Tonik rambut yang diperkaya
dengan Minyak Kelapa Dara
dan Minyak Argan berupaya
membantu memelihara
kesegaran kulit kepala serta
menjadikan rambut subur,
sihat, lebat dan bersinar.
Kandungan asid laurik dan
asid kaprik dalam minyak
kelapa dara dapat membantu
menstabilkan kimia
semulajadi pada kulit
kepala, menghapuskan
kelemumur pada kulit kepala
dan dapat mencegah
kekeringan kulit dan
seterusnya menghalang punca
kelemumur manakala rambut
pula menjadi subur dan
bertambah hitam.
Dirumus khas untuk menjadikan
rambut kelihatan 'silky',
segar beralun dan tidak
berminyak. Kandungan pewangi
pula memberi keharuman aroma
wangian yang mempesona.
Minyak Argan, digelar minyak
keajaiban, diekstrak
daripada biji buah Argan,
telah berkembang ke seluruh
dunia sebagai minyak
semulajadi yang terbaik
untuk penjagaan dan rawatan
rambut. Ia mempunyai
pelbagai kegunaan kesihatan
daripada rawatan rambut,
penjagaan kulit hingga ke
pemulihan badan serta
pelbagai lagi khasiat yang
tersembunyi.
Minyak Argan sangat baik
untuk pertumbuhan serta
penjagaan rambut yang sihat.
Dipanggil 'cecair emas' oleh
pakar-pakar kecantikkan di
seluruh dunia. Ia mampu
memberikan nafas baru kepada
masalah rambut kering, kusut,
beruban, cabang, rapuh dan
sebagainya. Kaya dengan
Vitamin E, nutrisi
semulajadi terbaik yang
diperlukan oleh rambut anda. |