MPHL atau alopesia (botak)
androgenetik merupakan punca
keguguran rambut yang paling
biasa berlaku, mewakili
lebih 80 % daripada kesemua
kes keguguran rambut di
kalangan lelaki.
Lain-lain penyebab
kehilangan rambut
termasuklah :
Telogen effluvium.
Satu keadaan
sementara yang
selalunya terjadi
disebabkan oleh
tekanan seperti
kehamilan, trauma
atau pembedahan.
Areata alopesia.
Satu keadaan di mana
sistem imun badan
sendiri menekan
peringkat
pertumbuhan akar
rambut (bahagian
rambut yang tertanam
di dalam folikel di
bawah kulit). Areata
alopesia menyebabkan
rambut gugur dalam
bentuk setompok dan
boleh menjejaskan
keseluruhan tubuh
badan termasuk
rambut pada anggota
muka dan alat sulit.
Keadaan kulit kepala.
Jangkitan kulat atau
penyakit psoriasis
iaitu sejenis
penyakit kulit yang
kronik pada kulit
kepala, juga boleh
menyebabkan
keguguran rambut.
Masalah perubatan
sedia ada.
Penyakit-penyakit
seperti
hipotiroidisme.
Memahami Kitaran Pertumbuhan
Rambut
Terdapat tiga peringkat
kitaran pertumbuhan rambut
yang normal :
1)
Anagen (Pertumbuhan)
Rambut-rambut yang
baru tumbuh daripada
dasar folikel (lubang
atau bukaan pada
permukaan kulit di
mana rambut tumbuh
melaluinya). Fasa
pertumbuhan yang
normal ini selalunya
memakan masa
bertahun-tahun dan
hasilnya adalah
rambut yang tumbuh
sepenuhnya.
2)
Catagen (Rehat)
Pada peringkat ini,
rambut berhenti
tumbuh dan akar
rambut mula mengecut.
Dasar folikel pecah
dan rambut bergerak
ke atas di dalam
folikel, jauh
daripada akar dan
pembuluh darah yang
membekalkan nutrien.
3)
Telogen (Pertumbuhan
Semula)
Rambut yang telah
matang kini melekat
longgar ke akar
rambut. Ia lazimnya
akan gugur selepas
beberapa bulan
ataupun setelah
ditolak oleh rambut
baru yang tumbuh di
bawahnya.
Apakah
Yang Menyebabkan MPHL
?
MPHL terjadi disebabkan oleh
interaksi hormon-hormon
kulit kepala lelaki dengan
risiko genetik, yang
mempengaruhi kitaran
pertumbuhan rambut yang
normal. Dalam erti kata
lain, MPHL mempunyai kaitan
dengan dua faktor utama
iaitu gen dan hormon.
Apakah
yang akan terjadi kepada
rambut jika saya mempunyai
MPHL
?
1)
Hormon lelaki iaitu
androgen hadir di
dalam folikel rambut,
khususnya hormon
testosteron. Turut
hadir adalah sejenis
enzim yang dikenali
sebagai
5-alpha-reductase
(5aR)
2)
Apabila testosteron
berinteraksi dengan
enzim, hormon akan
ditukarkan menjadi
dihydrotestosterone
atau
DHT.
3)
Apabila wujud
DHT
yang berlebihan di
dalam akar rambut,
fasa anagen kitaran
rambut dipendekkan.
Hasilnya adalah
rambut yang lebih
pendek, halus dan
kurang kelihatan.
4)
Ini selalunya
berlaku pada verteks
iaitu bahagian yang
tertinggi pada
kepala dan pada
garisan kepala -
corak keguguran
rambut di kalangan
lelaki yang paling
klasik.
Lain-lain Faktor Risiko MPHL
?
Jantina - lelaki
secara umumnya lebih
cenderung menderita
masalah keguguran
rambut disebabkan
oleh jumlah hormon
testosteron yang
lebih banyak mereka
hasilkan.
Sejarah keluarga -
kejadian MPHL di
kalangan ayah, bapa
saudara, datuk dan
kedua-dua belah ibu
dan bapa boleh
mendedahkan
seseorang kepada
keadaan ini.
Usia - adalah
dianggarkan
kira-kira 30 %
lelaki yang berumur
30 tahun akan
mendapat beberapa
bentuk keguguran
rambut manakala 50 %
akan mengalaminya
tatkala umur
mencecah 50 tahun.
