desaku_bioasli@yahoo.com

+603-3224 8721

No. 15 Jalan PPSL 1, Pusat Perniagaan Sungai Lias, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan

Promosikan Web Refferal Anda...KLIK DISINI...

Utama     Syarikat     Produk     Daftar Keahlian     Beli Online     Usahawan Online     Pelan Pemasaran     Berita & Aktiviti     Stokis     Hubungi Kami         

 
 

Lupa Katalaluan?

 

 
     

Pilih Bahasa :

BM

EN

 

 
 
   
   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

(Klik Penyakit Untuk Info)

   
   
   
   
   
   
   
   
   
 
 
 
 
DEFINISI ALZHEIMER (NYANYUK)

Penyakit Alzheimer ialah satu penyakit yang tidak boleh dipatah balik (irreversible), gangguan otak yang progresif secara perlahan-lahan yang merosakkan memori dan kemahiran berfikir serta seterusnya keupayaan untuk melaksanakan tugas-tugas yang mudah. Majoriti penghidap Alzheimer ini mengalami gejala-gejala awal pada pertengahan usia 60-an. Penyakit Alzheimer merupakan penyebab yang paling kerap bagi gejala dementia (nyanyuk) dalam kalangan orang tua dewasa.

 

 

Penyakit ini diberi nama bersempena nama Dr. Alois Alzheimer. Pada 1906, Dr. Alzheimer menyedari akan perubahan pada tisu otak seorang wanita yang telah meninggal dunia yang disebabkan oleh sakit mental yang luar biasa. Gejala-gejala beliau adalah hilang ingatan, masalah pertuturan dan tingkah laku yang tidak dapat dijangka. Dr. Alzheimer memeriksa otak wanita itu dan mendapati terdapat banyak rumpun (kini dipanggil sebagai plak amiloid) dan serat yang berbelit-belit (kini dipanggil sebagai neurofibrillary atau tangles).

 

 

Plak dan tangles pada otak ini masih dikira sebagai ciri-ciri utama penyakit Alzheimer. Ciri lain adalah hilang sambungan antara sel-sel saraf (neuron) dalam otak. Neuron menghantar mesej pada bahagian yang berbeza-beza pada otak dan daripada otak ke otot-otot serta organ-organ dalam badan.

 

 

Walaupun rawatan zaman sekarang mampu membantu menguruskan gejala-gejala penyakit ini bagi sesetengah penghidapnya, tetapi pada masa kini masih tiada lagi penyembuh bagi penyakit yang membinasakan ini.

 

 
 
APA YANG BERLAKU PADA OTAK PENGHIDAP ALZHEIMER ?
 

Ahli-ahli saintis terus membongkar perubahan kompleks pada otak yang berkait dengan onset (permulaan) dan progressi (perkembangan) penyakit Alzheimer. Ia kelihatan seolah-olah kerosakan pada otak bermula sedekad atau lebih sebelum memori dan masalah-masalah kognitif lain menjadi jelas. Semasa peringkat pra-klinikal penyakit ini, penghidapnya tampak bebas daripada apa-apa gejala, tetapi pada masa yang sama perubahan toksik berlaku pada otak. Pengumpulan protein yang tidak normal membentuk plak amiloid dan tangles di seluruh otak dan apabila neuron yang sihat berhenyi berfungsi, ia akan hilang sambungan dengan neuron lain, lalu mati.

Kerosakan ini pada mulanya berlaku di hippocampus, bahagian otak yang penting dalam penghasilan memori. Oleh kerana lebih banyak neuron yang mati, maka lebih banyak bahagian pada otak yang terjejas. Pada peringkat akhir penyakit Alzheimer, kerosakannya merebak dengan meluas dan tisu otak mengecut dengan ketara.

 

 
 
KENALI 10 TANDA-TANDA AWAL DALAM MENGENALPASTI ALZHEIMER
 
 

 

  • Hilang ingatan yang menganggu kehidupan seharian
  • Sukar merancang dan menyelesaikan masalah
  • Sukar menyempurnakan tugas-tugas biasa di rumah, tempat kerja mahupun ketika waktu lapang
  • Keliru dengan masa dan tempat
  • Mempunyai masalah dalam memahami gambar visual dan kaitannya
  • Masalah baru dengan perkataan dalam bertutur dan menulis
  • Salah letak barang dan mempunyai masalah dalam menjejakinya semula
  • Mempunyai masalah dalam membuat penilaian
  • Menarik diri daripada kerja atau aktiviti sosial
  • Perubahan mood dan personaliti
 
BERAPA LAMA JANGKAAN TEMPOH HAYAT PENGHIDAP ALZHEIMER ?
 

