Nama saya Ishak Bin Basiran, Pengasas syarikat
Desaku Trading, Teknologi Desa Hijau Sdn.Bhd (kilang
minuman jus ) dan Mudah Niaga Ent. (Kilang Elektronik ), bekas
seorang jurutera kanan syarikat multinasional Jepun dan
Korea. Saya mula mengidap resdung secara
ketara pada tahun 1986 (tingkatan 5). Diantara
gejala awal ketika itu ialah selalu bersin pada
waktu pagi , ketika cuaca sejuk dan terkena
kipas angin. Memang memeritkan kerana saya
terpaksa membawa saputangan atau kertas tisu
setiap hari untuk mengelap lelehan hingus , mata
gatal dan
berair serta selalu sakit kepala ,
disamping nafas yang berbau, tidak menyenangkan.
Keadaan tersebut berlanjutan semenjak tahun 1986
sehingga
1995).
Saya pernah berjumpa doktor pakar
tekak, hidung dan telinga di sebuah hospital
swasta di jalan pelabuhan Klang, beliau
menyarankan supaya saya menjalani pembedahan
tetapi saya tidak bersedia. Pada pertengahan
tahun 1999 rakan saya, seorang guru memberitahu
supaya saya mengambil sutikan diprospan di
klinik swasta Sabak Bernam kerana beliau juga
mengidap resdung dan selepas disuntik setiap 30
hingga 40 hari ianya dapat mengawal alahan
resdung tersebut. Semenjak itu saya terus
mengambil suntikan diprospan dari 18.11.1999
hingga 27.12.2005. Saya juga difahamkan oleh beberapa
orang doktor tentang kesan sampingan akibat
mengambil suntikan dicspousprin tersebut,
Mereka menasihati saya supaya mencari
ubat altenatif yang lain kerana kesan sampingan
jangka panjang diprospan boleh
mengakibatkan reput
tulang, kerosakan pada buah pingang dan pancreas.
Jika
diambil secara berterusan selama bertahun-tahun
boleh mendatangkan risiko mengidap darah tinggi dan kencing manis.
Saya pernah bertanya doktor apakah
diprospan?
Doktor menjelaskan diprospan ialah sejenis dadah
steariods yang dihasilkan secara 'synthetic' bagi
membantu menguatkan daya tahan penyakit di mana
ia bertindak sebagai 'antibody'. Kenapa saya
memerlukannya? Doktor memberitahu 'antibody' badan
saya semakin lemah dan beliau menasihati supaya
banyak memakan sayuran serta berpantang
beberapa jenis makanan laut untuk mengawal
gejala resdung.
Dalam pada itu berbagai ubat dan makanan kesihatan
telah
saya cuba, namun resdung tetap tidak juga
sembuh.
Lebih malang lagi ,setelah hampir 5 tahun
mengamalkan suntikan, pada tahun 2003 saya disahkan
mengidap darah tinggi ( sistolis 105 dan
distolis 150) . Doktor mewajibkan saya
memakan ubat atnolol 50gm setiap hari bagi
mengawal tekanan darah tinggi. Bayangkan betapa
kecewanya saya, sedangkan bapa dan ibu saya
sudah berumur 70 tahun lebih, tidak mengidap
darah tinggi atau kencing manis.
Sekitar awal
tahun 2005 saya menghadapi satu
lagi masalah keguguran rambut yang pastinya jika
tidak di atasi, kepala saya akan jadi botak.
Pusing keliling cari ubat, macam-macam petua dah
cuba tetapi tidak berhasil. Akhirnya pada satu
majlis kenduri kahwin di Sabak Bernam saya bertemu kawan lama yang
suatu ketika dahulu berkepala botak (licin) tetapi
kini sudah berambut walaupun masih jarang-jarang. Beliau mengesyorkan
kepada saya menggunakan 'minyak kelapa' yang beliau
gunakan dan hasilkan sendiri.
Setelah 3 bulan mencuba, masalah
rambut gugur jadi minima. Beliau telah mengajar
saya cara membuatnya, alangkah terkejutnya saya
rupa-rupanya minyak yang saya pakai itu ialah
Minyak Kelapa Dara setelah saya bertanya dengan
seorang Prof. Dr di satu ekspo bertempat di Kuala Lumpur
walaupun ketika itu kualitinya agak kurang
sedikit.
Bermula dari detik itu saya terus membuat
kajian demi kajian dan berbagai percubaan untuk
menghasilkan Minyak Kelapa Dara yang berkualiti tinggi kandungan
lauric acid dan capric
acidnya. Akhirnya saya berjaya
menghasilkan minyak yang berkualiti lalu saya namakannya Minyak
Kelapa Dara Bio-Asli.
Dari kajian dan pembacaan di internat
terlalu ramai
pakar-pakar kesihatan memperakui akan khasiat
dan kehebatan bagi sesiapa yang
meminum atau menggunakan Minyak Kelapa Dara. Ia akan membantu
meningkatkan tahap metabolisma dan daya tahan
penyakit. Manakala jika disapukan pada kulit
tubuh boleh memembunuh berbagai jenis virus,
bakteria, kulat dan protozoa. Malahan kulit akan
menjadi lebih halus dan segar.
