlu dilanjutkan dan ditingkatkan.
Sebagai perbandingan hasil tuai
temulawak yang dilakukan secara ala kadar,
untuk tanah yang subur mencapai 4-5 ton sehektar,
dan yang kurang subur hanya mencapai 2-3 ton
sehektar. Ditanah yang subur dan penanaman
dilakukan dengan cukup baik, hasilnya boleh
mencapai lebih dari 100,000 ton kering setahun. |
|
|
|
KANDUNGAN KIMIA |
|
Temulawak mengandungi komponen
berkhasiat, seperti kurkuminoid & minyak atsiri
(3-12%). Pati temulawak terdiri daripada abu,
protein, lemak, karbohidrat, serat kasar,
kurkuminoid, kalium, natrium, kalsium,
magnesium, besi, manganese & kadmium. Pati rizom
temulawak dapat dikembangkan sebagai sumber
karbohidrat yang digunakan untuk bahan makanan
atau campuran bahan makanan. |
|
|
|
SIFAT & KHASIAT |
|
Rizomnya berbau tajam, rasanya
pahit dan agak pedas. Temulawak mempunyai
khasiat laktoga, kaloga, antiinflamasi, tonikum
dan diuretic. |
|
|
|
KEGUNAAN |
|
Dalam perubatan herba temulawak
banyak digunakan untuk mengubat
penyakit-penyakit seperti: |
|
1. Rheumatik dan kesakitan pada
otot.
2. Ubat demam( anti-pyretic)
3. Masalah hati, demam kuning dan penyakit
batu karang
4. Penyakit kulit
5. Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya
dari berulang
6. Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
7. Berak berdarah (bloody diarrhea) dan
disentri. Juga merawat masalah sembelit
8. Batuk dan demam pada kanak-kanak.
9. Masalah keputihan dan jangkitan kulat
seperti candida albican pada vagina.
10. Penyakit kencing manis.
11. Gastrik dan gas berlebihan |
|
Temulawak sangat berkesan untuk
merawat penyakit liver. Dalam beberapa kajian
klinikal menunjukkan bahawa pesakit hepatitis
yang mengambil temulawak, 3 kali sehari secara
berterusan selama 3 bulan, menunjukkan penurunan
paras SGOT dan SGPT. SGOT dan SGPT adalah satu
bentuk kaedah untuk mengukur tahap penyakit
melalui ujian darah. Temulawak mampu melindungi
liver daripada virus yang menyebabkan jaundice,
hepatitis dan beberapa penyakit liver yang lain. |
|
|
|
CARA PENGGUNAAN |
|
Diantara cara penggunaannya ialah
dengan mengambil 3-9g rizomnya yang segar(kering
1-5 g) dan direbus seketika supaya minyak
sarinya tidak hilang dan rizomnya dimakan setiap
kali sebelum makan. Ini juga akan melancarkan
penghadaman makanan. Selain itu ia juga
dikatakan dapat menjadi ubat pada kanser pangkal
rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan (peringatan
: jangan sesekali menggunakan tumbuhan ini
ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan
contraction rahim dan boleh membawa kepada
keguguran janin diperingkat muda kehamilan).
Kegunaan yang berlarutan (dalam masa yang
panjang) mungkin akan menyebabkan ulser pada
usus. |
|
|
|
TEMULAWAK DAN
PENYEMBUHAN
HEPATITIS |
|
Di kebanyakan negara, hepatitis
atau penyakit hati menduduki tempat ketiga
sebagai penyebab kematian setelah penyakit
infeksi dan paru-paru. Kebiasaan disebutkan
virus hepatitis B, yang yang lazimnya berlaku
sangat tinggi, sekitar 2,5 – 19,5% . Bahkan
untuk penduduk Pulau Jawa mencapai 34,5%.