 

Alzheimer adalah penyakit yang perlahan yang mempunyai 3 peringkat iaitu peringkat awal (praklinikal tanpa gejala), peringkat pertengahan dengan kemerosotan fungsi kognitif yang sedikit dan peringkat akhir dementia Alzheimer. Jangka masa daripada waktu didiagnosis ke waktu kematian berbeza-beza mengikut pesakit. Ianya boleh jadi seawal 3 ke 4 tahun jika pesakit 80 tahun ke atas dan selewat-lewatnya 10 tahun atau lebih jika pesakit yang lebih muda.

 

 
APA ITU DEMENTIA ?
 

 

Dementia ialah kehilangan fungsi kognitif - berfikir, mengingat dan memberi sebab serta kebolehan tingkah laku yang mana ianya menganggu aktiviti kehidupan seharian seseorang. Dementia berbeza mengikut peringkatnya daripada peringkat yang paling ringan iaitu apabila ia hanya mula menjejaskan fungsi seseorang ke peringkat yang paling teruk iaitu apabila seseorang itu terpaksa bergantung sepenuhnya pada orang lain untuk menjalankan aktiviti-aktiviti asas seharian.

Sebab-sebab dimentia boleh jadi berbeza, bergantung kepada jenis perubahan pada otak yang berlaku. Penyebab dementia yang lain termasuklah dementia Lewy body, gangguan pada bahagian frontotemporal dan dementia vaskular. Ianya biasa bagi pesakit yang mempunyai jenis dementia yang bercampur. Contohnya, sebahagian pesakit mempunyai kedua-dua penyakit Alzheimer dan dementia vaskular.

Keadaan-keadaan lain yang menyebabkan hilang ingatan atau dementia termasuk :-
  • Kesan sampingan ubat
  • Alkohol berlebihan
  • Ketumbuhan atau jangkitan pada otak
  • Darah beku dalam otak
  • Kekurangan vitamin B12
  • Sebahagian penyakit thyroid, ginjal atau hati
  • Strok
  • Penyakit Parkinson's
  • Gangguan tidur

Sebahagian daripada keadaan ini boleh dirawat dan barangkali boleh berpatah balik (reversible). Ianya boleh jadi serius dan perlu dirawat oleh doktor secepat mungkin.

Masalah emosi, seperti stress, kebimbangan dan kemurungan boleh membuatkan seseorang itu menjadi lebih pelupa dan mungkin disalah anggap sebagai dementia. Sebagai contoh, jika seseorang yang baru sahaja bersara atau menghadapi kematian pasangan mungkin akan merasa sedih, sunyi, bimbang atau bosan. Dalam menangani perubahan dalam kehidupannya mungkin akan menyebabkan individu tersebut bingung atau mudah lupa. Masalah emosi ini boleh dikurangkan dengan sokongan rakan-rakan dan keluarga, tetapi jika dibiarkan untuk jangka masa yang lama, ianya penting untuk mendapatkan bantuan daripada doktor atau kaunselor.

Sumber : Artikel daripada website national institut on aging (USA)

 
 

MAMPUKAH MINYAK KELAPA DARA MENGHALANG ALZHEIMER ???

 

Dalam bukunya yang diterbikan pada tahun 2011, "Penyakit Alzheimer : Bagaimana jika terdapat penawarnya? Kisah mengenai Ketones". Dr Mary T. Newport bersungguh-sungguh mengisytiharkan bahawa suaminya telah menunjukkan perubahan baik yang jelas terhadap dementia yang dihadapi suaminya dengan penggunaan minyak kelapa dara yang teratur. Dalam beberapa perbincangan, topik ini agak kontroversi tetapi ramai individu yang mana bimbang tentang masa depan kognitif, mereka merasakan bahawa ianya adalah berbaloi untuk mencuba.

