Adalah dengan ini di tegaskan
bahawa syarikat berhak untuk menentukan sebarang ketetapan
atau sebarang perubahan terhadap semua perkara dan dalam apa
juga keadaan dalam sistem ini, samada yang berkaitan dengan
sistem pelan pemasaran, sistem pemberian komisen, kadar
peratus komisen, jumlah produk, harga, kandungan, saiz dan
bentuk persembahan produk, sebarang bentuk, jumlah dan nilai
hadiah yang akan diberikan, serta menentukan status keahlian
berdasarkan peraturan yang sedia dimaklumi oleh semua ahli,
tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan dari mana-mana
pihak. Segala hadiah atau komisen atau apa jua imbuhan jika
ianya tidak dituntut oleh ahli yang berkenaan selama jangka masa
2 tahun dari tarikh tawaran adalah dianggap ahli berkenaan tidak
berminat atau menolak tawaran tersebut dan dengan itu tawaran
tersebut akan terbatal dan syarikat berhak untuk tidak
memberi komisen @ hadiah @ ganjaran tersebut. Walau bagaimanapun syarikat tetap berpegang teguh
pada prinsip ketelusan, keadilan, kesaksamaan serta
kebijaksanaan dalam menentukan semua perkara di atas. |