Tekanan - stres yang
kronik dan
berterusan boleh
mempercepatkan MPHL.
Tips Rambut Sihat
Sejak kebelakangan in,
semakin ramai wanita mula
mengalami keguguran rambut
yang awal dan uban pramasa.
Bagi kebanyakan wanita,
rambut yang semakin jarang
memang menyusahkan hati
terutamanya rambut mula
gugur dari bahagian atas
kepala.
Penyelidik-penyelidik
perubatan mengatakan bahawa
faktor-faktor keguguran
rambut antara lelaki dan
wanita adalah berbeza.
Keguguran rambut wanita
adalah disebabkan oleh :
Sindrom Selepas
Bersalin
Wanita berisiko
tinggi keguguran
rambut apabila
mereka berada dalam
fasa kehamilan.
Selepas bersalin,
jumlah kehilangan
darah yang banyak
menyebabkan
peredaran darah dan
hormon hilang
keseimbangan. 3-5
bulan selepas
bersalin, keguguran
rambut boleh
mencapai 30 % kerana
gangguan dan
penyesuaian semula
yang berlaku dalam
badan.
Fasa Haid, Menopaus
Pengambilan pil
pencegah hamil dan
pemberhentian
pengambilan pil itu
atau wanita yang
mengalami menopaus
akan mula menghadapi
ketidakseimbangan
hormon. Semasa
kedatangan haid,
saluran rambut dan
folikel mungkin
tidak mendapat
nutrien yang
mencukupi akibat
gangguan aliran "makanan"
pada seluruh badan.
Diet Yo Yo
Wanita muda yang
berdiet secara
melampau akan
menyebabkan badan
mereka kekurangan
banyak nutrien.
Pelan pemakanan
harian dengan
buah-buahan,
sayur-sayuran atau
hanya melangkau
waktu makan boleh
membahayakan badan.
Pada kadar ini,
rambut juga akan
gugur dengan banyak
kerana kekurangan
protein yang
diperlukan oleh sel
rambut untuk
berfungsi.
Tekanan Kerja
Wanita moden
sentiasa menghadapi
tekanan. Ini
menjadikan mereka
khuatir dan resah.
Apabila seseorang
menjadi panik, dia
bukan sahaja gelisah
malah peredaran
darah yang biasa
juga akan terganggu
dan menyebabkan
kulit kepala
merembeskan jumlah
minyak yang banyak.
Tekanan juga
menyebabkan uban
pramasa.
Keturunan
Jangan menyangka
bahawa lelaki
sahajalah yang
mengalami keguguran
rambut yang
disebabkan oleh
keturunan. Wanita
juga boleh
mengalaminya.
Apabila umur wanita
semakin meningkat,
perembesan hormonnya
juga akan mula
menurun dan jika ibu
bapa serta
saudara-maranya
mengalami masalah
keguguran rambut,
dia berkemungkinan
mengalami keguguran
rambut pramasa juga.
Pengerintingan Atau
Pencabutan Yang
Kerap
Pengerintingan yang
kerap boleh
menjejaskan rambut
anda. Ini adalah
kerana bahan kimia
yang digunakan dan
bahan-bahan itu
termasuklah mousse,
losyen
pengerintingan dan
lain-lain.
Pencabutan atau
penarikan rambut
anda akan
menyebabkan
keguguran rambut
yang banyak di
kemudian hari.
Rambut yang diikat
tinggi di belakang
kepala akan
menyebabkan garis
rambut semakin ke
belakang dan juga
keguguran rambut.
The information on this website is not intended to
diagnose, treat, cure, or prevent disease or to replace
a one-on-one relationship with a qualified health care
professional and is not intended as alternative to
medical advice or other professional healthcare
provider. It is intended as a sharing of knowledge and
information from the research and experience of herbal
practitioner and our community. If
you may be suffering from any medical condition, or
experiencing symptoms or health problems, you should
seek immediate medical attention consult your qualified
health care professional.
Never delay seeking medical advice, disregard medical
advice or discontinue medical treatment because of
information on this website.
IBU
PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan
PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel:
+603-3224 8721 Fax : +603-3224 2321
Email :
desaku@streamyx.com
DESAKU
MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1,
IKS Taman Sri BNO
45200
Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel:
+603-3213 8046