 

BAGAIMANA MINYAK KELAPA DARA MEMBERI KESAN KEPADA BADAN & MINDA ?

 

Untuk kesan yang terbaik, pakar mencadangkan minyak kelapa dara yang organik, dimampat sejuk dan tidak terhidrogenasi dan jangan biarkan perkataan "minyak" menakutkan anda. Minyak kelapa dara ialah minyak yang sihat pada jantung dan bebas daripada kolesterol dan trans-lemak, juga menyediakan pelbagai kelebihan di samping memperbaiki kesihatan otak termasuk :-

  • Memperbaiki penggunaan insulin oleh badan

  • Memperbaiki kandungan kolesterol dengan meningkatkan HDL (kolesterol baik)

  • Merangsang fungsi thyroid dan kesannya adalah peningkatan tenaga

  • Bertindak sebagai antioksida dan antibiotik semulajadi

  • Memperbaiki kesihatan kulit dan rambut yang menyeluruh

Satu kajian daripada Universiti Oxford baru-baru ini mengetengahkan bahawa walaupun kesan minyak kelapa dara adalah sementara, pesakit Alzheimer dan dementia telah melihat kesan jangka pendek daripada hasil penggunaanya.

Kajian ini menyokong teori Dr Newport mengenai ketone, iaitu hasil daripada pemecahan lemak dalam badan, yang memainkan peranan penting pada kesihatan otak. Ideanya adalah dengan merangsang ketone yang dijumpai dalam minyak kelapa dara, fungsi kognitif mampu diperbaiki.

Sumber : Artikel daripada website alzheimers.net

 
 

 

 

 
KETONE ASID : Kaya dengan ketone asid di mana dianggarkan lebih dari 60% terdapat dalam minyak kelapa dara, yang akan ditukar sebagai tenaga di dalam badan (ketone energy). Ianya lebih halus dan mudah diserap dan digunakan sebagai tenaga berbanding glukosa yang memerlukan gabungan insulin untuk dicerna ke dalam sel sebagai tenaga (sel tubuh, neuron sel otak, nefron sel buah pinggang sel beta & alfa kelenjar pankreas dan lain-lain).
 

ANTIOKSIDAN : Minyak kelapa dara mengandungi antioksidan yang sangat hebat iaitu tocopherol dan tocotrienols.  Kajian mendapati tocotrienol 50 kali ganda lebih berkesan berbanding tocopherol. Ia berfungsi menstabilkan radikal bebas yang terdapat dalam tubuh manusia. Radikal bebas ini, jika tidak distabilkan akan menyebabkan molekul oksigen yang kehilangan 1 cas negatif elektron akan membunuh sel-sel dalam badan dan seterusnya akan menjadi punca berbagai-bagai penyakit kronik.

 

MONOLAURIN & MONOCAPRIN : Di dalam Minyak kelapa dara mengandungi capric & lauric asid secara purata 55% yang apabila diminum akan berubah di dalam badan menjadi monolaurin & monocaprin yang menyamai susu ibu di mana, ia boleh menguatkan pertahanan tubuh badan serta membunuh kuman, kulat, cacing dan virus.

 
 
 
MINYAK KELAPA DARA DOUBLE PREMIUM
 

Info Produk

Beli Produk

 

Info

Sesuai untuk diminum, disapukan pada kulit, sebagai bahan pengilat rambut atau boleh digunakan untuk hubungan suami isteri dengan menyapukannya ke seluruh badan.

 
 

MINYAK KELAPA DARA DOUBLE PREMIUM

KOD : GST-VCOP

Berat : 150ml

Harga Runcit : RM 40.00 (inc. GST6%)

 

Bahan-bahan

Minyak Kelapa Dara Asli

 
 
 

Info Produk

Beli Produk

 

Info

Sesuai untuk diamalkan oleh semua golongan usia samada muda atau tua.