Secara hitung panjang sekitar 5%
penduduk Indonesia atau sekitar 8 juta orang
terinfeksi hepatitis B. Di negara lain seperti
Amerika Utara dan Eropah Barat, lazimnya sekitar
0,1 – 0,5%. Kini di Pulau Raya Lautan Atlantik
kadarnya mencecah 50% dari jumlah penduduk
dilapurkan sebagai pembawa.
Penyakit Jantung Koroner
Disamping sebagai ubat hepatitis,
temulawak, terutama zat kurkuminoidnya , dapat
meningkatkan kadar HDL (lipoprotein berat jenis
tinggi yang berguna untuk mencegah penyakit
jantung koroner).
Fungsi lainnya, dapat merangsang
sekresi hempedu, pankreas, sebagai zat anti
peradangan, dan menurunkan tekanan darah.
Dalam menurunkan tekanan darah,
Gunster, pengkaji dari Belanda, melaporkan
penelitiannya pada 5 ekor kucing percubaan
dengan suntikan intravena dari temulawak
sebanyak 1% yang dilarutkan dalam garam NaCl .
Ternyata dapat menurunkan tekanan darah kucing
tersebut, meskipun mekanisma yang pasti masih belum
jelas.
Penelitian Gunster lainnya,
temulawak dapat menyebabkan kontraksi uterus.
Oleh karena itu dianjurkan agar ibu hamil
berhati-hati menggunakannya kerana dos yang
pasti belum jelas. |
|
|
|
TEMULAWAK DAN KANSER
PAYUDARA |
|
Khasiat temulawak lebih banyak
dari ginseng. Temulawak memiliki lebih dari 100
komponen, sementara ginseng terbatas. Komponen
aktif kurkuminoid dan beberapa komponen minyak
atsiri berkhasiat sebagai antioksidan,
antiinflamasi (antiperadangan), antibakteri,
antihepatotoksik (anti liver), antikolesterol,
antikanser dan anti platelet agregasi (pembekuan
darah yang bisa menyebabkan stroke). Sementara
salah satu komponen minyak atsiri yang
dikandungnya, yakni xanthorrhizol adalah
antikanser, terutama kanser payudara.
Aktiviti imunomodulator dari
kurkumin (salah satu kandungan dalam kurkuminoid)
juga dapat meningkatkan daya tahan tubuh
terhadap serangan penyakit.
Hasil penelitian membuktikan
temulawak tidak memiliki kesan sampingan seperti
obat anti inflamasi kimia yang harganya jauh
lebih mahal. Konsumsi temulawak secara rutin,
juga dapat melancarkan darah sehingga baik untuk
mencegah stroke.
Untuk penggunaan langsung,
temulawak dapat diminum dengan cara direbus atau
dijadikan jus dengan ditambahkan madu, limau
nipis atau asam. Kadar yang dianjurkan adalah 2
gram temulawak, walaupun demikian penggunaan
sehingga 6 gram masih dapat bermanfaat.
Penggunaan temulawak bagi
sesetengah penduduk Malaysia telah diwarisi
secara turun temurun. Hasilnya mereka lebih
sehat. Sementara itu, penyelidikan mengenai
manfaat temulawak telah banyak dilakukan. Dengan
terdapatnya bukti-bukti ilmiah tersebut
diharapkan dapat meningkatkan penerimaan
masyarakat terhadap obat tradisional ini.
Secara umumnya manfaat temulawak
dapat dibahagikan kepada tujuh bahagian, iaitu
memperbaiki nafsu
makan, memperbaiki fungsi pencernaan, memelihara
kesehatan fungsi hati, mengurangi nyeri sendi
dan tulang, menurunkan lemak darah, antioksidan
dan membantu memelihara kesehatan serta
menghambat penggumpalan darah.
Minum Rebusan Temulawak Untuk Reumatik
Sebahagian masyarakat di
Nusantara mengamalkan meminum rebusan temulawak
segar yang dicampur dengan asam jawa atau
perahan limau nipis. Minuman ini mereka jadikan
sebagai alternatif atau ganti kepada minuman teh. |
|
|