|
Halaman Pertanyaan anda |
Ada
persoalan atau perlu keterangan
lanjut , kami sedia membantu.
|
|
FAVOURITE ASKED QUESTION |
|
Soalan: Adakah produk Bio-Asli
mempunyai Sijil Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) & Akta Dadah ? |
|
Menurut perakuan dari pihak yang berwajib,
minyak kelapa dara
masih lagi dikategorikan sebagai makanan, sama seperti minyak masak,
yang tidak memerlukan kelulusan KKM. Dokumen perakuan
berkenaannya akan kami paparkan dalam laman web kami sedikit masa lagi.
Walaubagaimanapun syarikat telah menghantar sampel untuk dianalisa dan hasilnya membuktikan
ia menepati spesifikasi minyak kelapa dara, dan ia didapati tidak mengandungi sebarang campuran bahan kimia atau bahan yang tidak
diizinkan dalam makanan.
|
|
Soalan : Bagaimana
berkenaan Lesen Multi Level Marketing
(MLM) & Akta Jualan Langsung (AJL) ? |
|
Syarikat ini bukanlah
sebuah syarikat MLM, dan seluruh kegiatan dan operasinya tiada kaitan
dengan sebarang sistem jualan langsung. Berdasarkan fakta yang berikut
:- |
1- Pelan Pemasarannya ialah " Effilate
Program " secara online di internet ( seperti ebay dan lain-lain). |
2- Keahlian adalah percuma - Anda akan
diberikan web refferal berikut :
www.bio-asli.com/?id=xxxx
untuk membantu mempromosikan produk Bio-Asli dan komisyen akan diberikan
berdasarkan syarat yang telah ditetapkan. |
3-Segala produk dijual secara online di
internet dan dihantar menggunakan pos laju percuma ( segala urusan
jualan diurus oleh syarikat). |
4-Segala hadiah yang ditawarkan adalah
atas budi bicara syarikat bagi menghargai sokongan para ahli sekelian. |
Pihak syarikat juga tidak menetapkan
sebarang tekanan dan paksaan kepada ahli, seumpama sasaran jualan
bulanan, atau apa-apa juga amalan kebiasaan yang diamalkan oleh
syarikat jualan langsung. Sementara semua tawaran dan pemberian komisyen
seperti dalam sistem world pool, komisyen 20 level dan yang lainnya,
semata-mata adalah ihsan dan pemberian syarikat kepada ahli. |
|
Soalan :Bagaimana
caranya untuk membuat pembelian ? |
|
Untuk mendapatkan
produk, anda boleh menghubungi stokis berhampiran, atau terus berhubung
dengan syarikat. Untuk makluman berkenaan stokis,
sila layari website syarikat iaitu
www.bioasli.com dan klik di link stokis, atau hubungi
03-32138046 untuk mendapatkan makluman mengenai stokis di kawasan
berhampiran anda. Selain itu juga, pembelian boleh dibuat secara online di
website syarikat. Untuk tempahan, sila hubungi talian 03-32138046 atau
fakskan tempahan ke 03-32136563. Pastikan pendaftaran sebagai ahli telah
dibuat bagi mendapatkan belian pada harga ahli. Pendaftaran adalah
percuma seumur hidup. |
|
Soalan :Bagaimanakah cara untuk
membuat pengesahan bayaran ? |
|
Selepas membuat
tempahan, anda hendaklah membuat pengesahan bayaran bagi mengelakkan
sebarang kekeliruan dalam proses tempahan. Proses tempahan dan
penghantaran produk hanya akan dilakukan selepas menerima pengesahan
bayaran dari ahli. Untuk pengesahan anda boleh menghantar
email ke desaku@streamyx.com
atau berhubung di talian 03-32138046 atau fakskan slip bayaran ke 03-32136563. |
|
Bagaimana produk
belian saya dihantara dan apakah jaminan keselamatannya ? |
|
Bagi kawasan Semenanjung Malaysia, setiap
pembelian 1 produk akan dihantar menggunakan khidmat pos berdaftar dan
akan mengambil masa sekitar 5-6 hari waktu bekerja, untuk sampai.
Untuk pembelian 2 produk, akan
dihantar menggunakan khidmat courier (Gdex Express) yang mengambil masa
1-2 hari sahaja untuk sampai. Bagi kawasan Sabah dan Sarawak
penghantaran hanya menggunakan Pos Malaysia ( Parcel), tidakmenggunakan
perkhidmatan pos laju kerana kosnya mahal. Semua produk telah
diinsurankan dan akan diganti jika rosak atau tidak sampai. |
|
|
|
|