 
 

KAPSUL MINYAK KELAPA DARA CVCO

KOD : GST-CVCO

Berat : 500mg x 70 biji

Harga Runcit : RM 40.00 (inc. GST6%)

 

Bahan-bahan

Minyak Kelapa Dara

 
 
 
 
 
Definisi Minyak Kelapa Dara Minyak Kelapa Dara (Untuk Kesihatan)
Komposisi Kimia Kenyataan Pakar
Standard Kualiti Minyak Kelapa Dara & H1N1
Khasiat Minyak Kelapa Dara Tips Penggunaan Minyak Kelapa Dara
Testimoni Pengguna Video Testimoni
Tips Penggunaan Suami Perkasa Tips Penggunaan Isteri Anggun
Kajian (Tocotrienol dalam MKD) Kes Study Alzheimer
Sumber Rujukan : Buku Panduan Produk (Herba & Penyakit)
       
       
 
   
   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

(Klik Penyakit Untuk Info)

   
   
   
   
   
   
   
   
   
 

KHIDMAT PELANGGAN
Hubungi Kami
F.A.Q
Cara Membeli Secara Online
Kaedah Bayaran
Penghantaran Produk
Jejak Item Belian Anda
TENTANG BIO-ASLI
BIO-ASLI
Misi & Visi
Carta Organisasi
Pengiktirafan
Pengarah Urusan
Pejabat & Iklan Bio-Asli
 
CAWANGAN BIO-ASLI
Shah Alam, Selangor
 
 
IKUT KAMI DI
 Facebook
 Twitter
 TVBioasli.com
 Whatsapp
 Bio-Asli Online Shop
 Portal E-Commerce
 Portal Blogbioasli
PEMBAYARAN
 
KHIDMAT PENGHANTARAN

PELANGGAN BARU BIO-ASLI?

Langgan Risalah Bio-Asli

NAMA ANDA

ALAMAT EMAIL

Anda akan menerima maklumat terkini mengenai Bio-Asli menerusi email.

 

The information on this website is not intended to diagnose, treat, cure or prevent disease or to replace a one-on-one relationship with a qualified health care professional and is not intended as alternative to medical advice or other professional healthcare provider. It is intended as a sharing of knowledge and information from the research and experience of herbal practitioner and our community. If you may be suffering from any medical condition or experiencing symptoms or health problems, you should seek immediate medical attention, consult your qualified health care professional. Never delay seeking medical advice, disregard medical advice or discontinue medical treatment because of information on this website.

MENU BIO-ASLI

 
WEB BIOASLI
www.bio-asli.com
www.bioasli.com
www.bioasli.co.uk
www.blogbioasli.com
www.tvbioasli.com
www.web.bioasli.com
www.shoponline.my
www.biorich.my
www.desaku.net
www.bioaslipromoter.com
PELAN PEMASARAN
JUTAWAN Internet
Pelan A, B, C, D
Pelan A : Produk
Pelan B : Set Produk
Pelan C : Blog & Web
Pelan D : Affiliate Global
Bonus Jualan Kumpulan
Royalti Penajaan
Automaintain Bulanan-Panduan
BioAsli Global Store-Panduan Affiliate
HADIAH WANG TUNAI
Money Pool (TUNAI) Pelan A
Money Pool (TUNAI) Pelan B
Money Pool C : Setiap Minggu
Hadiah Produk Mingguan
LINK-LINK LAIN
Panduan Produk & Penyakit
Katalog Bio-Asli
Banner Iklan
Rencana Kosmo Nov. 2011
Perasmian Pejabat Bio-Asli
Minyak Kelapa Dara & H1N1
Write Up Sinar 2012
Kajian Tokotrienol - MKD
Pelbagai Herba Pilihan
CONTOH PENYAKIT UTAMA
Kencing Manis
Darah Tinggi
Sakit Jantung
Buah Pinggang
 
Nyanyuk
Sakit Kulit
Sakit Sendi
Kanser
 
Ketone Asid
Radikal Bebas
Tocopherol
Tocotrienol
 

  VISITOR ONLINE: 4810 Persons

Total visitor = hidden counter

Global

Bioasli Traffic Rank in the world 

 

 
RANGKAIAN SYARIKAT

 
IBU PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3224 8721  Faks : +603-3224 2321 
Email : desaku_bioasli@yahoo.com
 
DESAKU MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1, IKS Taman Sri BNO
45200 Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3213 8046   HP: +6016-620 2284

BioAsli    Copyright 2017  All Rights Reserved