Bermula Oktober 2005
saya mengamalkan secara efektif meminum 2 sudu
teh selepas sarapan pagi dan 2 sudu teh setelah
makan pada waktu petang . Manakala untuk
kegunaan luaran saya menyapukannya 2 kali
sehari pada waktu pagi dan selepas sembahyang
isyak pada waktu malam di seluruh kepala bermula dari dahi, pipi, hidung, telinga luar dan dalam serta rambut
sehingga minyak mencecah kulit kepala.(jangan
bimbang ia tidak berasa berlengas kerana molikul
minyak Kelapa Dara sangat halus dan mudah
menyerap ke dalam kulit. Anda akan berasa selesa
dan segar seperti menggunakan air tapi
awas jangan terkena mata, agak pedih sedikit
tapi tidak bahaya malahan jika anda sakit mata
boleh gunakannya sebagai ubat mata ia akan
membunuh kuman, untuk sakit mata seeloknya guna
sebelum tidur malam).
Setelah tekun
mengamalkannya, hasilnya sangat menakjubkan.
Saya hampir tidak percaya penyakit resdung yang
saya tanggung selama hampir 20 tahun kini menunjukkan
tanda-tanda untuk pulih. Saya tidak perlu lagi mengambil suntikan
dicspousprin yang kebiasaannya perlu saya ambil sekitar 30 hari ke
40 hari (sekali suntikan). bagi mengelakkan saya bersin
berulang-ulang, badan menjadi
gatal, keluar biji-biji halus seperti nasi yang
berbau masam disekitar hidung, dahi ,dagu, celah
cuping telinga dan kulit kepala manakala tekak,
dan di dalam hidung akan menjadi bengkak dan
gatal serta berkahak berbau dan berwarna keperangan. Syukur
kepada Allah s.w.t kerana menemukan saya penawar
penyakit yang saya cari selama ini. Sesungguhnya
Allah s.w.t Maha Besar dan Maha Berkuasa dan
tiap-tiap sesuatu akan tunduk kepadaNya.
Yakinlah setiap penyakit itu ada ubatnya hatta
Aids melainkan kusta dan kematian.
Dengan iklas saya
ingin berkongsi kegembiraan ini bersama anda
semua. Alhamdulillah saya mendapati diri saya serasi dengan
Minyak Kelapa Dara Bio-Asli ini. Anda....... saya
tidak pasti, tetapi tidak rugi jika anda
mencubanya, malahan ia tidak menggandungi
sebarang bahan toksin
atau kimia yang banyak
digunakan dalam ubat-ubatan moden. Minyak Kelap Dara
ini 100% organik, tiada campuran lain.
Bagi tekanan
darah tinggi yang saya alami, saya masih
meneliti dan merekodkan bacaan
tekanannya. Saya menjangkakan akan dapat melihat
dan mengetahui keputusannya sekitar
selepas 6 bulan pengambilannya (meminumnya). Sesungguhnya
segala
fakta yang saya paparkan adalah benar berlaku
pada diri saya .Jika anda ragu ,anda boleh
menghubungi saya di talian 03-32138046 -Ishak
Bin Basiran.
Berikut ialah jadual tarikh saya mengambil
suntikan diprospan :
Bil |
Tarikh |
Jarak Hari |
1 |
18/11/99 |
0 |
2 |
22/1/2000 |
34 |
3 |
11/3/2000 |
48 |
4 |
27/4/2000 |
47 |
5 |
29/6/2000 |
63 |
6 |
26/8/2000 |
58 |
7 |
11/10/2000 |
46 |
8 |
25/11/2000 |
45 |
9 |
3/1/2001 |
39 |
10 |
8/3/2001 |
64 |
11 |
14/4/2001 |
37 |
12 |
26/5/2001 |
42 |
13 |
21/7/2001 |
56 |
14 |
15/9/2001 |
56 |
15 |
1/10/2001 |
16 |
16 |
11/12/2001 |
71 |
17 |
5/2/2002 |
56 |
18 |
23/4/2002 |
77 |
19 |
4/6/2002 |
42 |
20 |
14/7/2002 |
50 |
21 |
20/8/2002 |
36 |
22 |
15/10/2002 |
26 |
23 |
27/11/2002 |
43 |
24 |
12/1/2003 |
46 |
25 |
16/2/2003 |
35 |
26 |
26/3/2003 |
38 |
27 |
26/4/2003 |
31 |
29 |
20/5/2003 |
24 |
29 |
25/6/2003 |
36 |
30 |
Hilang Record |
Nil |
31 |
Hilang Record |
Nil |
32 |
Hilang Record |
Nil |
33 |
2/10/2003 |
Nil |
34 |
15/11/2003 |
44 |
35 |
31/12/2003 |
46 |
36 |
11/2/2004 |
42 |
37 |
9/3/2004 |
26 |
38 |
4/4/2004 |
26 |
39 |
10/5/2004 |
36 |
40 |
14/6/2004 |
35 |
41 |
Hilang Record |
Nil |
42 |
Hilang Record |
Nil |
43 |
Hilang Record |
Nil |
44 |
10/10/2004 |
Nil |
45 |
20/11/2004 |
41 |
46 |
25/12/2004 |
35 |
47 |
3/2/2005 |
40 |
48 |
12/3/2005 |
37 |
49 |
23/4/2005 |
42 |
50 |
28/5/2005 |
35 |
51 |
4/7/2005 |
37 |
52 |
18/8/2005 |
45 |
53 |
20/9/2005 |
33 |
54 |
16/11/2005 |
57 |
55 |
27/12/2005 |
41 |
|